"H-hyung"
Mereka semua menoleh dan melihat seorang budak lelaki tercegat dengan banyak kesan luka di muka.Wajahnya kelihatan sangat pucat.
Luhan terkesima memandang budak lelaki tersebut.Belum sempat dia berkata apa,budak itu sudah jatuh pengsan.
"Kookie!!"
***
Luhan menatap wajah insan yang sangat dia rindui selama ini.Satu-satunya darah dagingnya yang tinggal.Dia bersyukur kerana dapat bertemu dengan semula dengan jungkook.Dia berjanji akan menjaga adiknya sebaik mungkin.
Luhan merapatkan bibirnya ke dahi jungkook lalu dikucupnya dengan penuh kasih sayang.Jungkook masih lagi belum sedar dari pengsannya dan itu membuatkan luhan risau.
"Bangun lah,kookie.Jangan buat hyung risau macam ni"kata luhan dengan nada lirih.Airmata sudah lama kelihatan di tubir matanya.
Selepas jungkook pengsan tadi,mereka bergegas membawa jungkook ke hospital.Doktor kata badan jungkook terlalu lemah sekarang ni.
"Lu,please don't be like this.Jungkook akan bangun,sabar okay"pujuk xiumin.Dia merangkul bahu luhan dan mengusapnya.
Doktor Lee masuk ke bilik tersebut dan meminta semua keluar.Mereka hanya menurut terutama sekali luhan.Setelah beberapa minit,Doktor Lee keluar.
"Saya terpaksa tahan jungkook di wad disebabkan banyak kesan luka pada badan dia and luka tu bukan sekadar luka biasa.Ianya harus dipantau.Kemungkinan dia akan sedar malam ni ataupun pagi esok.Saya harap semua dapat bertenang dan balik berehat dulu"ujar Doktor Lee.
"Kalau saya nak stay dengan dia malam ni boleh tak doktor?"tanya luhan.
"Boleh.Pesakit boleh dijaga oleh dua orang dan sila minta pas dekat kaunter"balas Doktor Lee.
Selepas mengucapkan terima kasih,luhan pergi ke kaunter tersebut dan meminta pas untuk menjaga jungkook.Dia menyuruh yang lain balik dan bergegas masuk ke wad jungkook.Dia melabuhkan punggungnya di atas katil jungkook dan memeluk badan jungkook.
Tiba-tiba pintu terbuka dan terjengul wajah sehun beserta pas yang sama dimiliki olehnya.
"Sehun buat apa dekat sini? Kan hyung suruh balik"
"Takkan sehun nak biar hyung jaga kookie sorang-sorang.Kita jaga dia sama-sama malam ni"
"Nanti sehun penat.Hyung taknak susahkan sehun"
Sehun senyum dan merapatkan dirinya dengan luhan.Bibir luhan dikucupnya sekejap.
"Hyung takkan susahkan sehun selagi hyung ada depan mata sehun"
Luhan turut tersenyum.
"Gomawo sebab selalu ada dengan hyung"
Sehun mengangguk.Dia menarik selimut dan menutup badan luhan dan jungkook.
"Hyung tidur okay.Hyung nampak penat sangat"
"Tapi sehun nak tidur mana?"
"Jangan risau pasal sehun,hyung tidur je..goodnight i love you"
"Okay,goodnight too..i love you too"
Luhan menutup matanya.Sehun mencium dahi luhan dan merenung wajah jungkook.Pipi jungkook dikucupnya juga.Dia duduk di atas kerusi yang disediakan oleh pihak hospital sambil merenung luham dan jungkook yang kelihatan sangat tenang apabila tidur.Dia janji dia akan menjaga jungkook macam mana dia menjaga luhan kerana jungkook sudahpun menjadi sebahagian dari hidupnya.
Akhirnya sehun terlelap dengan keadaan kepala beralaskan lengannya.
***
Luhan tersedar apabila dia merasa ada orang membuka langsir tingkap dan cahaya masuk dari tingkap tersebut.Rupanya seorang nurse yang membukanya.
"Oh morning..saya ganggu tidur awak ke?"tanya nurse itu.
"Nah it's okay"jawab luhan mesra.Nurse itu meminta untuk keluar.
Luhan memandang jungkook yang masih lagi tidak sedar.Dia mengeluh perlahan.
"Cepat bangun dongsaeng.I miss you"bisik luhan ke telinga jungkook.Dia mencium pipi pucat jungkook.Matanya teralih pula pada sehun yang masih terlena.Sayu dia melihat sehun tidur dalam keadaan macam tu.
"Sehun,wake up.Dah pagi ni"
Perlahan-lahan mata sehun buka dan dia cuba merengangkan otot-ototnya.Sesekali dia memicit bahunya.Luhan bangun dan duduk atas riba sehun sambil menghalakan badannya ke arah sehun.
"Sakit?"tanya luhan prihatin.
"Sikit"jawab sehun.
"That's why hyung suruh sehun balik semalam.Takde lah sakit macam ni"bebel luhan tapi tangannya mengurut juga bahu sehun.
"Biar lah.Bukan selalu pun,at least ada je orang tu tolong urutkan"kata sehun sambil tersengih melihat luhan.Dia memeluk pinggang luhan.Matanya tertumpu pada jungkook.
"Kookie tak sedar lagi ke?"
Luhan mengeluh.
"Tak"
"Hey,taknak buat muka sedih macam tu.Sehun yakin kookie sedar juga pagi ni.Now kita balik,lepas mandi dan makan,kita datang sini balik"
"Tapi takkan nak tinggal dia sorang-sorang.Hyung nak kalau dia sedar,hyung ada dengan dia"
"Hyung kene jaga jugak kesihatan hyung.Dari malam tadi lagi hyung tak makan.Kalau kookie tengok hyung macam ni pun,mesti dia sedih"
Luhan termenung.Dia taknak tinggalkan jungkook tapi dia taknak juga sehun risau akan dirinya.
Pintu terbuka dan melihat semua ahli exo masuk dengan beberapa plastik di tangan.
"Nah,aku dah bawak baju untuk korang berdua.Pergi mandi then kita makan sama-sama"ujar kyungsoo.Sehun dan luhan tersenyum.
"Gomawo soo.Sehun ajak balik tadi tapi hyung tak sampai hati nak tinggal kookie"kata luhan.
"Small matter je hyung.Macam lah soo tak kenal hyung"balas kyungsoo.
Hunhan berjalan ke bilik air untuk membersihkan diri mereka.Mereka hanya menunggu dengan sabar sehingga hunhan selesai mandi.Dan mereka makan bersama-sama.Selesai makan,luhan kembali duduk disisi si adik.Wajah jungkook ditenung lama.Apabila teringat kata-kata Doktor Lee,hatinya membara tambah sedih.
Siapa yang buat semua ni dekat adiknya? Dah berapa lama adiknya menanggung sakit?
"Luhan"
Luhan memandang ke empunya suara.
"Kau termenung apa?"tanya xiumin.
"Aku menyesal sebab tinggal dia dulu.Kalau tak dia takkan jadi macam ni"balas luhan.
"Hyung,berhenti salahkan diri hyung.Benda dah lepas,sekarang ni kookie dah ada depan mata hyung.Jangan lah risau sngat"sampuk suho.
Mata luhan mula berkaca.Sehun memeluk luhan untuk menenangkannya.
YOU ARE READING
My Cutest Love(Exo Ship~Baekyeol Kaisoo Hunhan Sulay Xiuchen Taoris)
RomanceExo ship(baekyeol kaisoo hunhan sulay xiuchen taoris) Warning:boxboy ff