BAB 9

559 11 0
                                    

"Urgh! Shit! Patutnya dorang tu bergaduh. Bukan makin mesra." Mendidih darah Qira apabila melihat Irwan dan Raisya tetap bersama, malahan semakin mesra. Dia bertekad akan menghancurkan hubungan Raisya dan Irwan. 'Takpe, kali ni aku bagi korang bahagia, tapi lepas ni, no more.' desis hati Qira. Qaseh pula semakin menjauhkan diri dari Qira. Dia tidak mahu terlibat dengan rancangan gila rakannya itu. Bagi Qaseh, Raisya gadis yang baik. Jadi, dia tidak sampai hati untuk menyakiti gadis yang tidak ada apa apa salah dengannya itu.

"Morning Isya." Ujar Qaseh sambil tersenyum. "Morning Qaseh. Mana Qira? Biasanya awak selalu dengan dia?" soal Raisya. "Ala Qira, biasalah. Dia datang lambat sikit. Mana Irwan awak tu?" Usik Qaseh pula. "Irwan cakap dia demam hari ni. Jadi, dia tak dapat nak datang kolej. Eh, jomlah masuk kelas. Nanti tak pasal pasal kena marah pulak dengan Prof Ash." Ajak Raisya. Qaseh dan Raisya beriringan masuk ke dalam kelas.

Semasa P&P berlangsung, mata Prof Ash tidak lepas dari memandang Raisya. Jujur, dia bahagia melihat Raisya. Namun, dia sedar Raisya kepunyaan Irwan. Irwan pasti tidak akan semudah itu melepaskan Raisya pada orang lain. Tamat waktu belajar, student telah pun keluar dari kelas tersebut. "Isya, awak dah ok?" Soal Prof Ash. Raisya mengangguk. Dia tersenyum manis. Senyuman Raisya memukau hati Prof Ash. Sekali lagi, degupan jantung Prof Ash berentak laju.

Raisya menaiki teksi menuju ke rumah Irwan. Alangkah terkejutnya dia melihat kereta Qira di rumah Irwan. Tanpa membuang masa, dia menggunakan kunci pendua yang ada padanya untuk masuk ke rumah Irwan. Dari bawah Raisya terdengar bunyi orang sedang bergelak ketawa. Raisya pantas menuju ke atas iaitu ke bilik Irwan. Dia terkejut melihat Irwan dan Qira berada berdua duaan di bilik tersebut. Pakaian Qira yang seksi dan Irwan yang hanya memakai boxer membuatkan hati Raisya hancur luluh.

"B!" Raisya menguatkan suaranya. Irwan dan Qira memandang Raisya. Irwan segera mendekati Raisya. "Sa..sayang. Ni bukan macam yang sayang sangka." Ujar Irwan. Dia memegang tangan Raisya. "Awak tipu saya, Irwan. Awak tipu saya. Awak mungkiri janji awak. Saya benci awak, Irwan! Mulai hari ni, kita dah takde pape lagi!" tangis Raisya dan berlari meninggalkan rumah tersebut.

Irwan terduduk mendengar kata kata Raisya. Qira mendekati Irwan. "Don't worry dear. I always ada untuk you. I love you so much." bisik Qira di telinga Irwan. "Shut up, Bitch! Sampai mati pun aku bencikan kau! So, sebelum aku bunuh kau, baik kau berambus dari rumah aku! berambus!" Tengking Irwan. Qira menghentakkan kakinya dan berlalu dari situ. "At least, I dah berjaya buat Isya tinggalkan you." kata Qira sinis. Irwan meraup wajahnya. 'Sayang.' Desis hati Irwan. Air matanya mengalir laju. Dia harus mencari Raisya. Dia tak sanggup kehilangan gadis itu.

Raisya pulang ke rumah dengan hati yang terluka. Pada ibunya, dia luahkan segalanya. Kekecewaan di hatinya, terlalu perit untuk dia tanggung seorang diri. Raisya tidak lalu makan dan minum. Malahan, dia juga sudah berhenti kolej tersebut. Dia tidak mahu melihat wajah Irwan lagi. Ibunya menasihati Raisya dan memberikan kata kata semangat buat Raisya. Namun, Raisya hanya menyepi. Dia berubah menjadi pendiam dan hanya menyendiri. Ibu mana yang tidak sedih melihat anaknya berkelakuan sedemikian.

Sejak hari Raisya memutuskan hubungan mereka. Irwan tidak jemu datang ke rumah Raisya bagi menagih kemaafan. Namun, jawapan Raisya tetap TIDAK. Hatinya terlalu terluka disebabkan perbuatan Irwan.

Cinta Psiko (COMPLETE)Where stories live. Discover now