Bab 21

159 6 0
                                    

"HMMM...Cantik sungguh warna ni.Warna biru muda.Kalau awak pakai mesti nampak menawan daripada baju time kita bertunang dulu." Komen Effzan bertalu-talu.

            Afizah tersenyum sipu.Dia akui bahawa tunangnya itu mempunyai citarasa yang lebih tinggi berbanding dirinya.Kalau diikutkan hatinya,dia lebih memilih warna ungu berbanding biru tetapi kalau warna biru juga cantik seperti yang dikata tunangnya.

         "Okey aaa..I mau ukur you punya tunang pula." Ujar seorang pekerja butik itu.Effzan hanya mengangguk membenarkan.

       "Bila mau siap ini gaun?" Soal Effzan apabila pekerja itu selesai mengukur saiz Afizah.

        "Dalam 2 minggu macam tu lah.Boleh ka?" Jawab pekerja itu.

       "Okey."

        "Fizah.Jom,kita nak tempah kad jemputan pulak." Ajak Effzan sebaik sahaja melangkah keluar dari butik itu.Afizah mengulum senyuman manis.Baru sahaja mereka ingin membuka langkah tiba-tiba tubuh Afizah dirempuh seseorang sehingga gadis itu jatuh terduduk.

           "Allah!" Jerit Afizah.Sakit di bahagian punggungnya.

            "Fizah!Ya Allah.Awak okey tak ni?" Effzan membantu Afizah berdiri.Dia memandang tajam ke arah orang yang menolak tunangnya itu.

            "You?How dare you!" Marah Effzan apabila melihat gadis yang tidak cukup kain itu tersenyum sinis kepadanya.

            "Kenapa?Sedih sangat ke 'tunang' you tu kena tolak." Kata Arilla penuh sinis.Dia menjeling ke arah Afizah yang sedang mengaduh kesakitan di lantai sambil dibantu oleh Effzan.

             "You memang dah melampau.Apa salah Afizah sampai you buat macam ni?Kalau you nak dapat cinta I,sampai bila-bila I takkan terima.Cinta i just for Nurin Afizah Suhaila and not you!" Bentak Effzan.Tak kisah orang sekeliling di bangunan itu memandang mereka.

          Arilla mendengus perlahan.Sabar Rilla sabar.Lancarkan rancangan kau. Getus hati jahatnya.Arilla memandang Effzan dengan pandangan menggoda.Dia mula mendekati Effzan sedikit demi sedikit.Effzan pula berundur ke belakang.

          Dahi Afizah dan Effzan mula berkerut.Hairan dengan perubahan sikap Arilla.Dah kenapa minah ni?Miang nak kacau tunang aku?Afizah mengutuk Arilla di dalam hati.

          Arilla mula memegang dada bidang Effzan.Bibir bawahnya digigit.Effzan menjadi tidak keruan.Mata Effzan memandang Afizah untuk memberi isyarat agar jangan cemburu.Afizah tidak memahami isyarat itu.Hish!kat public kott! Rungut Effzan di hati.Effzan mula tersandar di dinding.Ya Allah.Jauhkanlah aku daripada perkara yang terkutuk.Doa nya

         Seseorang memerhati suasana panas di situ dengan senyuman sinis.Dia menunggu rancangan Arilla yang seterusnya.

       Gatal pulak tangan aku nak tampar betina tu.Rungut Afizah di dalam hati.Air matanya ditahan.Dia pantas mengejar Arilla lalu ditolak kasar bahu gadis itu kemudiannya pipi Arilla menjadi sasaran tamparan percuma daripada tangan Afizah.Merah muka Afizah menahan marah.

        Effzan pantas menolak gadis itu sehingga jatuh terduduk seperti mana gadis itu menolak tunangnya.Cewahh!dua lawan satu!Afizah lantas meninggalkan tempat itu lalu menuju ke arah kereta Audi milik Effzan.Air matanya mula bergenang.Sakit hatinya melihat adegan tadi.Belum lagi kahwin.Kalau dah kahwin nanti apalah lagi dugaannya.Sakit di punggungnya diabaikan.Hatinya lagi sakit berbanding punggung.

            Effzan mengejar langkah Afizah.Fikirannya bercelaru.Kenapa dia tak tolak Arilla dari awal lagi.Memang mencabar nafsu!Keluh hatinya.

Cintaku Miss PrettyWhere stories live. Discover now