Malu ! Malu ! Malu !
Dah la jatuh macam apa entah , Abang Hafiz pulak tiba-tiba muncul entah dari mana. Bukan aku tak nampak tadi muka Abang Hafiz tu tahan ketawa masa angkat aku. Dah la dia angkat aku masuk bilik depan Mak Mah. Apa la yang Mak Mah fikirkan. Ishh berani dia ek. urghhhh malu la oi..
Kaki aku berbalut sebab sedikit terluka dan terseliuh. Umm sakit. Tapi sakit tu kurang sebab ada hero yang handsome yang rawat. Rasa tak jadi la nak lari rumah. Stay jela. Dapat jamu mata dengan Ciptaan Tuhan ni.
" Mia ni cuai lah. Sikit-sikit nak berlari. Cuba la buat kerja hati-hati. " Tegur Abang Hafiz setelah melihat aku mendiamkan diri dengan muka yang sedih. Sebenarnya aku tak adalah sedih sangat cuma aku lapar. Kalau hujankan cepat lapar.
" Orang nak dengar Mak Mah cerita tadi " Um dah kenapa mulut aku ni becok sangat ? Aihh
" Cerita pasal apa ? " Abang Hafiz mendekati. Birai katil menjadi tempat untuk dia meletakkan punggung.
" Pasal... pasal .. ah pasal sejarah macam mana makanan dulu-dulu dibuat dan wujud lah " kataku dengan yakin bercampur gugup.
" Tak logik langsung Mia nih. Tak yah tipu Abang lah. Ni mesti umpat Abang kan "
" Eii perasan la dia ni. Apesal pulak tak logik ? Betul la Mia cakap. " balasku dengan nada sedikit angkuh. Aku mana boleh kalah.
" Mia sayang intan payung , Mak Mah tak suka sejarah tahu tak ? So tak mungkin dia cerita pasal sejarah. Merepek je. " Jelingnya sambil berpeluk tubuh.
Weh nampak biceps doh gaya camtu. Melting + stim. Hahaa serius cool gila.
" Mellisa mana ? " Aku mula mengubah topik. Malu oi bila menipu tapi tak berjaya.
" Somewhere else. " Katanya acuh tak acuh. Handfon dikoceknya dikeluarkan.
Aku mendekatinya dengan mengengsot. Yela kaki sakitkan. Biceps tadi aku cuit-cuit menggunakan jari. Ketika itu dia sedang ralit dengan handfon ditangannya. Hm Kerasnyaa. Memang kaki gim ke Abang Hafiz sekarang ni ?
" Suka ? " Tanyanya sambil memandang aku dan biceps nya.
Aku mengangguk tanda mengiakan. Cool doh !
" Abang lapar lah " aduku. Hujung lengan bajunya aku tarik-tarik seperti anak kecil. Saja je nak mengada. Rindu nak mengedik dengan Abang Hafiz.
" Nak makan apa ? " Tanyanya. Muka tak payah cakap la tak senyum langsung. Dah kenapa nak moody tiba-tiba ni ? Takut pulak rasanya. Tengok handfon lepastu nak marah-marah orang. Mungkin ada something kut.
" Nak makan Abang boleh ? Nak gigit " Dengan nada yang manja aku mula memujuk untuk membuat dia tersenyum. Gigi atas dan bawah aku ketapkan beberapa kali dengan menunjukkan aksi mengigit.
" Mana boleh sayang nak makan Abang. Kaki sayang sakit. Abang nak makan sayang pun tak boleh. " Katanya sambil memaut pinggangku.
Kata-katanya cuma tinggal kata-kata kerana tidak lama selepas itu aku dapat rasakan leherku dihisap dan digigit manja. Hmm lepasni memang comfirm lah ada lovebite dari Abang Hafiz ni. Tubuhku makin dipaut erat. Mukaku pula menjadi mangsa ciuman. Sekejap ditelinga , sekejap dimulut , sekejap mata , sekejap hidung dan akhirnya aku kelemasan dengan gomolan Abang Hafiz.
" Abang .. orang lapar lahh " aku mula mengeluarkan suara.
" Mia ni Abang baru nak hisap susu. Jap Abang ambil makanan. " katanya seraya bangun dan mengemaskan baju. Ape lah Abang Hafiz ni. Susu ? Heheee Aku faham kehendak dia tapi sabarlah. Nak ambil tenaga jap nak kena makan baru boleh beraksi. Ada hati nak beraksi walaupun kaki sakit.
