AFIZAH membuka pintu rumah Daddynya.
"Assalamualaikum"Afizah memberi salam.Tiba-tiba matanya dirasakan ditutup oleh sepasang tangan.
"Waalaikumusalam.teka lah siapa ni?"ujar lelaki yang berumur dalam pertengahan 20-an.
"Abang ifaat!my beloved brother."Afizah menjerit kecil.Teruja dengan kedatangan abang kesayangannya itu.
Afizah berpusing menghadap abang nya lalu memeluk erat abangnya.Sungguh dia rindu dengan abang kesayangannya itu.
"Bila sampai?"soal afizah.
"Semalam.Dalam jam 7.30 malam."jawab Ifaat.Adakalanya,adik pun boleh jatuh hati dengan abang sendiri.mana tidaknya,adik cantik, abang handsome ikut daddy mereka.Maklumlah muka daddy mereka kan ala-ala orang barat.putih!
"Hello,assalamualaikum Cik Nurin Afizah Suhaila.tengah dok renung apa tu?"soal Ifaat apabila melihat adiknya merenung muka nya dari tadi. "Hishh,ni mesti renung muka aku lagi."keluh hati Ifaat.
"Hah!oh waalaikumusalam.eh,abang ni!kenapa handsome sangat.tengok!adik sendiri pun dah terpikat."ujar Afizah sambil ketawa mengekek.
"tahulah abang ni handsome.tapi,tak payahlah nak renung lama-lama.blushing abang nanti."Ifaat ketawa terbahak-bahak.
Afizah menjengilkan matanya."abang aku ni!sekali aku kata handsome berkilo-kilo dia perasan.Handsome macam Rizqi pun ada juga." Afizah senyum sorang-sorang.
"Ehem ehem.senyum sorang-sorang tu perli abang eh?"soal Ifaat.sengaja dia membuat muka jeruk.
"Eh,tak lah.Aucakk!" Afizah membuat lawak.akhirnya meletus juga ketawa Ifaat.
"Dah lah jom masuk!"Ifaat menarik tangan Afizah."Effzan,jom teman aku lepak."ajak iwan.
"Malas lah.kau lepak lah sorang-sorang."ujar Effzan sambil matanya fokus menonton film seram hindi 1920 London lakonan Vishal Karwal,meera chopra dan Sharman Joshi di You Tube.Iwan menepuk dahinya.macamlah dia tak kenal dengan sifat semula jadi kawannya itu.kalau dah tengok filem best-best sampai malam pun tak berganjak dari meja laptopnya.makan pun depan laptop.
"Kau ni dah kemaruk sangat dengan filem hindi.Aku ingatkan perempuan je yang kemaruk filem hindi.rupanya lelaki pun ada jugak?"perli Iwan.Effzan menyiku perut Iwan yang berada di sebelahnya.Iwan mengaduh kesakitan.
"Hah!ambik kau!lebih baik kau blah sebelum kau terpelanting aku kerjakan.pergi tengok tv kat depan tu.jangan kacau mood aku!syuh syuh."halau Effzan.
Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu.perempuan?Afizah!Ya.semalam dia nak telefon Afizah.tapi takut afizah dah tidur.lantas dia cepat-cepat mempause filem itu kemudian dia mencapai Iphone nya lalu mendail nombor Afizah.Panggilan itu dijawab.hati Effzan berasa gembira.
Afizah memandang skrin telefonnya dengan dahi berkerut.Kata-kata effzan masih berlegar-legar di mindanya.Rindu?effzan mengucapkan rindu kepadanya?Hati Afizah semakin tidak tenteram.
"Fizah,saya rindulah dekat awak." Adu Effzan.
"Hah?"Afizah terkejut sedikit."Mamat ni buang tabiat ke?kenapa hari ni dia gatal sangat?kalau girlfriend dia tau aku nak cakap apa?"pelbagai soalan sedang bermain dalam minda Afizah.muka nya pucat macam nampak hantu.dia menjadi tidak keruan. "Dah lah aku suka dia.tambah lagi dia cakap rindu kat aku.makinlah aku suka dia.kalau dia dah ada girlfriend macam mana?Kalau tak ada lainlah ceritanya."Keluh hati Afizah.
Ifaat yang menyedari perubahan wajah Afizah menimbulkan pelbagai soalan."Aik tadi ceria je adik aku ni.tapi sekarang dia pucat pulak?"ujar hatinya.Dia duduk di sebelah adiknya.
"Fizah,kenapa pucat je ni?ada masalah ke adik abang ni?"soal ifaat lembut.
"Hah?pucat?tak ada lah abang."dalih Afizah.dia menggaru pipinya yang tidak gatal.
