Bab 7

264 16 0
                                    

"Jom.Aku tunggu kau dekat bawah.Hari ni guna kereta aku."pesan Amiera.
Afizah hanya mengangguk.otaknya ligat berfikir.apakah yang dirahsiakan oleh rakan karibnya sendiri?mahu tak mahu terpaksa juga dia kena ikut.nasib baik hari ini dia tidak mempunyai kelas.nanti petang pun cuma pergi ke perpustakaan dengan Effzan.Setelah berpuas hati dengan penampilannya dia terus keluar dan mengunci pintu.Tiba-tiba seseorang sedang memerhatikannya dengan pandangan tajam.
"Tunggulah you!you belum tahu siapa I kat kolej ni.Effzan is mine.He will be my future husband.I akan buat hidup you sengsara sebab rampas hak I."Arilla tersenyum sinis kemudian berlalu dari situ.

Effzan tersenyum sorang-sorang sehingga menimbulkan pelbagai soalan di minda Iwan.Iwan mengerutkan dahinya.Pelik!sejak balik dari perpustakaan semalam asyik tersenyum.makan malam pun tersenyum macam orang gila.

"Bro,kenapa kau dok tersenyum sorang-sorang ni?dari semalam lagi aku tengok.cuba cerita."gesa Iwan.

          Akhirnya Effzan menceritakan dari A sampai Z.Iwan mendengar dengan teliti.ketawa macam tak ingat dunia pun ada juga.Mungkin baginya lucu dengan cerita yang disampaikan oleh Effzan.

Wajah Afizah menjadi ceria apabila mendengar lagu kegemarannya iaitu lagu All Time Low nyayian Jon Bellion.Dia menyanyi kecil diikuti dengan Amiera.Tidak pula dia tahu bahawa Amiera juga suka lagu itu.Setelah hampir sejam perjalanan mereka,akhirnya mereka sampai di hadapan sebuah banglo tiga tingkat.Afizah terkejut beruk apabila melihat rumah banglo sebesar itu.matanya membulat.
"Beb,ni rumah siapa?"soal Afizah
"Rumah manusia lah takkan rumah hantu kut?"seloroh Amiera.Afizah hanya menjegilkan matanya.
"Aku tanya serius ni.kau jawab main-main pulak.nak aku sekeh?"ujar Afizah geram.
Amiera ketawa terbahak-bahak.luar je nampak lemah-lembut tapi dalam garangnye nak mati.
"Mak!!takutnya aku.ok.kalau kau nak tahu ini lah rumah aku."jawab Afizah sambil ketawa mengekek.

Ternganga mulut afizah apabila Amiera menyebut 'rumah aku'. "Wah besarnya!"bisik hatinya.

"Tutup mulut kau tu.kang masuk lalat.dah lah jom.aku bawak kau jumpa keluarga aku."ajak Amiera.
Afizah hanya mengangguk lalu keluar dari perut kereta Mini copper milik Amiera.Hatinya berdebar-debar."Adakah ibu Amiera akan melayannya dengan baik?"soal hatinya.

Effzan rimas apabila Arilla tidak berputus asa untuk menelefonnya.Effzan melepaskan keluhan kasar.Kali ini panggilan tidak berjawab itu sudah masuk kali ke 20.sekali lagi gadis itu mendail nombornya,mahu tidak mahu terpaksa juga dia jawab.Telefonnya berdering lagi.

"Hello!you boleh tak stop call I?I rimas you tau tak!"Effzan menamatkan panggilannya sebelum gadis itu menjawab.Lantas dia menghempaskan telefonnya ke atas katil.

"Mama,perkenalkan ni Afizah.Bestfriend Miera."Amiera memperkenalkan Afizah.

Afizah bersalam dengan mama Amiera sambil mengukir senyuman manis.

"Cantiknya kamu Afizah."puji Datin Radiah.
"Terima kasih auntie"ucap Afizah ramah.
Datin Radiah hanya tersenyum.Amiera senang melihat mamanya mudah rapat dengan Afizah.
"Papa mana mama?soal Amiera apabila tidak melihat kelibat Dato' Azizul.
"Papa pergi meeting dengan klien.nanti lepas zohor baliklah dia tu."jawab Datin Radiah.

