Setelah tamat kelas,Afizah ingin ke perpustakaan sebentar.Oleh itu,dia mengeluarkan telefon IphoneS7 miliknya lalu menekan nombor telefon Amiera.
"Hello,Assalamualaikum miera,aku balik lewat tau sebab aku nak pergi perpustakaan jap.Kau nak pergi kelas kan jam 2 petang ni?"soal Afizah.
"Haah.Ok.Aku kan ada bagi kau kunci pendua.jadi nanti kau buka pintu pakai kunci tu ya!"pesan Amiera setelah salam Afizah dijawabnya."Ok,bye"Afizah mematikan panggilannya.Sebelum dia ke perpustakaan,dia ingin mengisi perutnya yang sudah berdondang sayang dari tadi.Maklumlah,dia tadi kan makan 2 keping roti dengan air milo panas sahaja.Dia menaiki kereta Perodua Axia miliknya untuk pergi ke kafeteria berdekatan.Bukan dia tidak suka nak makan ke kantin tapi lunch ni dia teringin nak makan makanan barat.
Effzan masuk ke kafeteria itu bersama Iwan.Tiba-tiba dia terlihat seorang gadis yang dikenalinya tadi pagi sedang menikmati spaghetti bolognese. "Yes! kebetulan dia ada kat sini.Ada chance lah aku nak mintak maaf kat dia."getus hatinya gembira.
"Hoi,apahal kau senyum sorang-sorang ni?sambil pandang perempuan tu pulak.Kau usyar kat dia ke?"teka Iwan.
"Hehehe.Entah lah.Mungkin,sebab dia tu gadis idaman aku,"jawab Effzan tanpa berselindung sambil ketawa mengekek.
"Mana kau tahu tu gadis idaman kau?Cuba kau cerita dari 'A' sampai 'Z',"gesa Iwan.
"Macam ni ceritanya...."
Effzan menceritakan kesnya tadi pagi sampai bagaimana hatinya boleh melekat pada gadis itu.Cukup ayu dan menawan.Sekali pandang pun dah terbuai."Assalamualaikum,"Effzan memberi salam.
"Waalaikumus...."Afizah tidak menghabiskan salamnya sebaik sahaja melihat jejaka yang berada di hadapannya sekarang ini ialah jejaka yang dilanggarnya pagi tadi. "Aduh,mamat ni!takkan nak sembur aku lagi?"Hati Afizah berasa risau.
"Awak jangan takut.saya takkan marah awak lagi.saya janji,"Effzan mengangkat tangannya.Gaya seperti orang berikrar lah nak dikatakan.Walaupun jejaka hadapannya kini sudah berjanji,tetapi dia tetap berasa kekok apabila memandang wajah tenang jejaka itu.lantas,cepat-cepat dia melarikan pandangannya.Mungkin tak biasa lagi dengan jejaka itu kut.tapi kenapa jantungnya berdebar lain macam aje?dup dap, dup dap.
"Hmmm,boleh saya duduk?tanya Effzan.
"Duduklah."Afizah memberi kebenaran."Ya Allah!kenapa aku rasa lain macam?"tanya Afizah dalam hati.
"Awak..."kata-kata Effzan terhenti di situ sahaja apabila telefonnya berbunyi tanda ada mesej masuk. "Aduh, kacau daun ketumlah!"dia mengambil telefon Iphone lalu membuka peti mesej tersebut.Zan,kau nak makan ke?kalau nak aku tolong orderkan.
Tak perlulah,aku dah tak lapar bila tengok muka perempuan ni.Buat aku tenang aje.
Pantas sahaja Effzan menaip.Hmm,ok!
Effzan kembali menyimpan telefonnya ke dalam poket.Kemudian,Effzan kembali menyambung ayatnya.
"Awak makan apa tu?"soal Effzan walaupun dah terang-terangan gadis itu makan spageti.
"Makan spageti.Awak tak lapar ke?kalau lapar saya panggil pelayan"soal Afizah.
"Boleh tahan laparlah jugak."jawab Effzan sambil memegang perutnya.
Afizah memanggil pelayan yang berdekatan dengan tempat duduknya. "Awak nak makan apa?"
"Chicken chop and Orange juice."Effzan memesan kepada pelayan tersebut.Pelayan itu hanya mengangguk.
