9 Tahun.
Bagi aku 9 tahun adalah tempoh yang agak lama. Luruh hati aku bila yang datang ketuk pintu itu adalah seorang lelaki berpakaian putih. Bukan hantu disiang hari. DIkiri dadanya tertulis Hospital Banting. Dan diluar ada tiga buah ambulans. Aku masih tidak faham.
Tetapi setelah diterangkan oleh pegawai tersebut , aku menangis. Ya menangis seperti orang gila apabila dia mengatakan Nek Som , Angah dan isterinya , Kak Nani telah kemalangan semasa ingin menuju ke kampung. Rupanya mereka nak balik kampung. Malah ketika itu ada sepasang kembar sedang memegang tanganku sambil menangis juga.
" Kakakkk..... " suara mereka meleret. Bukan manja tapi sangat lah sedih. Dengan pantas aku memeluk mereka. Ini anak kembar Angah.
Hal pengurusan mayat aku serahkan kepada orang kampung sahaja. Aku tidak tahu apa yang harus dilakukan.
===============================================================================
" Arwah berhutang RM 50 000 dengan aku ! kalau boleh aku nak dia bayar. tapi sekarang dia dah mampus. jadi kau la yang kena bayar hutang tu.!"
Masih terngiang lagi suara lelaki yang berpakaian serba hitam itu. Dah la takde sesiapa nak mengadu tiba-tiba disuruh bayar hutang yang bukan sepatutnya dia bayar. Nek som dah takde. Tadi selepas pengebumian , dia ternampak Alang, Alang adalah anak sulung Nek Som. Bila dia bagitahu Alang tentang hutang Angah , senang je Angah jawab
" Orang tu tuntut hutang dengan kau. Bukan aku. Kau la yang bayar. Lepas ni jangan cari aku kalau sekadar nak cakap pasal hutang. Hutang aku pun berlambak." dengan muka yang tiada perasaan dia berlalu pergi. Isteri dia pun takde nampak.
Angah kerja hanya sebagai peniaga pasar malam. Dia menjual baju kanak-kanak . Berapa sangat lah untung yang dia dapat sebab menurut AIsyah dan Amin ( kembar dua orang tu ) ayah mereka selalu ulang alik ke hospital. Kak Nani kan sakit.
Aku perlu cari kerja sebab Angah takde tinggal sikit pun duit untuk si kecil ni. Nasib mereka tak sekolah lagi. Aku akan cari kerja esok lepastu aku akan settlekan hutang orang tu secepat yang boleh. Itu janjiku.
Wajah anak kecil itu aku pandang. Mereka sedang tidur diatas katil aku.
================================================================================
Memori buruk sejak 9 Tahun lalu terbayang dimata aku. Arghhhh!!
Aku kembali mengelap meja makan yang besar ni. Aku baru je tukar kerja. Sebelum ni aku kerja kedai makan tapi sekarang aku dah jadi pembantu rumah. Boss aku cantik sangat. Biasa la orang kaya. yang hodoh pon pakai je produk ape pun boleh cute. yang penting ada duit.
Baru seminggu kerja dan aku masih lagi tak kenal siapa suami boss aku ni. Biar jelah asalkan gaji aku jalan. Sebelum aku kerja kat sini aku kena sain kontrak. Wajib kerja disini setahun baru lah boleh berhenti. Aku okay je sebab ape? Gaji jadi pembantu kat sini rm1800. berbaloi gila. Aku nak tebus balik si kembar yang dah AHLong culik daripada aku. Dulu aku kerja kedai makan. Mana mampu nak bayar hutang tu dengan bunga yang makin naik. Pastu AhLong tu suruh aku jadi perempuan simpanan dia. Aku taknak. Last sekali dia ambil Kembar daripada aku. 80% gaji yang selalu aku dapat aku akan bayar hutang dia.
Hutang takpernah kurang. Apa yang pasti bila aku bayar hutang dia , dia akan bagi aku jumpa Si kembar. Mereka makin kurus dan pendiam.
Abang Hafiz ? ya aku rindu insan itu tetapi selepas je aku berhenti sekolah aku dah tak ambil kisah pasal dia. Bukan tak saynag tetapi keadaan memaksa. Malah pernah terbit kat hati aku , kalau suatu hari nanti aku jumpa dia walaupun dia dah beristeri aku akan rampas dia daripada wife dia. Jahatkan aku ?
Tapi aku sedar , aku ni cuma pembantu rumah. takkan la Abang Hafiz nakkan ?
================================================================================
Jus oren buatanku dibawa ke depan. Tadi Puan Mellisa yang suruh aku bawakkan sebab suaminya dah balik. dan kali ni aku.....
tergamam...... Mimpi ke ni ?
Sorry gais kalau hambar. Vote and comment okay ?
![](https://img.wattpad.com/cover/91690301-288-k243594.jpg)
YOU ARE READING
Aku awek tudung
RomanceKisah biasa kekadang emosi tak tentu pasal . Aku derita. Aku juga kecewa. Kau segalanya. Bertakhta dijiwa. I dont know how to describe this story so just read it. Cerita ini mungkin akan jadi agak panjang tapi slow update. Sorry.