Amiera mengangguk."Darien dengan amzar mana ma?"soalnya lagi.
"Ish kamu ni miera.banyak soal lah.macam polis pencen."seloroh Datin Radiah.
Amiera menarik muncungnya tanda dia sudah merajuk.Afizah hanya ketawa melihat gelagat mak dan anak itu.

"Adik-adik kamu ada dalam bilik tu.Cuti sekolah.tu yang dari tadi asyik ulangkaji.Bulan depan kan dah SPM."Amiera hanya mengangguk.

"Jom ikut aku jumpa adik-adik aku."Amiera menarik tangan afizah lantas naik ke tingkat tiga.bilik adik-adiknya.

Amiera meluru masuk ke dalam bilik adiknya tanpa mengetuk pintu."Suprise my young brothers!" Amiera menjerit apabila adik-adiknya sedang sibuk membuat latihan.

"Kak long!!huishh,rindunye rien dgn kakak.kakak apa khabar?"soal darien.anak kedua dalam keluarga.

"Hehe.sihat alhamdulilah."jawab Amiera ceria.
"Am,meh lah jumpa kak long.kata rindu."panggil Darien.
Amzar,anak bongsu dalam keluarganya lantas berlari anak ke Amiera lalu bersalam dengan kakak kesayangannya.Afizah hanya tersenyum melihat gelagat adik beradik di hadapannya kini.Hatinya dipaut rasa rindu dengan adiknya di Kemaman.

"Miera,jom balik.dah 3 jam aku dok dalam rumah kau ni.rasa segan pun ada."ajak Afizah.
"Alaa..aku tak puas lagi jumpa adik-adik aku.papa aku pun belum balik lagi.rilex lah dulu."jawab amiera.
"Dah lah.aku naik teksi je lah.aku dah janji dengan rizqi nak siapkan assignment." 
     Amiera hanya mengangguk memberi kebenaran kepada Afizah.Afizah mencari-cari kelibat Datin Radiah di ruang dapur.Dia melihat Datin Radiah sibuk menolong Mak jah memotong sayur.dia tersenyum melihat keakraban wanita berpangkat datin dengan wanita biasa.Biasanya dalam banyak-banyak drama yang ditontonnya,semua datin mengharapkan pembantu.
"Auntie,fizah nak balik dah.nak kemas baju.esok nak balik ke rumah mommy.nanti petang nak buat assignment dengan kawan fizah." Afizah memberi alasan.
"Eh,awalnya!tak nak lunch kat sini dulu ke?tak nak balik dengan miera?"soal Datin Radiah.
"Tak apa lah auntie.lain kali lah kalau ada masa nanti fizah datang lagi."ujar afizah.
"Hmm.oklah.jaga diri baik-baik tau."pesan Datin Radiah.
"Baiklah auntie.assalamualaikum”
Datin Radiah mengangguk sambil menjawab salam Afizah.


"Hi baby.what are you doing here?"soal lelaki yang berbaju kemeja panjang.Lelaki itu membuat muka menggoda di hadapan Arilla.
"You nak apa lagi?suka hati I lah nak buat apa kat sini.you ni gatal sangat kenapa?"lembut sekali suaranya akibat terlalu banyak minum air yang dilarang di sisi agama islam.Arilla berjalan terhuyung-hayang.Pandangan matanya kabur.

Lelaki itu menolak tubuh Arilla sehingga tubuhnya tersandar di dinding sebuah bilik di kelab malam itu.lelaki itu mendekatkan wajahnya menyebabkan nafas arilla tersekat untuk sementara.
"I nakkan you sayang.I cannot to forget you anymore.I love you so much."ucap lelaki itu sambil tersenyum sinis.Kemudian,dia mengambil botol wiski itu lalu meneguk dengan rakus.Arilla pantas menampar muka lelaki itu.
"Zaidi,I tak cintakan you ok."marah Arilla.lantas,dia berlari keluar dari bilik itu.sampai hati kawannya meninggalkan dirinya dengan Zaidi di bilik itu.

"You tengoklah nanti Arilla.you belum kenal siapa I."ujar zaidi sambil tersenyum meleret.

Otak Effzan ligat berfikir sama ada ingin mesej Afizah ataupun tidak.Dia melihat jam dinding di biliknya.lima minit lagi masuk jam 11.00 malam.Akhirnya dia membuat keputusan untuk menelefon Afizah pada hari esok.

Cintaku Miss PrettyWhere stories live. Discover now