Tengku Aryan masih berada di ruang tamu. Tetamu semua kebanyakan sudah pulang ke rumah dan dia masih berada di ruang tamu. Cuak sebenarnya nak naik bilik Ain sebab dia tahu gadis itu mesti mengamuk habis dengan apa yang sedang berlaku sekarang ini. Ketika itu abang Ain, Hadi Fayyadh menuju ke arah adik iparnya.
" Aik, Ryan! Asal kau masih dekat bawah ni? Kenapa tak masuk bilik?,"
Tengku Aryan yang mendengar pertanyaan Hadi mengeluh perlahan.
" Aku takut yang Ain akan mengamuk. Aku masih tak berani nak nenghadap dia selepas apa yang aku telah buat dekat dia,"
Hadi yang mendengar keluhan Tengku Aryan terus duduk disebelah lelaki itu.
" Ryan bila kau terima tawaran Daniel untuk menikah dengan Ain, kau mesti tau risiko bila kau bernikah dengan dia, apa yang akan berlaku. So stay strong for my sister. Dia nampak kuat tapi sebenarnya dia jenis yang sensitif. Dia kuat memendam jadi kau kena cuba sedaya upaya untuk cuba masuk dalam hati dia,"
Hadi memberikan kata-kata semangat untuk Tengku Aryan. Tengku Aryan menganggukkan kepalanya lalu menarik nafas panjang sebelum menuju ke tangga lalu menaiki tangga tersebut. Kemudian, dia menuju ke arah bilik Ain. Tengku Aryan mengetuk perlahan pintu bilik isterinya sebelum memasuki bilik tersebut.
Tengku Aryan terkejut melihat keadaan bilik tersebut dan keadaan isterinya. Ain terkulai lemah di atas katilnya dengan beberapa pil ditangannya. Mulut gadis itu sudah berbuih.
" AIN!!!,"
Jeritan nyaring Tengku Aryan menyebabkan semua ahli keluarga gadis itu berlari menuju ke biliknya. Tengku Aryan mengangkat tubuh isterinya dan berlari menuruni tangga.
" Ya Allah, selamatkan isteri aku,"
Ujar Tengku Aryan didalam hatinya.
℉β℉β℉β℉β℉β℉β℉β℉β℉β℉β
Ain
Aku tersedar dari pengsan. Aku dah mati ke? Aku memandang sekeliling dan melihat keadaan bilik ini. Ketika itu aku terlihat kelibat Tengku Aryan yang sedang duduk menghadap aku. Diri aku terus rasa ingin mengamuk.
" Sayang dah sedar,"
Ujar Tengku Aryan lalu menuju ke arah aku. Aku terus membelakangkan diriku.
" Jangan dekat!!!!!!,"
Jeritan aku menyebabkan Tengku Aryan menghentikan langkahnya.
YOU ARE READING
Friends With Benefit [C]
Romance21 sx 2 person that swear never involve in love. They being together just for fun. Just for fulfill their lust until one day.. The girl want to get married and the guy seem lost. Another guy really love that girl and would do anything for her. What...