BAB 8

620 11 0
                                    

Irwan dan Raisya pergi ke kolej bersama. Dalam perjalanan hendak ke kelas, Irwan tidak melepaskan tangan Raisya, bila Raisya melarang, Irwan semakin mengeratkan pegangan tangannya.

Irwan dan Raisya beriringan masuk ke dalam kelas. Irwan menegah Raisya duduk berjauhan darinya. Tiba tiba Qira datang menghampiri mereka. "Eh, Irwan. Handsome lah you hari ni. You sihat?" Soal Qira tanpa mempedulikan Raisya yang duduk di sebelah Irwan. "Thanks, Hmm aku okay je." kata Irwan dingin. "Eh, Isya pun ada?😒😒. Apa kata hari ni biar I duduk dengan Irwan. You duduk sebelah Qaseh sana, okay." arah Qira. Tersentap hati Raisya dibuatnya. "Err, okay." kata Raisya dan bangun menuju ke tempat Qaseh. Qira pula selamba saja duduk di sebelah Irwan.

"Kau ni pahal?! Pergi duduk tempat kau sanalah! Meluat aku tengok muka kau, gedik!" Marah Irwan pada Qira. "Ala, you ni janganlah marah I. Actually, I suka sangat dengan you tau." kata Qira dengan manja. Dia melirikkan tangannya di lengan Irwan. Raisya yang melihat perbuatan Qira merasa hatinya sakit. Namun, perasaan tersebut sebenarnya lebih kepada kecewa. Qaseh yang perasan akan perubahan wajah Raisya segera menenangkannya.

Raisya tidak dapat menahan lagi sakit hatinya, dia keluar dari kelas tersebut dan duduk di taman. "Lebih baik saya pergi dari hidup awak, Irwan. Awak akan lebih bahagia tanpa saya. Saya mungkin tak sempurna mencintai awak, tapi saya juga tak mampu nak menidakkan sakitnya perasaan ni. Saya tak mampu untuk pertahankan hubungan kita. Saya tak kuat untuk semua ni. Maafkan saya." Tangisan Raisya semakin lebat. Prof Ash yang kebetulan melalui tempat tersebut terkejut melihat Raisya sedang menangis. "Isya.." Panggil Prof Ash. Raisya menoleh ke arah pemanggil tersebut. "Prof.." ujar Raisya. Dia mengesat air matanya. "Awak okay?" Soal Prof Ash. "Sa..saya okay." kata Raisya pula.

"Kalau awak ada masalah, awak boleh share dengan saya. Kalau boleh, saya nak jadi kawan awak, Isya. Saya tak nak tengok awak sedih macam ni." kata Prof Ash. Raisya hanya mendiamkan diri. "Maafkan saya sebab marahkan awak tempoh hari. Saya salah sebab tak dengar penjelasan awak. Saya betul betul minta maaf." ujar Prof Ash. "Saya dah lama maafkan, Prof. Sokay." kata Raisya.

Irwan cemburu melihat Prof Ash dan Raisya berbual. Sungguh dia tak suka. Raisya miliknya. Tiada sesiapa boleh rampas Raisya daripadanya. "Sayang.." Panggil Irwan lembut. Dia tahu dia tak boleh berkasar dengan Raisya. Dia tidak mahu Raisya semakin jauh daripadanya. "B.." ujar Raisya pula. Irwan dapat melihat mata Raisya yang sembab dan pipi Raisya yang masih mempunyai kesan air mata. Dia yakin Raisya menangis sebentar tadi. Prof Ash yang sedar akan keadaan tersebut segera mengundurkan diri.

Irwan mendekati Raisya dan membawanya ke kereta. "Maafkan B tentang hal tadi. B tau sayang terluka. Tapi, percayalah B memang tak sukakan dia. B cuma cintakan sayang sorang je." ujar Irwan. Dia memeluk Raisya dengan erat. "B janji B takkan curang dengan sayang?" Soal Raisya. "B janji sayang. B takkan curang dengan sayang. Hati B cuma untuk sayang sorang je." Irwan meletakkan janji. "Sayang pegang janji B." kata Raisya.

Cinta Psiko (COMPLETE)Where stories live. Discover now