Benefit 12

23.6K 131 7
                                    

Tengku Aryan memeluk erat tubuh belakang Ain

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tengku Aryan memeluk erat tubuh belakang Ain. Dia sudah lama sedar dari tidurnya namun dia tidak mahu berganjak dari tempat tidurnya malah dia mengeratkan lagi pelukan sambil mencium lembut belakang leher isterinya.

Tengku Aryan tersenyum memikirkan kejadian malam tadi sambil bibirnya tidak lekang mencium belakang leher Ain dan sekali-sekala turun ke belakang tubuhnya.

Ain yang geli menggerakkan tubuhnya sedikit sambil ketawa kecil.

" Daniel, it's tickle,"

Tengku Aryan yang mendengar nama lelaki itu keluar dari mulut isterinya terus menghentikan perlakuannya. Dirinya dilanda perasaan cemburu dan dia merasakan seperti seorang suami yang gagal kerana Ain masih belum melupakan Daniel walau selepas apa yang Daniel lakukan terhadap dirinya itu.

Ain yang pelik melihat Daniel mendiamkan dirinya terus memusingkan tubuhnya menghadap tunangnya dan dia terkejut melihat bukan Daniel yang berada bersamanya tetapi Tengku Aryan.

Ain terus teringat akan peristiwa semalam dan mendengus kasar sebelum menolak kuat tubuh lelaki itu. Tengku Aryan terjatuh dari katil namun nasib baik dia sempat bangun.

" Nur Ain Natasya, kenapa sayang perlu sebut nama lelaki tu lagi selepas apa yang kita buat malam tadi? Apa kurangnya Ryan sampai sayang kena sebut nama Daniel lagi?,"

Ain ketawa sinis mendengar kata-kata Tengku Aryan sebelum bangun dari pembaringannya dan membetulkan kedudukan selimut ditubuhnya.

" Tengku Aryan, asal kau bodoh sangat?! Kau ingat bila aku dah benarkan kau sentuh aku malam tadi maksudnya aku dah maafkan kau?! Damn! Stupid guy! Malam tadi kita melakukan hubungan suami isteri tu sebab aku tak boleh kawal nafsu aku dan bukannya sebab aku dah maafkan kau dan terima kau dalam hidup aku! Memang tak akan sekalipun aku anggap kau sebagai suami aku!! Aku hanya akan anggap kau sebagai pemuas nafsu aku je!! Nasib kau la gatal sangat nak gantikan tempat Daniel! Tak ada sesiapapun yang dapat ganti tempat Daniel dalam hati aku! Aku hanya mencintai Daniel seorang,"

Tengku Aryan terdiam seribu bahasa mendengar pengakuan Ain. Hatinya retak seribu namun dia cuba kuatkan dirinya kerana teringat akan kata-kata Hadi.

" Fine, Ryan tak kisah sayang anggap Ryan sebagai pemuas nafsu sayang. Yang pentingnya Ryan nak sayang tahu yang Ryan betul-betul mencintai sayang dan hanya sayang seorang didalam hati ini. Tiada perempuan lain yang berada di hati Ryan. Ryan juga akan pastikan sayang akan kembali mencintai Ryan sepertimana Ryan mencintai sayang,"

Ain hanya membuat muka tak bersalah sebelum kembali berbaring diatas katil manakala Tengku Aryan mengutip pakaiannya dan memasuki ke dalam bilik air yang terdapat di wad isterinya. Nasib baik private wad, tak adalah orang akan masuk melainkan bila tiba masa untuk pemeriksaan lanjut.

Friends With Benefit [C]Where stories live. Discover now