BAB 28

428 9 0
                                    

Raisya sedang menyikat rambutnya. Semakin hari, sudah semakin banyak rambutnya yang gugur. Dia sudah menukar banyak jenama syampu, namun masih tiada yang boleh mengurangkan keguguran rambutnya. Malah, semakin kerap pula sakit kepala yang menyerang. Raisya yang merasakan kepalanya mulai sakit segera berbaring.

Dia melihat suaminya sudah lengkap berpakaian hendak ke pejabat. "B dah nak pergi kerja?" Soal Raisya. "Hmm." jawab Irwan. "Nanti petang, B balik makan tengahhari tak?" Soal Raisya lagi. "Tak." jawab Irwan. Raisya masih tidak menyedari akan sifat dingin Irwan padanya. "Err, B.." Kata kata Raisya pantas dipotong Irwan. "Diam boleh tak? Memekak je. Apa yang kau buat je haa dalam rumah ni? Asyik baring je. Nak kata pregnant, tak pula. Dah 3 bulan kita kahwin, bayang baby pun aku tak nampak lagi. Dahlah, aku nak pergi kerja." ujar Irwan. Terkedu Raisya dibuatnya, namun digagahkan hatinya untuk terus kuat. Dia tersenyum. "B, nak salam." ujar Raisya. "Tak payah. Aku dah lambat." jawab Irwan dan berlalu ke keretanya.

Raisya hanya memerhatikan kereta suaminya yang semakin hilang dari pandangan. "Hiks..kenapa B buat sayang macam ni? Hiks..Apa salah sayang? Hik..Sayang pun nakkan anak. Hiks.." Tangis Raisya. Digagahkan dirinya untuk bangun dan mengemas rumah. Telefonnya berdering beberapa kali. Raisya menjawab panggilan tersebut.

Raisya
-Assalamualaikum. Siapa ni?

012-7461***
-Qira.

Raisya
-Qira mana ni?

012-7461***
-Qira, yang 1 kolej dengan kau dulu. Aik, takkan baru langgar aku dah nyanyuk pulak.

Raisya
-Hmm, awak nak ape?

012-7461***
-Aku pernah cakap pada kau kan, yang aku akan rampas Irwan daripada kau.

Raisya
-Irwan setia dengan saya. Dia takkan curang dengan saya.

012-7461***
-Dia nak lagi ke dengan kau huh? Kau tu dahlah mandul. Kahwin punyalah lama, masih tak mengandung.

Raisya
-Kami masih belum ada rezeki lagi

012-7461***
-Takde rezeki ke memang kau yang mandul. Hahaha. (Tiba tiba terdengar suara seseorang sedang bercakap dengan Qira.
-Sorry darling, honey lambat sikit. Jalan jam tadi. (Suara Irwan)
-Sokay honey. Jom breakfast. Eh, honey mesti dah breakfast kan. Maklumlah dah ada wife.(Suara Qira)
-Honey tak breakfast pun. Ala, taknaklah cakap pasal perempuan mandul tu. Sekarang, honey cuma nak spend time dengan darling je.(Suara Irwan)
-Okay honey.(Suara Qira)

Raisya mematikan panggilan tersebut. Air matanya luruh tanpa henti. Handphonenya bergetar menandakan ada mesej masuk.

012-7461***
-Ops, lupa pulak nak bagitau. Aku tengah breakfast dengan husband kau yang 'setia' ni.

Raisya tidak membalas mesej tersebut. Hatinya sakit dan hancur. 'Sampai hati awak, Irwan buat saya macam ni. Apa salah saya pada awak? Awak kata saya yang pertama dan terakhir untuk awak. Tapi awak curang dengan saya.' desis hati Raisya. Raisya terbatuk batuk. Dia segera ke sinki kerana merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengannya. Dia, muntah darah. Raisya terkejut melihat darah di sinki. Dia mengambil telefonnya, dan cuba menelefon Irwan namun tidak berjawab. Raisya menelefon Riana.

TUT..TUT..TUT..TUTT

Panggilannya diangkat.

Raisya : Hello, Assalamualaikum.
Riana : Waalaikumsalam, kenapa kak?
Raisya : Ana, boleh tolong kakak? Kakak nak pergi klinik lah.
Riana : Boleh, kakak tunggu ye. Dalam setengah jam, Ana sampai.
Raisya : Ok Ana.

Raisya masuk ke biliknya dan bersiap. Setengah jam kemudian, Riana sampai dan membawa Raisya terus ke hospital. "Ana, kan akak cakap nak pergi klinik je." ujar Raisya. "Tak payahlah pergi klinik. Muka kakak tu pucat sangat. Dengan batuk segala, baik kakak terus check doktor pakar." Ujar Riana. Raisya terdiam.

Setelah menunggu beberapa ketika, Raisya dan Riana masuk ke bilik rawatan. "Cik Raisya, awak sudah berkahwin?" Soal doktor tersebut. Raisya mengangguk. "Okay, bila last awak period?" Soal Doktor itu lagi. "Err, tak silap saya 2 bulan lepas, doktor." ujar Raisya. "Hmm, okay. So, saya dah tahu apa sebenarnya yang terjadi." Riana pantas bertanya. "Apa dia Doktor? Kakak saya sakit apa?" Soal Riana tidak sabar. "Puan Raisya disahkan hamil 2 Bulan." Namun seketika kemudian, wajah doktor tersebut berubah. "Ke..kenapa doktor?" Soal Raisya pula. "Adakah sebelum ni, awak ada mengalami sakit kepala yang teruk hingga menyebabkan keguguran rambut?" Soal doktor tersebut. Raisya mengangguk. "Haah doktor, tadi pun saya batuk berdarah." jawab Raisya jujur. "Saya harap puan bersabar ye dengan apa yang bakal saya beritahu." ujar doktor tersebut. "Apa penyakit kakak saya?" Soal Riana dengan tegas. "Puan Raisya disahkan menghidap kanser hati, stage 2."

Cinta Psiko (COMPLETE)Where stories live. Discover now