Benefit 7

24.4K 129 0
                                    

Daniel dan Ain sudah berada di rumah keluarga Daniel. Ketika itu, mereka baru sahaja selesai membincangkan tentang hal perkahwinan mereka berdua. Daniel sedang terbaring di atas sofa manakala Ain duduk bersila diatas lantai. Mereka berdua menunggu masa sahaja untuk pulang ke rumah mereka.

" Babe, semalam aku lepak dengan Fakhrul dengan Darwin. Fakhrul bawa Ilya,"

Ain yang mendengar nama bekas teman wanita Daniel terus memandang tepat ke arah wajah Daniel menyebabkan Daniel agak gerun melihat pandangan itu. Wajah gadis itu begitu tenang tapi pada masa yang sama, Ain tunggu masa sahaja ingin meletus. Itulah makna pandangan tersebut.

" Kenapa mesti ada Ilya?,"

Tanya Ain dingin. Daniel hanya mengangkat bahunya tanda tidak tahu.

" Dia ada cakap apa ke?,"

Tanya Ain lagi. Daniel hanya menggelengkan kepalanya dan sambung menonton televisyen. Ain memeluk tubuhnya dan merenung tajam ke arah Daniel kerana tidak puas hati dengan jawapan teman lelakinya. Cemburu melanda dirinya.

" Muhammad Daniel Arasy,"

Suara Ain agak keras menyebabkan Daniel memandang tepat ke arah Ain.

" Apa lagi sayang?,"

Ujar Daniel lalu bangun dari pembaringannya. Ain bangun dari duduknya lalu mengambil tempat di sebelah Daniel. Ain merapatkan wajahnya di cuping telinga Daniel sebelum membisikkan apa yang dia ingin katakan.

" Kau sayang aku atau Ilya? Kau nak kahwin dengan aku sebab nak larikan diri dari Ilya ke?,"

Daniel terkejut mendengar pertanyaan Ain. Dia merenung tajam ke arah wajah Ain. Daniel terkejut yang Ain tidak percaya akan perasaan cinta yang sudah mula timbul sejak tiga bulan yang lepas.

" Nur Ain Natasya!,"

Daniel menahan geram. Ain hanya membuat riak muka tidak bersalahnya.

" Mak, Daniel nak hantar Ain balik dulu ni!! Lepas tu nak terus balik rumah Niel sebab nak rehat, esok kena pergi kerja!! Daniel balik dulu!!,"

Jerit Daniel lalu dia menarik kasar tangan Ain dan keluar dari rumah ibu bapanya. Daniel membuka pintu keretanya dan menyuruh Ain masuk. Ain hanya mengikuti arahan Daniel. Kemudian, Daniel memasuki tempat pemandu dan memecut laju meninggalkan perkarangan rumah keluarganya.

" Siap kau balik ni, aku kejekan kau Ain!!,"

Marah Daniel sambil memandang sekilas ke arah Ain. Ain hanya menjeling tajam ke arah Daniel lalu memeluk tubuhnya tanda protes.

℉β℉β℉β℉β℉β℉β℉β℉β℉β℉β

Ain

Daniel menghentam kuat pintu rumah aku hingga menyebabkan aku berdecit sedikit kerana terkejut dengan tindakannya.

" Hentam kuat lagi pintu rumah tu biar pecah terus!!,"

Daniel yang mendengar sindiran aku terus memusingkan tubuhnya menghadap diri aku. Aku terkejut melihat wajahnya begitu merah menahan marah. Urat di lehernya timbul. Masak aku hari ni kena belasah dengan dia.

Friends With Benefit [C]Where stories live. Discover now