"Tipu!ceritalah dengan abang.nampak sangat muka adik ni pucat.ingat abang tak tau ke?"gesa ifaat.
"Ah,sudah!nak cerita ke tak ni?nampak sangat ke muka aku pucat?"Afizah berfikir sama ada ingin menceritakan ataupun tidak.
"Alah,fizah.tipu je lah abang kau tu.lagipun kau belum sedia nak buka cerita kan?biarlah rahsia.lagipun tipu sunat je kan?"Afizah berkata dalam hati.
"Fizah adik abang.cerita lah"gesa ifaat lagi.
"Ok.macam ni ceritanya,assignment fizah dah nak siap tapi kawan fizah buat hal.Air dia tertumpah lepastu terkena kertas fizah.so,lusa fizah nak balik kolej dah and buat balik assignment tu."tipunya.
Ifaat merenung lama-lama mata adiknya itu.mencari kebenaran."hmm,boleh percaya ke adik aku ni?"soal hatinya.
Afizah menarik nafasnya untuk menutup wajah tipunya itu.kang tak fasal-fasal kantoi.
Akhirnya ifaat mempercayai adiknya.
"Abang,mommy dan daddy mana?"soal Afizah cuba untuk mengalih topik.nanti tak fasal-fasal abangnya soal lagi soalan yang boleh menyesakkan dadanya.
"Mommy dengan daddy pergi Giant jap.nak beli bahan masakan nanti."jawab Ifaat.
Afizah hanya mengangguk.
"So,macam mana abang kat Melbourne?ok tak?"soalnya.sekali-sekala nak tahu kehidupan abang sendiri kat negara orang."Ok je.tak ada apa-apa masalah pun.lagipun kat sana makin best adalah."sengaja nak kenakan afizah.tahulah adik sendiri teringin nak pergi melbourne.tapi awal-awal dah di cop tempat untuk adiknya honeymoon satu hari nanti.
EFFZAN keluar dari biliknya lalu dia mendapatkan Iwan di ruang tamu yang sedang khusyuk menonton filem aksi The Terminator.dia melabuhkan punggungnya di sebelah iwan.Effzan terasa apabila Iwan seperti tidak endah dengan kehadirannya seolah-olah dia tidak wujud di situ.Merajuk lah tu.Buat malu lah lelaki merajuk dengan lelaki.Takkan nak pujuk macam isteri pujuk suami pulak?dah la bab pujuk memujuk lelaki ni dia tak mahir sangat.lain dengan perempuan,senang sikit kerjanya.
"Bro,aku ada something nak bagitau kau ni."ujar Effzan.
Tapi malang sungguh.Iwan hanya buat-buat bodoh dengannya."Tu lah kau zan.nak sembur orang tak fikir dulu.see?apakah akibatnya?"effzan memarahi dirinya dalam hati.
"Hmm,tak apa lah kalau kau nak merajuk dengan aku wan.aku nak pujuk tapi tak pandai.so,it's up to you.i am sorry."ujarnya lagi.
Iwan hanya membuat muka seposen.Ingat laku ke muka seposen kau tu?Effzan kembali ke bilik tidurnya dengan wajah yang sayu.Tiba-tiba dia teringatkan Afizah.entah mengapa semakin hari,semakin hatinya mula berpaut di hati afizah.
"Fizah,saya cintakan awak.tapi saya tak mampu nak luahkan kepada awak.mungkin masanya belum sesuai kut.Saya memang dah gilakan awak tahap Gunung Kinabalu.Belum lagi tahap Gunung Everest.Awak ialah gadis pertama yang berjaya menambat seluruh hati saya dalam masa yang singkat.Adakah awak mencintai saya juga Afizah?saya kena betul-betul bersedia untuk memberitahu awak segala isi hati saya."Effzan bermonolog bersendirian walaupun tiada Afizah di hadapan nya kini.Afizah bergegas ke biliknya apabila terdengar telefonnya berdering."adoii!!kacau betullah.nak potong sayur pun tergendala."rungut afizah.Matanya terbuka luas apabila nama Rizqi tertera di atas skrin Iphone nya itu.lantas dia menjawab.
"Hello,assalamualaikum Rizqi..."
YOU ARE READING
Cintaku Miss Pretty
RomanceEffzan,seorang lelaki yang aktif tapi kuat cemburu.Lebih-lebih lagi dengan ketampanannya menyebabkan gadis-gadis di kolej itu terpikat dengannya.tapi tiada seorang pun yang menarik hatinya. Arilla,gadis yang terlalu gilakan dengan dirinya.Effzan bin...