Suho,xiumin,luhan,baekhyun,tao dan kyungsoo menuju ke gelanggang bola keranjang untuk melihat sehun,kai,chanyeol dan chen yang sedang berlatih untuk perlawanan bola keranjang pada minggu depan.Lay tidak dapat bersama kerana perlu menyiapkan satu kerja kursus.
Tao ternampak kelibat kris yang sedang menuju ke arah gelanggang dengan memakai baju jersi dan berseluar pendek.Cukup membuatkan tao terpegun tapi disembunyinya cepat-cepat.Dia hendak bertanya kepada hyung-hyungnya tapi daripada kene usik,lebih baik dia berdiam diri.Macam lah dia tak tahu perangai hyung dia semua tu.
Latihan bermula dan itu membuatkan tao annoying melihat chanbaek,kaisoo,xiuchen dan hunhan asyik flirting je.Nasib baik lay takda,kalau tak suho pun asyik bermanja je dengan lay.
Tao hanya memandang kawan-kawannya berlatih dn matanya tak sengaja memandang kris yang sedang memandang ke arahnya.Mata mereka bertaut lama lalu tao mengalihkan pandangannya.
Apa masalah dia pandang aku macam tu? Dan kenapa aku berdebar bila dia pandang macam tu? Dia ada perasaan kat aku ke? Ke aku je yang perasan,bisik hati tao.
Selepas satu jam berlatih,couch mereka ataupun dikenali sebagai mr.jongkook memberi mereka rehat selama setengah jam.
Chanyeol menuju ke arah baekhyun dan duduk disebelahnya.Dia membuka bajunya akibat kepanasan.
"Yahhh perlu ke bukak baju?"kata baekhyun,annoying.
"Yeol panas lah..apa salahnya? Lagipun semua dekat sini lelaki kot"chanyeol membalas.
"Aku rasa tak lah,chanyeol"kai menyampuk yang sedang berbaring di atas paha kyungsoo sambil menundingkan jarinya ke arah dua tiga orang pelajar perempuan yang sedang memandang ke arah chanyeol atau abs chanyeol.
Baekhyun memandang chanyeol sambil menyilangkan kedua belah tangannya ke dada.
"Alaa tu diorang yang tengok..bukan yeol bagi pun"
Baekhyun mengulingkan biji matanya.
"Lantak yeol lah"baekhyun berkira-kira hendak tapi ditahan oleh chanyeol.
"Okay,yeol pakai baju tapi denfan satu syarat"
"Apa?"
"Baek pakaikan"
Chanyeol menghulurkan bajunya kepada baekhyun.
"Ee yeol pikir yeol baby nak suruh baek pakaikan?"
"Eleh baby awak jugak yang nak pakai baju ni,cepat lah"
Baekhyun mengalah dan mengambil baju tersebut lalu menyarung ke badan chanyeol.Chanyeol hanya tersengih.
Tao memandang xiumin yang sedang melayan kerenah chen.Matanya bergerak pula ke luhan yang sedang ketawa bersama sehun.Suho pula bersembang dengan lay yang baru sampai ke gelanggang tersebut.Kini,dia terasa seperti keseorangan.Hyungnya semua sudah ada teman untuk dipeluk,bermanja dan sebagainya.Tao hanya mengeluh perlahan.
"Alone?"
Satu suara menyapa tao.Dia memandang kris yang sedang menghulurkan air coke.Dia segera menyambut.
"Thanks"
Kris melabuhkan punggungnya disebelah tao.
"Welcome"
Kesunyian hanya menemani mereka berdua sehingga kris membuka mulut.
"Kau memang tak banyak cakap ke?"
Tao memandang kris.
"Tak jugak,kenapa?"
"Yelah dari first time aku masuk sini..kau asyik diam je..kawan-kawan kau semuanya okay dengan aku"
Tao terdiam.Dia tak tahu macam mana nak terangkan dekat kris tentang pertandingan diantara dia dan bomi.Cerita pasal bomi,tao perasan yang bomi dan kawan-kawannya sedang berhenti di satu tempat sambil memandangnya.Tao cepat-cepat mengambil peluang tersebut.
