Bab 2

389 23 0
                                    

Seusai mendaftar asrama yang akan didudukinya,Afizah segera mengangkat barangnya masuk ke dalam rumah. "Hai,nak aku tolong angkatkan tak?"tanya gadis yang merangkap teman serumah dengan Afizah. "Hmm,boleh jugak.Tapi kau tak perlu angkat yang berat-berat,"pesan Afizah. "Eh,tak apa,kita angkat sama-sama,"pesan gadis itu.Afizah hanya mengangguk sahaja.betapa syukurnya dia diberi seorang kawan yang baik hati.

Setelah selesai mengangkat barang,Afizah lekas mengemas biliknya kerana petang ini dia ingin berehat secukupnya.Esok pagi dia akan ke kelas.Nasib baik kolej fakulti kedoktoran dan perubatan tidak jauh dari asramanya.Semasa Afizah sedang mengemas biliknya,tiba-tiba kawan Afizah mengetuk bilik tidur Afizah.Afizah segera membuka pintu.

"Nah,air teh,jomlah rehat dulu.Aku tolong kau kemas nanti,"pelawa gadis itu.
"Eh,tak menyusahkan kau ke?aku takut menyusahkan aje."tolak Afizah dengan ramah.
"Taklah.nanti aku tolong kau kemas.nama kau apa eh?"soalnya.
"Nurin Afizah Suhaila.nama kau?"Afizah menanya soalan yang sama.
"Aku Amiera Miranda.panggil Miera aje."Amiera memperkenalkan dirinya.

Mereka berjabat tangan antara satu sama lain.Semenjak itu,hubungan mereka menjadi rapat dan akhirnya pada malam yang sama,mereka akhirnya menjadi ikatan persahabatan.

"Selamat pagi Miera"sapa Afizah ceria."Selamat pagi,"jawab Amiera yang sedang menyediakan sarapan untuk kawannya. "Ya Allah,susahkan kau aje nak siapkan sarapan untuk aku bagai"kata Afizah sedikit terkejut. "Tak apalah,lagipun aku tak ada kelas pagi ni.Kelas aku nanti petang,"jawab Amiera. Mulut Afizah hanya membentuk 'O'.Afizah lantas mengambil tempat duduknya berhadapan dengan Amiera.Menu sarapan mereka pada pagi itu hanya roti bantal dengan air milo sebagai alas perut.

Afizah dengan Amiera belajar di fakulti berlainan.Afizah belajar di fakulti kedoktoran dan perubatan manakala Amiera belajar di fakulti perniagaan kerana dia akan diwarisi sebuah syarikat milik ayahnya.Walaupun Amiera seorang anak dato',tapi dia tak pernah nak berlagak dan sombong.Afizah senang berkawan dengan Amiera walau taraf kehidupan mereka sangat berlainan.

"Miera aku pergi dulu!"laung Afizah dari luar pintu rumahnya.
"Ok,"jawab Amiera dari ruangan dapur.

Setibanya di kolej,Afizah berjalan menuju ke kelasnya.Dia kagum melihat suasana kolej itu.Bersih dan kemas sekali.Tiba-tiba dia terasa dirinya terlanggar seseorang. "Alamak,siapa pulak yang aku langgar ni?tu lah tak tengok jalan.careless sungguh!"getus hati afizah kesal. Dia cepat-cepat menoleh ke belakangnya lalu dia pantas menolong seorang jejaka yang sedang mengaduh kesakitan.

"Awak,maaf.Saya tak sengaja terlanggar awak,"Afizah meminta maaf sambil mengutip buku jejaka yang bertaburan di atas lantai itu.Kemudian dia membantu jejaka itu bangun.

"Kau ni ada mata ke tak?Lain kali tengok jalan pakai mata bukan lutut!"marah jejaka itu sambil membersihkan seluarnya akibat terjatuh.Jejaka itu memandang mata Afizah yang sudah berair itu akibat dimarahinya.Dia berasa bersalah.
Afizah memberikan buku yang bertaburan itu kepada jejaka tersebut dengan tangan yang terketar-ketar kerana menahan air matanya daripada tertumpah.Betapa malunya dia dimarah di hadapan khayalak ramai!

"Sekali lagi,maafkan saya,"afizah memohon maaf untuk kali keduanya.lantas dia berlalu dan meninggalkan jejaka itu.

"Ya Allah,cantiknya dia.dahlah pakai tudung.bahasa dia pulak tak kasar.menyesal pulak aku marah dia tadi.Aku mesti jumpa dia.Mesti!"nekad jejaka itu.

Afizah masuk ke dalam kelasnya.Dia tidak tahu hendak duduk kat mana.nanti dia ambil tempat orang,ada jugak dia kena hamuk dengan orang.Oleh itu,dia bertanya kepada seorang mahasiswa yang sedang berbual dengan kawannya.

"Assalamualaikum,saya nak tanya,ada tempat duduk kosong tak kat kelas ni?sebab saya orang baru."sapa afizah dengan ramah.

"Waalaikumusalam,oh ada,dekat nombor dua terakhir di belakang saya"jawab pemuda itu.

Afizah pergi ke tempat duduk yang diberitahu.
"Sini ke?"soal Afizah.
Pemuda itu hanya mengangguk.
"Ohh,ok thanks"ucap afizah.
"Your most welcome"balas pemuda itu sambil tersenyum.

Afizah mengelamun seketika.
"Handsome jugak mamat tadi tu.Tapi kenapa aku terlanggar sikit pun nak marah-marah.Takkan period kut?"getus afizah di sudut hatinya.

"Hah!"kejut misha apabila melihat Afizah senyum sorang-sorang.
"Oi mak kau terjun bangunan,"latah afizah.
Misha ketawa terbahak-bahak melihat Afizah melatah.ada ke mak aku nak terjun bangunan?
Muka Afizah sudah pun bertukar warna kemerah-merahan.Malu!
"Ish kau ni,tak buat aku terkejut tak sah ke?"tanya afizah tidak berpuas hati.
"Hello mak cik,aku dah bagi salam kau tak jawab"jawab misha sambil ketawanya masih bersisa.
"Oh,ye ke?waalaikumusalam.rindunya aku dengan kau sha.Ingatkan kita dah tak boleh nak berjumpa."afizah memeluk misha.Rindu dengan kawannya setelah setahun berpisah.
"Haah,tak sangka pulak aku dapat jumpa kau.nasib aku cam kau tengah mengelamun tadi,"merah kembali muka afizah apabila kawannya mengungkit fasal mengelamun tadi

Mata Afizah membulat apabila terpandang seorang jejaka yang dilanggarnya tadi masuk ke dalam kelas. "Aik???kenapa dia masuk kelas ni?dia sama kelas dengan aku ke?"soal hati afizah.

"Hoi,mengelamun lagi!"sergah misha.
"Eh,taklah.kau duduk kat mana?"sengaja afizah menukar  topik
"Amboi kau!tukar topik nampak.Tu aku duduk kat sebelah kau."jawab misha sambil memanjangkan muncungnya.

"Guys,cepat duduk.profesor dah datang,"Tina memberi peringatan.
"Aduh kacau daun ketum betullah profesor ni.aku baru nak melepas rindu dengan fizah,"keluh misha.

"Dahlah nanti kita sembang lagi."
      Semua terburu-buru balik ke tempat duduk mereka.Yelah,profesor Aminnudin kan garang macam nak makan orang.Jadi mereka serik nak lamabat berada di tempat duduk.Nasib baik misha memberitahu afizah awal-awal.kalau tak merah telinganya kena ceramah.

Cintaku Miss PrettyWhere stories live. Discover now