2 tahun sudah berlalu kini usia Tengku Ismith dan Tengku Irianna sudah menginjak 2 tahun. Mereka semakin lincah dan Tengku Aryan serta isterinya, Ain semakin banyak kerja yang mereka perlu lakukan.
“ Ismith!! Jangan lari!! Pak long nak mandikan kamu ni,”
Jeritan Hadi bergema satu rumah. Mereka sekeluarga sekarang berada di Teluk Intan, kampung belah ibu Ain. Ain hanya mampu menggelengkan kepalanya melihat Hadi mengejar anak terunanya.
“ Be careful, Ismith,”
Tengku Aryan bersuara. Dia sedang mendukung Tengku Irianna yang baru sahaja selesai mandi.
Ketika itu juga, Tengku Ismith jatuh terlentang di atas tanah dan Hadi terkejut melihat keadaan itu.
Tangisan anak saudaranya kedengaran dan Hadi terus berlari mendapatkan Tengku Ismith lalu mendukung tubuh tembam Tengku Ismith untuk menenangkannya.
“ Sikit je ni.. Dah tak mau nangis-nangis. Hero pak long kuat,”
Hadi menenangkan anak saudaranya itu. Ain menuju ke arah Hadi dan mencubit kedua belah pipi tembam anaknya.
“ Siapa suruh lari? Salah siapa sekarang?,”
Ain mengguli pipi tembam anaknya seperti mengguli doh roti.
“ Mi..Mith,”
Tengku Ismith bersuara pelat. Ain mencium pipi tembam anaknya bertalu-talu hingga menyebabkan Tengku Ismith menjerit kerimasan.
“ Sayang, jangan dibuli anak tu,”
Tengku Aryan bersuara dan Ain tersengih. Hadi terus membawa Tengku Ismith ke dalam rumah untuk memandikan budak itu.
Ain menuju ke Tengku Irianna dan mengambil anak daranya itu dari tangan Tengku Aryan.
“ Baby comel mama ni. Wanginya. Siapa mandikan baby sayang mama ni?,"
YOU ARE READING
Friends With Benefit [C]
Romance21 sx 2 person that swear never involve in love. They being together just for fun. Just for fulfill their lust until one day.. The girl want to get married and the guy seem lost. Another guy really love that girl and would do anything for her. What...