Seusai aku makan , Abang Hafiz keluar untuk berjumpa kawan katanya. Dengan kaki terhincut-hincut aku cuba mencari Mak Mah. Aku masih lagi ingin mendengar cerita yang tergendala tadi.
Kata Mak Mah , Bonda Abang Hafiz berjanji akan mencari Mia yang hilang tapi dengan syarat. Syarat yang dimaksudkan ialah Abang Hafiz perlu menguruskan diri sendiri dengan teratur. Dia perlu ke sekolah , perlu mengambil peperiksaan dan perlu melanjutkan pelajaran. Masa tu Abang Hafiz ikut je sebab dia percaya sangat-sangat dengan Bondanya. Sebenarnya janji tinggal janji. Bondanya tidak pernah mencari Mia tapi dia selalu memberitahu Abang Hafiz bahawa Mia tak dapat dicari. Tak ada khabar langsung.
" Hafiz tu masa dia sekolah dulu , dia selalu masuk pertandingan taekwando. Mia tahu ? " Ye saya tahu tapi kalau aku cakap macam tu mesti Mak Mah syak apa-apa. Lantas aku mengelengkan kepala.
" Lepas je kejadian tu berlaku , Hafiz ke sekolah seperti biasa cuma memang nampak la beza dia. Balik sekolah seperti kehilangan sesuatu. Bila ditanya , katanya tak ada apa-apa. " Hilang apa ? Ei tak faham lah.
" Dulu dia seorang yang ambil berat sangat " Kata Mak Mah sayu.
" Maksud nya ? " aku angkat kening ala-ala Ziana Zain.
" Antara adik beradik dia tu , dia yang paling ambil berat pasal semua orang. Birthday orang dia ingat , bila ada yang sakit dia yang jaga , bila sorang susah dia pun akan rasa susah. Serba serbi dia. tapi lepas je benda tu jadi dia tak ambil tahu dah pasal orang lain. Dia dan dunia gengster dia je. "
Tak tahu pulak dia caring . Eh dunia gengster ? Apakah ?
" Maksud Mak Mah ? "
" Mia , Mak Mah bagitahu semua ni bukan sebab apa. Mak Mah nak Mia hati-hati. Mak Mah cuma takut Hafiz rapat dengan kamu cuma sebab nama kamu sama dengan kawan dia dulu. Mak Mah tahu betapa kasar dan ganasnya dia. Semua perangai dia Mak Mah tahu. Mak Mah nak kamu jaga tingkah laku kamu , jangan sampai kena tampar macam haritu. Faham ? " Tegas Mak Mah sambil melihat mataku. Ini betul-betul serius ni.
" Tadi Mak Mah kata dia dan dunia gengster dia. Maksud Mak Mah ? " Aku terlalu banyak soalan yang berada difikiran.
Kata Mak Mah lagi , setahun selepas dia ke universiti di luar negara untuk sambung degree , dia terlibat dengan gengster disana. Macam mana terlibat pun Mak Mah tak tahu yang pasti dia adalah antara orang terkuat.
" Ayah dia tahu ke ? "
" Mestilah tahu. sebab kat sana ramai yang menjadi mata-mata ayah dia "
" Luar negara tu kat mana Mak Mah ? "
" Amerika " Dan mulutku membentuk huruf 'O' ketika itu. Hebatlah Abang Hafiz ni. Tapi aku nak tahu lagi..
" Cerita la lagi Mak Mah " gesaku.
" Esok lah pulak . Mengantuk ni " Jam di sudut daput aku pandang. 10:56PM
Langkah gemalai Mak Mah aku pandang dengan seribu satu persoalan yang masih berada diminda. HM nak tidur tak mengantuk la pulak . Tengok tv la kat depan.
============================================================================================================================
Apa pandangan korang ? Komen kat bawah okay ? :) Jangan lupa untuk Vote and Comment.
YOU ARE READING
Aku awek tudung
RomanceKisah biasa kekadang emosi tak tentu pasal . Aku derita. Aku juga kecewa. Kau segalanya. Bertakhta dijiwa. I dont know how to describe this story so just read it. Cerita ini mungkin akan jadi agak panjang tapi slow update. Sorry.