"AWAK nak ikut saya tak?"tanya Afizah setelah berada di hadapan bangunan perpustakaan kolejnya.
"Hmm,boleh ke?"Effzan meminta kepastian.
"Boleh je.kan awak nak pergi jugak tadi."balas Afizah sambil tersenyum nipis.
"Ok"Effzan hanya mengangguk.Mereka turun dari kereta bersama-sama.Setelah memasuki perpustakaan tersebut,Afizah mencari buku yang hendak dipinjamnya manakala Effzan hanya membelek buku-buku tokoh di rak sebelah.Tujuan Effzan pergi ke perpustakaan tu bukan nak pinjam atau baca buku.semata-mata nak temankan Afizah aje.Al-maklum,hati dah suka kan?
"Rizqi,dah ke?"tanya Afizah apabila melihat Effzan membelek buku Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Eh dah.Awak pinjam buku je ke?"soal Effzan.
"Haah,ni kan semester akhir.jadi saya pinjam buku untuk buat ulangkaji.Dah,jom.ada 15 minit lagi nak masuk waktu asar."pinta Afizah.
Effzan hanya mengangguk.
"Fizah,awak orang baru ke kat kolej ni?"soal Effzan kerana tiada tanda yang Afizah akan membuka bicara.
"Haah,orang baru."jawab Afizah."Awak pergi ke asrama lelaki dulu lah.nanti saya drive sorang pergi ke asrama perempuan."pinta Afizah.
"Eh tak apa,saya hantar awak dulu.Nanti saya hantar kereta awak habistu kawan saya ambil saya kat depan asrama perempuan lepas asar."panjang lebar Effzan menjelaskan.
Afizah hanya mengangguk.
"Terima kasih awak"ucap Afizah.
"Most welcome."jawab Effzan sambil mengukir senyuman manis.
Afizah membalas senyuman itu.Afizah turun dari kereta selepas mengucap terima kasih kepada Effzan lalu dia masuk ke asramanya.Effzan hanya memerhati dari jauh.Cukup berbunga hatinya apabila berdua-duaan dengan Afizah.Seperti pasangan couple lah katakan.Effzan tersenyum sorang-sorang.Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu.
"Alamak!aku lupa nak minta nombor telefon dia,"Effzan menepuk dahinya.
"Tak apa lah.nanti aku hantar kereta dia ni aku minta kat dia."Effzan berbicara sendirian.Ada lima minit lagi untuk dia menuaikan perintah yang Maha Kuasa.Effzan ingin menuaikan di surau sahaja.Nanti di surau pun dia dapat jumpa Iwan.Tak perlu lagi nak ulang-alik dari asrama putera ke asrama puteri.Setelah menuaikan solat asar,Afizah melihat jam di dinding biliknya.ada setengah jam lagi sebelum Amiera balik.Sebelum itu,dia ingin berehat sebentar.matanya terasa berat.beberapa minit kemudian,dia terlelap.
"Fizah,bangun zah.ada orang dok cari kau kat bawah tu."Gerak amiera.
"Hah?eh haahlah.tu Rizqi kan?"tercelik langsung mata Afizah apabila Amiera berkata 'cari kau kat bawah'.
"Mungkin.Dia cakap nak hantar kereta kau."Afizah memberitahu.
"Ok.aku nak basuh muka jap."Afizah pantas berlari ke bilik air untuk mencuci muka.kemudian dia mencapai tudungnya di belakang pintu."Assalamualaikum awak,sorry buat awak lambat tunggu.saya penat tadi.tertidur."kesal Afizah.
"Waalaikumusalam,tak apa.saya tak marah pun.awak dah solat asar ke ni?"Effzan mengingatkan.
Afizah hanya mengangguk perlahan.
"Ohh,ok.nah,ini kunci kereta awak."Effzan mengembalikan kunci kereta Axia itu kepada tuan punya badan.
"Terima kasih."ucap Afizah.
"Tak apa.saya nak minta nombor telefon awak boleh?"pinta Effzan.
"Boleh."Afizah menyebut nombor telefonnya.AFIZAH Tersenyum apabila melihat keretanya di garaj.
"Dari mana mamat ni tau tempat parking kereta aku?"soal hati Afizah pelik.Amiera menggesa Afizah supaya menceritakan macam mana dia boleh berjumpa dengan mamat hot dekat kolej ini.Pada malam itu,Afizah membuka ceritanya.Amiera mendengar dengan teliti.
"Effzan tu budak hot kat sini.semua perempuan terpikat dengan dia.Jangan-jangan kau terpikat dengan dia jugak."Amiera meminta kepastian.
"Aku tak tahu nak cakap terpikat ke tidak.tapi yang aku pelik tu,asal aku rapat dengan dia,jantung aku berdebar lain macam.kalah Usain Bolt."Afizah meluahkan kepada Amiera.
"Orang tua-tua cakap tu tandanya jodoh."selamba sahaja Amiera menjawab.Tak fasal-fasal satu bantal terbang ke muka Amiera."Hah,ambil kau!"geram Afizah.ada ke masuk ke topik jodoh. "Kau ni kan!!aku rasa macam nak cekik kau aje.lain kali fikirlah dulu.dah tau mamat tu hot giler kat kolej ni,mesti lah dia dah berpunya.ngek betul lah kau ni."marah Afizah.
Amiera pula hanya ketawa mengekek-ngekek lalu keluar dari bilik Afizah.Suka benar dia mengenakan kawannya itu.Lucu pula bila marah.dalam kelembutan pun ada kemarahan.Amiera menghamburkan tawanya di ruang tamu sampai kedengaran ke bilik Afizah.
"Kau ketawa tak ingat dunia tu mesti kutuk aku!!!"jerit Afizah dari dalam biliknya.Geram sungguh dia dengan kawannya itu."Tunggu kau esok.ada lah apa aku nak buat"timbul satu niat jahat di sudut hati Afizah.
*sorry kalau pendek sebab idea dah terbantut.hehehehe..kalau ada masa nanti saya update lagi.*
YOU ARE READING
Cintaku Miss Pretty
RomanceEffzan,seorang lelaki yang aktif tapi kuat cemburu.Lebih-lebih lagi dengan ketampanannya menyebabkan gadis-gadis di kolej itu terpikat dengannya.tapi tiada seorang pun yang menarik hatinya. Arilla,gadis yang terlalu gilakan dengan dirinya.Effzan bin...