Bab 24

295 7 0
                                    

"TAHNIAH,kau dah jadi milik mutlak Effzan." Ucap Misha.
Kesian sekali BFF nya tidak lengkap tanpa Amiera yang sekarang sedang menguruskan projek di Mumbai,India bersama dengan papanya.Kalau ada gadis itu gerenti huru-hara dibuatnya.

"Hmmm,terima kasih sha.Aku rindu sangat dengan Amiera."Sayu sekali Afizah menuturkan ayat itu.

"No hal lah.Nita,kau bila lagi nak kahwin dengan Si Iwan tu?" Misha sempat lagi menyakat temannya itu seraya menjongketkan keningnya.

"Aku nak enjoy puas-puas dulu." Selamba sahaja Anita menjawab.Jawapan klise!

      Afizah hanya tertawa kecil melihat telatah sahabatnya ini.Kalau ada Amiera lagi best!

"Korang pergi melantak dulu.Aku nak layan tetamu jap." Afizah segera meminta diri.

"Layan tetamu ke layan suami?" Anita menjongketkan keningnya.

"Kau belum makan kan?" Soal Afizah mempunyai makna tersirat.

    Anita segera menggeleng.Perutnya dah berdondang sayang dari tadi.Tapi syok pula sakat Si Afizah ni.

"Kau teringin nak makan selipar jepun aku?" Bunyi agak sinis.

"Tak.Aku nak blah!Tata titi tutu." Anita melambai tangannya.Afizah hanya menjeling.

Afizah melayan tetamu dengan penuh mesra.Ada juga yang memuji kecantikan Afizah,ada juga yang tersenyum mesra dan juga ada yang ingin berkenalan dengannya.Setelah lama melayan tetamu,dia mencari pula kelibat suaminya.

"Awak cari saya ke?" Jerkah Effzan dari belakang.
"Oi mak kau mintak penyepak!" Latah Afizah.Dia menunduk malu apabila ada mata memandang dengan segihan.Terasa berbahang di mukanya.

Hisy laki aku ni.Malu nya!Mak, Fizah nak menyorok!!!Jerit hatinya.

"Panjang je tengkuk tu mestilah cari saya kan?" Effzan tidak jemu mengusik isterinya.Afizah masih kaku seperti tadi.Mukanya hanya menunduk.Effzan tersengih.hmm..faham.

AFIZAH berfikir sejenak.Perlu ke letak bantal peluk ni kat tengah?Atau aku tidur kat sofa tu?Bisik hatinya.Sebenarnya dirinya berasa janggal untuk tidur sekatil dengan lelaki walaupun jejaka itu sudah sah menjadi suaminya.Afizah menggaru kepalanya yang tidak gatal.Sudahlah badannya terasa letih melayan tetamu.Yang ada dalam fikirannya kini ialah tidur!Tapi kat mana?Perlu ke tunggu Encik Suami?Erk!

         Tiba-tiba pintu bilik dikuak seseorang.Jantung Afizah berdegup kencang.Wahai jantung janganlah mu buat hal!

"Eh,Fizah,awak belum tidur ke?" Soal Effzan lembut.
"Hah?errr..." Afizah mencuba untuk menyusun kata-kata agar jejaka itu tidak terkecil hati.
Effzan melihat isterinya dengan dahi yang berkerut."kenapa?" Soal Effzan.
"Saya nak tidur kat mana?" Soal Afizah perlahan.Effzan ketawa terbahak-bahak apabila mendengar soalan Afizah.Tu pun perlu diajar ke?
"Hisy,janganlah gelak.Tak lawaklah!" Afizah menampar lembut lengan suaminya.
"Ok ok.Mestilah sayang tidur kat atas katil dengan saya.Bantal peluk tu alihkanlah.saya nak tidur dengan awak." Effzan mengukir senyuman menggoda.
Ah!sudah!Miang rebung dia dah datang. Desis hatinya.Afizah pantas mengalihkan bantal peluk itu."Aipp!awak jangan buat apa-apa kat saya.Kalau tak saya tendang awak." Afizah mengugut Effzan yang disedari membuka baju melayunya lalu mencapai tualanya.
"Buat apa?" Soal Effzan tidak faham.
"Errr..tak ada apa-apa." Jawab Afizah.
"Awak takut saya apa-apakan awak eh?" Effzan tersenyum nakal.
"Betullah tu.Saya belum bersedia."
"Ye saya tahu."

