Bab 22

152 6 0
                                    

EFFZAN merebahkan tubuhnya di atas katil.Dia menarik nafas perlahan-lahan lalu dihembusnya.Fikirannya bercelaru apabila teringatkan Afizah.Sudahlah dia penat mengambil kad jemputan sebanyak 950 keping.Ditambah lagi mendengar Datin Fadina berleter tentang kejadian beberapa hari lepas.Harapan Effzan hanya satu sahaja untuk memujuk Afizah.Mommy Afizah!Dia mengambil telefonnya di meja sisi lalu mendail nombor Puan Erriffa.

         Tidak lama kemudian,panggilan dijawab.

       "Hello,assalamualaikum mak cik." Effzan memulakan bicara.

        "Waalaikumussalam.Haa..kenapa Riz?" Soal Puan Erriffa di sana.

        "Riz nak tanya,Fizah sukakan pantai tak?" Soal Effzan.

        "Suka.Kenapa?"

           "Riz dah ada idea nak pujuk Afizah.Riz tak tahan lah dia mogok lama-lama dengan Riz." Ujar Effzan sayu.

         "Okey,sabarlah Riz.Nanti mak cik hantar mesej kat dia supaya pergi ke pantai.Nanti mak cik pesan kat dia tapi mak cik tak muncul kat pantai tu.Sebaliknya Riz yang datang." Jelas Puan Erriffa.

         "Okey mak cik.Terima kasih sebab sudi tolong Riz."

          "Ya.Sama-sama.Bye."

            Effzan mematikan panggilannya.Dia bergegas mencapai kunci kereta BMW milik nya.Hari ni aku nak tukar taste.Getus hatinya.

         "Riz nak pergi mana tu?" Soal Dato' Faizal.

         "Nak pergi pantai." Jawab Effzan.

          "Nak buat apa?" Soal Dato' Faizal lagi.

          "Pujuk Afizah."

          "Okey.Papa nak bincang sikit dengan Riz boleh?" Soal Dato' Faizal.

           "Nanti malam lah paa.." Rengek Effzan lantas meninggalkan papanya di ruang tamu.

AFIZAH mengerling jam di tangannya.Aduh mana mommy ni? Keluh hatinya.Dah 15 minit dia duduk di atas pasir.Kakinya seronok menguis-nguis pasir itu.

             "Ku benar-benar sayang,pada dirimu oh kasihku.." Sapa seseorang dari belakang.Darah Afizah berderau.Lagu tu... Afizah segera menoleh ke belakang.

           "Rizqi?what are you doing here?" Tanya Afizah.Effzan hanya tersenyum sinis. "I am your mum." Selamba sahaja Effzan mengeluarkan kata-kata tersebut.

            "Jadi,awak yang hantar mesej mommy saya?" Soal Afizah keliru.

             "Tak lah.Mak cik tolong saya.Bukan dia yang datang,sebaliknya depan mata awak ni." Jawab Effzan.Dia mengukir senyuman.

       Afizah menjeling.mommy!!!!Jerit hati Afizah.

             "Maafkan saya Fizah?" Effzan menghulurkan sejambak bunga berserta kad ucapan berwarna pink.Afizah memandang tajam ke arah anak mata Effzan untuk mencari kebenaran.

          Bunga mawar merah itu diambil oleh Afizah.Dia tersenyum."Saya dah lama maafkan awak Rizqi.Sengaja je mogok lama-lama dengan awak." Afizah tersengih.

          Effzan hanya tersenyum.Asalkan awak bahagia Afizah. Ujar Effzan dalam hati.

        "Saya tahu..Awak kan sayang saya ketat-ketat." Seloroh Effzan.

      Afizah mencebik.

        "Jom ikut saya." Ajak Effzan.

        "Pergi mana?" Soal Afizah sebaik sahaja Effzan menarik pergelangan tangannya yang berlapik itu.

       "Secret." Jawab Effzan selamba.

         "Kot ye pun,bagilah saya pasang kasut dulu.Kasut saya tertinggal kat tempat tadi." Pesan Afizah.Dia mengetap bibirnya.Geram!

          "Hehe..sowiee..tunggu sini saya pergi ambil." Effzan berlari ke tempat tadi.Afizah sempat membaca kad ucaoan yang terselit di jambak bunga tadi.Dia tersenyum.

        Maafkan saya sayangku Afizah.Tak sabar nak tunggu hari yang terindah dalam hidup saya.I love you so much![love].Lupakan apa yang telah berlaku ya.Kita mulakan hidup baru.[smile]

                                                                                    -Rizqi-

Effzan mengambil kasut Nike itu lalu kembali ke Afizah.Dia tersenyum melihat Afizah membaca kad ucapan itu.

          "Bak sini kasut tu." Pinta Afizah.Dia segera menyorokkan kad itu.

          "Nanti pakai dalam kereta." Suruh Effzan tegas tapi agak lembut.Hatinya berbunga!

        Afizah melepaskan keluhan.Dia membiarkan Effzan menarik pergelangan tangannya.Apa-apa je lah!

"MASYA-ALLAH! Cantiknya kad ni awak." Puji Afizah bersungguh-sungguh.Bersinar matanya melihat kad jemputan yang berwarna hitam berserta tulisan yang berwarna keemasan.Cantik sangat.

         "Well,tengoklah siapa yang pilih tanpa teman di sisi." Ujar Effzan bangga.

         "Perli ke?" Afizah menjengilkan matanya.

         "Entah." Effzan menjongketkan bahunya.

          "By the way,cantik.saya suka saya suka." Ujar Afizah ala-ala watak dalam kartun Upin dan Ipin.

        "Alhamdulillah,tak sia-sia saya pilih warna ni." Ujar Effzan sambil tersengih.

            "Amboi!macam lah pilih warna macam ni sampai separuh mati!" Marah Afizah.Dia mencebik.

            "Marah?"

            "Tak.Gembira." Selamba sahaja Afizah membalas.Dia masih membelek kad itu.

                            Tengku Rizqi Effzan Tengku Iskandar Faizal
                                           &
                            Nurin Afizah Suhaila Ahmad Arifin

         Hatinya berbunga melihat kesungguhan Effzan memilih kad serta warna yang sesuai demi nya.

        

EFFZAN merebahkan punggungnya di atas sofa berhadapan dengan Dato' Faizal.Papa nak bincang apa ni? Getus hatinya.

         "Selepas Riz kahwin,papa nak Riz ambil alih syarikat papa.Boleh?" Dato' Faizal memulakan perbincangan.

         "Tapi paa..Riz ada kelulusan kedoktoran.I wanna be a doctor." Bantah Effzan keras.

          "Kalau Riz nak jadi doktor,siapa nak gantikan papa sebagai CEO Bina Holding?Papa ada Riz seorang je anak tunggal lelaki papa." Dato'Faizal masih dalam nada memujuk.

            "Tapi..."

             "Tak ada tapi-tapi.Keputusan papa muktamad!Papa nak Riz jadi calon CEO Bina Holding.Titik."

           Effzan melepaskan keluhan besar.Dia meraup mukanya.Stres!Impian ingin menjadi doktor hanya tinggal impian.Afizah!satu-satunya nama yang boleh membantunya dalam dilema.

          Effzan mencari-cari nombor telefon Afizah lantas dia menekan nombor itu.Dia menunggu dengan sabar.

      "Assalamualaikum Fizah," Effzan memulakan bicara.

            
        

Cintaku Miss PrettyWhere stories live. Discover now