"Awak...I want to say sorry with you."ucap Effzan menggunakan bahasa inggeris.
"Ahai..mamat ni,speaking pulak dia ni"Getus hati Afizah."Cause?"soalnya.Bingung tiba-tiba mamat ni minta maaf darinya.
"Eh,minah ni!takkan dia kena amnesia kut?dah lupa ke yang tadi pagi aku marah dia?"soal hati Effzan hairan.
"Saya minta maaf sebab marah awak tadi pagi."laju sahaja Effzan bercakap dengan menggunakan satu nafas sahaja.Fuh!
"Ohh,fasal tu.tak apa lah,saya tak marah awak pun."kata Afizah sambil mengukir senyuman manis."Allah!manisnya senyuman dia!tenangnya hati aku."Effzan berkata dalam hatinya.
"By the way,siapa nama awak?"soal effzan hampir terlupa sebab terbuai dengan senyuman Afizah.
"Nurin Afizah Suhaila.panggil fizah je lah."afizah memperkenalkan dirinya.
"Saya Tengku Rizqi Effzan."Effzan memperkenalkan dirinya pula tanpa diminta Afizah.
Tiba-tiba makanan yang dipesan sebentar tadi sudah disediakan. "Enjoy your meal sir,"kata pelayan lelaki itu dengan mesra.Effzan hanya tersenyum.
"Tengku makan dulu lah ya.saya nak ke tandas kejap,"Afizah meminta diri.
"Ok"balasnya sambil tersenyum."Ya Allah Fizah!takkan kau dah fall in love dengan dia?pleaselah,jangan nak bertepuk sebelah tangan!mana tahu dia dah ada pasangan?"Afizah mengingatkan dirinya.
Beberapa minit kemudian,Afizah kembali ke tempat duduknya.
"Fizah,awak tak perlu panggil saya tengku.panggil Effzan atau zan je.Rifqi pun boleh juga,"pintanya.
"Ok Tengk....eh sorry,ok Rifqi."
"Lepas ni,awak nak pergi mana?soal Effzan.
"Saya nak pergi library."jawab Afizah.
"Saya nak ikut boleh.Kebetulan saya nak pergi ke sana jugak."pintanya.
"Ok."jawab Afizah sepatah.Effzan mengeluarkan telefonnya lalu membuka aplikasi whatsappnya.
T.R.E~Wan,kau tolong bawak balik kereta aku tu dekat asrama sebab aku nak ikut Fizah pergi perpustakaan sekejap.thanks!:)M.izwan~hmm,ok!welcome.
Effzan menyimpan kembali Iphone nya.
"Dah ke?kalau dah kita gerak sekarang.nanti saya nak balik sebelum masuk waktu Asar."pinta Afizah."Ok dah,jom"Effzan tersenyum melihat gadis di sisinya ini mementingkan perintah Yang Maha Kuasa. "Betullah aku tak silap pilih.Inilah yang aku cari.Aku nak bawak dia jumpa mama lah kalau dah rapat nanti."hati Effzan melonjak gembira.
Afizah berasa kekok bila berdua-duaan dengan Effzan ini.Nanti ada yang membuka gosip antara dia dengan Effzan.Lebih-lebih lagi kalau girlfriend dia tahu.Dia tak nak dituduh perampas hak orang.
Afizah tersedar daripada lamunannya apabila ditegur oleh Effzan."Ye Rifqi,awak tanya apa tadi?"soalnya.
"Saya tanya,awak single ke taken?soal Effzan.
"Single je.Kenapa?soal Afizah pelik."kenapa tanya fasal status pulak ni?NO!wake up Fizah.Dia mungkin dah berpunya."Afizah mengingatkan dirinya.
"Tak ada apa-apa.tanya je."jawab Effzan.
Afizah hanya berkata 'Oh' sahaja.
YOU ARE READING
Cintaku Miss Pretty
RomanceEffzan,seorang lelaki yang aktif tapi kuat cemburu.Lebih-lebih lagi dengan ketampanannya menyebabkan gadis-gadis di kolej itu terpikat dengannya.tapi tiada seorang pun yang menarik hatinya. Arilla,gadis yang terlalu gilakan dengan dirinya.Effzan bin...