Bab 20

151 3 0
                                    

"MAMA,banyak lagi ke barang yang perlu dibeli?" Soal Effzan.

       "Haah..nanti lepas lunch ajak Fizah ukur gaun perkahwinan ye." Pinta Datin Fadina.

        "Alright mama!" Jawab Effzan teruja.Dia meloncat-loncat seperti budak-budak yang baru mendapat lollipop.Datin Fadina hanya mampu menggeleng kepala apabila melihat anaknya yang berperangai seperti keanak-anakkan walaupun tak lama lagi anaknya bakal menghabiskan masa bujangnya.

         "Riz,nanti sekali pergi tempah kad jemputan tau.Pilih warna yang sesuai." Suruh Dato'Faizal.

         "Baik pa.Tapi kita nak tempah berapa?" Soal Effzan.Kang tak pasal-pasal lebih sangat ataupun terlalu kurang.

         "950 keping macam tu ok tak?Kita pasang 20 khemah. khemah.Pasal khemah tu nanti biar papa dengan pak cik Arifin uruskan." Balas Dato' Faizal.

         "Ok pa!" Akur Effzan.

"HI Ifaat." Sapa seorang gadis yang memakai tudung.

            "Err,hi.Who are you?" Soal Ifaat ramah.

             "My name is Melissa Jane.I am muslim.You're Ifaat Mikael right?" Melissa memperkenalkan dirinya.Sebenarnya Melissa sudah lama menyukai Iffat dalam diam.Cuma,mereka tidak pernah bertegur sapa setakat membalas senyuman di universiti.

            "Yup!How do you know my name?" Soal Ifaat.

            "From my friend."

            "Ohhh..What are you doing here?" Soal Ifaat lagi.

             "Nothing.I just want to meet you." Balas Melissa.

             "Meet me?For what?" Ifaat keliru.

              "Wait a minute.Before I answer your question,I want to ask you something.Do you from Malaysia?" Soal Melissa.

              Ifaat mengangguk."why?Are you from malaysia too?" Soal Ifaat kembali.

              "Yup.Boleh saya bercakap bahasa Malaysia dengan  awak?" Tanya Melissa gugup.

              "Mestilah boleh.Tak ada masalah pun." Ifaat mengukir senyuman manis.

           Melissa membalas senyuman itu.

             "Melissa.Boleh saya tahu kenapa Melissa boleh bercakap Bahasa Malaysia?"

             "Saya kacukan Melayu-inggeris.Ayah saya dari Malaysia dan Ibu saya dari sini.Ibu dan ayah saya sekarang tinggal di sana kat Kuala Lumpur.Saya datang sini nak sambung belajar je.Macam Ifaat jugak.Dulu saya tinggal kat London dan saya memang tak pandai berbahasa Malaysia tapi sekarang dah lancar sikit." Jelas Melissa panjang lebar.

           Ifaat hanya mengangguk memahami setiap butir bicara gadis itu.

              "Jadi awak dilahirkan di London lah?" Soal Ifaat.

              "Ya."

               "Ok balik kepada soalan tadi.Kenapa awak nak jumpa saya?" Soal Ifaat kembali.

            "Saya nak ajak awak pergi library.Saya nak awak ajar saya pasal Assignment tadi.Boleh tak.?"

            "Boleh.Jomlah." Ajak Ifaat.

AFIZAH menilik baju t-shirt berlengan panjang dan skirt labuh berwarna pink bersama shawl yang serupa dipakainya sebentar tadi di hadapan cermin. "Okey ke aku guna pakaian  ni?Macam over ada jugak." Gumamnya sendiri.

          Dia mengambil perfume Enchanter Paris itu lalu disembur ke bajunya sebanyak empat kali.Terserlah keharuman minyak wangi itu ke seluruh biliknya.Dia mencapai beg tangan berjenama Gucci di atas katilnya.

        "Mommy,Ok tak Fizah pakai baju ni.Nampak macam over pun ada." Adu Afizah.

        "Mana ada over.Cantik apa?" Puji Puan Erriffa.

            Afizah tersengih.

          "Daddy mana?" Soal Afizah apabila tidak melihat kelibat Encik Arifin.

         "Astaghfirullahalazim budak ni..Fizah dah lupa ke daddy kerja hari ni?" Puan Erriffa sedikit mengeraskan suaranya.

         Afizah menepuk dahinya. "Eh!Haahlah.Ingatkan hari ni hari Ahad.Hehehehe." Afizah tersengih bagai kerang busuk.Malu dengan sifat mudah pelupanya.

         "Assalamualaikum."

           Kedengaran seseorang memberi salam di hadapan rumah mereka.

       "Waalaikumussalam.Eh Rizqi,Masuklah." Puan Erriffa membuka pintu pagar automatik itu.

      "Fizah dah siap ke mak cik?" Soal Effzan.

       "Dah.Tu dia tengah minum sirap." Puan Erriffa menjuihkan bibir ke arah anak daranya.

       Terbuntang luas mata Effzan apabila melihat Afizah.Cntik tapi simple.Desis hatinya.Bagi Effzan,Afizah memang sentiasa tampak cantik di matanya walaupun gadis itu bermekap ataupun tidak.Berbaju biasa ataupun tidak.Semuanya cantik.

         "Ehem!" Afizah dan Puan Erriffa berdehem seketika.

          "Hah?ye?" Soal Effzan seolah-olah baru tersedar daripada mimpi.

         Afizah dan Puan Erriffa ketawa terbahak-bahak.Lucu dengan Effzan.Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba kata 'ye'?

        "Apa yang 'ye'?" Tanya Afizah niat untuk menyakat tunangnya itu.

        Effzan hanya menunduk.Malu!Duh!tu lah angau sangat dengan Fizah. Effzan berkata dalam hati.Afizah perasan dengan riak wajah tunangnya itu.Afizah ketawa mengejek di dalam hati.

          "Errr...Jomlah.Nanti lambat pulak nak balik.Banyak lagi barang yang kita nak tempah. " Ujar Effzan mengubah topik perbualan.

         "Tukar topiklah tu." Usik Puan Erriffa.

       Afizah hanya ketawa.

           "Jomlah." Afizah menyalam tangan Puan Erriffa lalu diciumnya tangan itu.Mereka keluar beriringan tanpa menyedari dua orang manusia sedang mengekori mereka dari rumah Effzan sehingga rumah Afizah dan mengekori pula pasangan itu ke butik pengantin.

              "Tunggulah kau Effzan.Jangap harap hidup kau dan Afizah akan aman.Aku akan memiliki Afizah." Marah lelaki itu sendirian dan tidak didengari oleh gadis di tempat duduk penumpang di sebelah tempat duduk memandu.

         Mereka berdua tersenyum sinis.Semua rancangan sudah dirancang dari awal.Cuma tinggal untuk melaksanakan lagi.

        

Cintaku Miss PrettyWhere stories live. Discover now