"Err kris awak jangan ambil hati sangat kalau saya tak banyak cakap dengan awak.Maybe sebab penat atau letih kot dengan homework banyak lagi"kata tao separuh manja.Kris hanya mengangguk.Pelik.
"Eh,jap dahi berpeluh lah"kata tao lagi.Dia mengeluarkan sapu tangan di poket seluarnya lalu mengelap dahi kris.Kris memandangnya pelik tapi hanya membiarkannya.Tao menjeling bomi yang sedang menunjukkan muka tak puas hati lalu pergi meninggalkan tempat itu.Tao tersenyum sinis dalam hati.Dia memandang kris yang sedang merenungnya.Mengingati apa yang telah berlaku,tao terasa malu.
"Thanks sebab lap peluh aku"kata kris.
"Erm saya nak tanya awak sesuatu boleh?"soal tao.Kris mengangguk.Tao yang berasa lidahnya kelu teragak-agak untuk bertanya.Akhirnya dia meninggalkan kris keseorangan disitu.
Bomi POV
"Ee sakitnya hati aku!! Dia ingat dia boleh menang ke?!"
"Chill lah babe..kau tak mula lagi dah nak marah"kata naeun.
"Tahu,benda tak mula lagi..jangan lah marah sangat"sokong eunji.
Aku mula meredakan kemarahan aku.Betul cakap diorang,permainan baru hendak bemula.
No One POV
Mereka berenam sedang menjamu selera.Baekhyun memandang tao yang hanya senyap dari tadi.Makanannya pun diluak sedikit sahaja.
"Tao-ya,asal diam je ni? Biasanya kau yang mulut kecoh sekali"
Tao hanya mendiamkan diri.Dia masih lagi merajuk disebabkan hyungnya semua tidak melayannya tadi tambah pula pasal kris.
"Zitao!"jerit baekhyun.
"Korang semua makan lah ye,tao dah kenyang"kata tao lalu meninggalkan dapur dan naik ke biliknya.
"Kenapa dengan dia tu?"tanya suho.
"Entah lah.Macam ada benda yang tak kene je"jawab luhan.
"Tak pernah nampak lagi tao macam tu,macam ada masalah besar je"sampuk baekhyun.
"Kalau takda masalah besar,takda lah dua macam tu..kau ni"kata luhan.Baekhyun hanya mencebik.
"Guys,korang tak ingat ke pasal bomi tu?"tanya kyungsoo.
"Ingat.Haa maybe pasal tu kot"baekhyun membulatkan biji matanya.
"Pasal bomi? Pasal ape?"tanya suho.Xiumin mengangguk setuju dengan pertanyaan suho kerana dia pun tidak tahu apa-apa.Kyungsoo mula menceritakan kepada suho.A sampai lah ke Z.Suho dan xiumin hanya mendengar.
"Jadi sekarang ni kita nak buat apa?" Aku tak rasa kris macam kita"duga baekhyun.
"Takpe lah kita tengok dulu lagipun petang tadi masa kat gelanggang,kris tak cakap apa-apa pun bila tao lap peluh dia,kan?"
Mereka semua mengangguk setuju dengan kata-kata suho.
"Diorang comel jugak.Ahh ai ship taoris!"jerit baekhyun.
"Woi shuhh..kang tao dengar kang"kyungsoo mengetuk kepala baekhyun sedikit.
"Ow sakit lah"baekhyun mengaduh kesakitan.Yang lain hanya mengeleng kepala melihat mereka berdua.Dalam diam,seseorang mengukir senyuman.
YOU ARE READING
My Cutest Love(Exo Ship~Baekyeol Kaisoo Hunhan Sulay Xiuchen Taoris)
RomanceExo ship(baekyeol kaisoo hunhan sulay xiuchen taoris) Warning:boxboy ff