BAB 40

526 8 0
                                    

Raisya disahkan stabil dan dipindahkan ke wad VVIP bagi mengelakkan gangguan. Riana menghampiri perlahan kakaknya yang sedang tidur. Raisya tersedar apabila Riana mengusap lembut pipinya. "Ana." Panggil Raisya dengan lemah. "Ye kak." Riana memandang Raisya. "Terima kasih sebab selamatkan kakak. Kakak banyak susahkan Ana. Kakak minta maaf." ujar Raisya sambil menangis. "Kakak tak susahkan Ana pun. Kan Ana dah janji dengan kakak yang Ana akan sentiasa lindungi kakak." ujar Riana. "Sakit.." Raisya menangis. Dia memegang dadanya. Riana memanggil Doktor John supaya melihat Raisya. Doktor John keluar setelah 30 min di dalam wad Raisya. Dia memandang wajah semua ahli keluarga Raisya. "John, how was my sister?" Soal Riana cemas. "Kanser Puan Raisya sudah mencapai stage 3." ujar Doktor John. Irwan terduduk di kerusi menunggu. Kesemua ibu bapa Raisya menangis dan saling berpelukan.

Riana pantas masuk dan menarik tangan Irwan supaya mengikutinya ke dalam wad Raisya. "Kakak." Panggil Riana dengan lembut. Dia melihat Irwan berada di samping adiknya. Pantas dipalingkan wajahnya. "Kakak tak nak tengok muka dia kat sini, Ana. Bawak dia keluar! Kakak bencikan dia!" marah Raisya. Seolah terlayar diingatannya suaminya tega menolaknya dan langsung tidak mengendahkannya. "Kakak, Irwan dah berubah. Kakak janganlah macam ni." pujuk Riana. "Dia tipu! Dia takkan pernah berubah!" Tangis Raisya. Riana pantas memeluk kakaknya. "Ana janji dia dah berubah. Dia takkan sakitkan kakak lagi. Kakak kenal Ana kan? Kakak tau kan Ana siapa? Kalau dia sakitkan kakak lagi, Ana tembak dia sampai mati." Janji Riana. Raisya memandang Riana. "Janji yang dia dah berubah?" Soal Raisya. Riana mengangguk. Dia meninggalkan Raisya bersama Irwan.

Irwan memandang Raisya yang berwajah pucat. Mereka saling berpandangan. Irwan menghampiri Raisya perlahan lahan. "Sayang, B minta maaf. B tau B yang salah. B menyesal sangat." ujar Irwan sambil memegang tangan Raisya. "Takpelah, sayang dah maafkan B. Sayang percayakan adik sayang. Ana takkan cakap yang seseorang tu dah berubah kalau dia tak uji orang tu. Lagipun, sayang pun takde hak nak hukum B lama lama. Sayang bukannya hidup lama pun." ujar Raisya perlahan. Irwan menarik Raisya ke pelukannya. "Sayang, janganlah cakap macam ni. B tau B yang salah. Tapi, B tak sanggup kehilangan sayang. I really love you, sayang. B janji B akan jadi suami yang baik untuk sayang. B takkan buat sayang menangis lagi." Janji Irwan. Raisya tersenyum lemah. Dia memegang wajah suaminya. "Kalau sayang tak kuat untuk semua ni, sayang nak B jaga anak kita sebaik mungkin. Sayang tak nak B abaikan anak kita tau. Janji dengan sayang." ujar Raisya. "B janji. B takkan sia siakan anak kita. Sayang terus kuat ye. B nak besarkan anak kita sama sama dengan sayang." ujar Irwan. Dia menangis sambil memeluk bahu isterinya.

Manakala, di luar, Ash memberanikan diri untuk berhadapan dengan papa Riana. "Err, Uncle." panggil Ash perlahan. Dia memandang Riana meminta pertolongan namun Riana hanya membuat bodoh. Padanya, jika benar Ash mahu menjadikan dia sebagai isterinya, Ash harus berani berdepan dengan papanya. Riana tahu papanya setuju dia mahu berkahwin dengan Ash. Namun, Riana juga tetap mahu menguji ketulusan hati Ash. Dia mahu melihat sejauh mana Ash mahukan dirinya. "Apa dia Ash?" Soal papa Riana. Ibu Raisya juga memandangnya. "Ash..err..Ash.." Ash tergagap gagap ingin meneruskan ayatnya. "Ash ape?!" jerkah papa Riana. Terkejut Ash dibuatnya. "Ash nak minta izin nak kahwin dengan Riana, uncle." ujar Ash laju. Papa Riana memandangnya tajam. "Sebab ape? sebab Ana kaya?" Soal papa Riana. Ash menelan liurnya. Dia menggelengkan kepalanya. "Sa...saya betul betul cintakan Riana, uncle. Saya harap uncle restui kami." ujar Ash. Papa Riana menggelengkan kepalanya. "Maaf Ash. Uncle akui kamu lelaki yang baik. Tapi, uncle tak izinkan Ana kahwin dengan kamu. Uncle dah ada pilihan lain untuk Ana." ujar papa Riana. Dia berlalu pergi meninggalkan Ash. Ash memandang Riana. Riana menjongketkan bahunya tanda tidak tahu.

Cinta Psiko (COMPLETE)Where stories live. Discover now