Afizah menarik comforter yang berwarna hijau itu menutupi sehingga paras dada.Dia cuba mengiring ke kanan.Tidak lama kemudian,matanya terlelap.

        Seusai mandi,Effzan melihat isterinya sudah dibuai mimpi.Dia tersenyum sorang.Penatlah agaknya tu.Desis hatinya.Effzan menghampiri isterinya.Diusap kepala itu lembut lalu mencium dahi isterinya.Sungguh pilihannya tepat.Ya Allah,kau kekalkanlah hubungan kami sehingga akhir hayat.Doa Effzan di dalam hati.

ZARIEN meneguk rakus air mineralnya tanda dia sedang protes."you ni dah kenapa Zarien?" Soal Arilla.
"You tahu tak yang Effzan dah kahwin?" Soalan Arilla dibalas dengan soalan.
"What!I fikir selepas rancangan yang you buat tu dia orang boleh putus tunang." Tinggi sekali nada yang digunakan Arilla.Dia merengus geram yang amat.
"Kita kena buat plan yang lebih bagus." Zarien memberi saranan.Memang tipis untuk dia mendapatkan Afizah.Apatah lagi sudah bergelar isteri kepada Tengku Rizqi Effzan.Zarien mengeluh.Masing-masing berfikir untuk memisahkan pasangan itu.

"MAA...Riz rasa nanti tengah hari Riz nak pindah dengan Fizah boleh?" Effzan membuat muka comelnya.Nak bodek lah tu.
"Nak pindah kat mana?" Soal Datin Fadina.
"Awak dah lupa ke yang anak awak ada sebuah rumah lagi?" Dato' Faizal menyampuk sambil menggigit roti bakar berinti kaya itu.
"Eh haahlah!lupa pula mama.Maklumlah dah tua." Seloroh Datin Fadina.Masing-masing ketawa di meja makan itu.Lucu!
"Hmmm,awal nya nak pindah.Sunyi lah mama nanti." Datin Fadina memuncungkan bibirnya.
"Mestilah awal maa...Riz nakkan privasi dengan Fizah.Kan sayang?" Effzan sempat tersenyum nakal.

          Uhuk!uhuk!serta-merta Afizah tersedak.Dia mencapai gelas air putih itu lalu diteguknya rakus.Dia mengurut dadanya.Huh!Harapan besar aku boleh mati muda.

"Rizz...." Datin Fadina menegur.
"Hehehe" Effzan hanya ketawa mengekek.Afizah sempat menjeling ke arah Effzan.

"So,mama benarkan tak?" Soal Effzan.
       Datin Fadina mengangguk membenarkan.
"Papa?" Matanya beralih kepada Dato' Faizal.
Dato'Faizal hanya mengangguk."Dengan syarat jaga menantu papa tu dengan baik dan minggu depan ikut papa pergi syarikat." Dato' Faizal mengarah.

"Ok paa..beres dong!" Afizah ketawa kecil melihat suaminya membuat gaya tabik sambil bercakap bahasa Indonesia.

Hai,assalamualaikum.Apa khabar readers yang disayangi sekalian.Ok tak novel CMP ni sepanjang saya buat daripada bab 1 smpai bab 24?Ada kekurangan apa-apa tak?Maaflah klau bagi korang novel ni tak best.Karya saya ni memang mcm budak2 sbb sye memang bdk2 lagi punn..baru 14 thn..hehehe..stay tuned ya! Bye!😘😘

Cintaku Miss PrettyWhere stories live. Discover now