Tengku Adrian dan Adrianna sudah berada di rumah agam keluarga Tengku Adrian. Tengku Adrian memberi salam sebelum melangkah masuk ke dalam rumah tersebut.
" Waalaikumusalam, Ad dah balik. Eh, sayang bawa Anna sekali!,"
Ujar Tengku Azzalyna apabila mendengar suara anak bongsunya. Tengku Azzalyna menuju ke mereka berdua. Tengku Adrian terus menyalami bondanya dan mencium kedua belah wajah bonda kesayangannya.
Selepas itu, Adrianna pula menyalami Tengku Azzalyna dan Tengku Azzalyna memeluk tubuh molek gadis itu lalu dicium pipi Adrianna.
" Bonda, abang mana? Dia dah balik rumah dia ke?,"
Tengku Adrian bertanya apabila melihat kelibat abangnya dan Ain tiada di ruang tamu.
" Ada je dalam bilik tu dengan bininya. Penat sangat agaknya. Biar la mereka berdua rehat dulu. Kamu berdua pergi la makan. Bonda dah makan tadi. Bonda nak pergi rehat kat dalam bilik sat. Kepala ni pening pula,"
Ujar Tengku Azzalyna lalu meninggalkan mereka berdua di ruang tamu.
" Anna nak makan tak?,"
Tengku Adrian bertanya lembut. Adrianna berfikir sejenak sebelum menganggukkan kepalanya. Ketika mereka menuju ke ruang makan, suara Tengku Aryan dan Ain kedengaran menyebabkan Tengku Adrian memusingkan tubuhnya ke arah suara itu. Tengku Aryan sedang turun tangga beriringan dengan Ain.
“ Eh, Ad! Kau dah balik? Kau bawa Anna sekali,”
Ujar Tengku Aryan apabila dia ternampak kelibat adiknya. Ain hanya memandang sekilas ke arah Adrianna sebelum memeluk erat lengan suaminya. Adrianna pelik melihat perangai kakak ipar Tengku Adrian.
“ Awat sombong bebenor?! Aku senyum pun dia pandang macam nak makan aku. Oit, kak! Saya tak hingin la laki akak tu!! Boifren I ni lagi ensem tau!!,”
Bebel Adrianna didalam hatinya. Tengku Adrian yang melihat perubahan teman wanitanya terus menyinggul lengan gadis itu. Adrianna memandang ke arah wajah Tengku Adrian.
“ Asal muka tu ketat semacam? Anna ada problem ke?,”
Tanya Tengku Adrian lembut.
“ Ad, awat kakak ipar Ad tengok Anna macam nak makan je? Macam Anna ni ada hati kat abang Ryan tu pula! Menyampah pula rasanya!! Nak aje Anna kitai bini abang Ryan tu!!,”
Tengku Adrian yang mendengar bebelan Adrianna ketawa kecil sebelum mencubit kedua belah pipi tembam teman wanitanya.
“ Babe, Ain dia baik la. Muka je macam nak cari gaduh tapi hati dia baik. Jom pergi dapur kita makan sekali dengan abang Ryan,”
Ujar Tengku Adrian lalu menarik tangan Adrianna menuju ke ruang makan.
💑💑💑💑💑💑💑💑💑💑
Mereka berempat sudah selesai menjamu selera dan mereka menuju ke ruang beristirehat di tingkat 2. Mereka berempat berbual-bual kosong untuk mengisi masa lapang mereka.
“ So, Anna. Bila nak bertunang dengan Ad? Abang dah tak sabar nak makan nasi minyak kau berdua,”
Pertanyaan Tengku Aryan telah menyebabkan wajah Adrianna menjadi warna kemerahan menahan malu dan menundukkan wajahnya.
“ Ryan!,”
Marah Ain sambil mencubit lengan suaminya itu. Tengku Aryan membuat muka tidak bersalah lalu ketawa kecil manakala adiknya, Tengku Adrian hanya mampu menjeling tajam abangnya.
Tengku Aryan membetulkan duduknya dan memeluk bahu isterinya.
“ Abang cakap orang, diri sendiri pun tak ada majlis. Ada hati suruh orang wat majlis perkahwinan,”
Tengku Adrian memerli abangnya. Tengku Aryan yang mendengar kata-kata adiknya berfikir sejenak.
“ Ad! Kau memang bijak! Sayang nanti kita buat majlis kita tau sayang! Ryan akan bincang dengan bonda tentang majlis kita,”
Ain terpinga-pinga mendengar kata-kata suaminya. Majlis? Kita? Apa benda semua ni?
“ Ryan, Ain tak faham.. Majlis siapa? Kita ke?,”
Tanya Ain kebingungan. Tengku Aryan menganggukkan kepalanya dan tersenyum manis. Ain terkedu mendengar kata-kata suaminya.
Tengku Adrian hanya mampu tersenyum nipis melihat gelagat suami isteri itu.
“ Nanti Ryan bincang dengan bonda. Confirm bonda suka ni,”
Ujar Tengku Aryan teruja. Dia pula yang teruja lebih. Sepatutnya Ain yang teruja. 😑😑
💑💑💑💑💑💑💑💑💑💑
YOU ARE READING
Friends With Benefit [C]
Romance21 sx 2 person that swear never involve in love. They being together just for fun. Just for fulfill their lust until one day.. The girl want to get married and the guy seem lost. Another guy really love that girl and would do anything for her. What...