KATA-KATA Afizah terngiang-ngiang di gegendang telinganya.Pandai sungguh gadis itu memujuknya.Effzan mengukir senyuman bahagia.
"Assalamualaikum Fizah,"Effzan memulakan bicara.
"Waalaikumussalam Rizqi," Jawab Afizah lembut.
"Awak,tolong saya please?" Rayu Effzan.
"Tolong apa?"
"Saya nak tanya tentang pekerjaan saya."
"Kenapa dengan pekerjaan awak?"
"Papa suruh saya jadi calon CEO Bina Holding.Tapi saya nak jadi doktor.Mana satu ni?"
"Elok awak jadi CEO Bina Holding."
Mata Effzan membulat.Keputusan tunangnya kekal sama.
"Tapi jangan sebab harta!" Effzan mula mengeraskan suaranya.
"No!bukan sebab harta atau apa.Ni sebab keadilan.Saya dah nak buka klinik sendiri.Tak jauh dari syarikat uncle.Seeloknya,awak jadi CEO je lah.Saya jadi doktor.Lagipun selepas beberapa bulan,awak suruh saya berhenti,then saya akan berhenti.Klinik saya tu saya serahkan kepada abang saya,Ifaat.Kalau awak suruh saya jadi PA awak pun saya sanggup." Pujuk Afizah panjang lebar.
Effzan tersenyum mendengar pujukan itu. "Oklah kalau awak cakap macam tu.Bye.Love you."
"Bye.love you too."
"Dah kenapa senyum sorang-sorang ni?" Sergah Datin Fadina.
"Tak ada apa-apa.Papa mana?" Soal Effzan.
"Tu duduk kat luar." Datin Fadina menjuihkan bibirnya.
"Ok." Effzan pantas berjumpa dengan Papanya yang sedang termenung.
"Kenapa papa duduk kat luar malam-malam ni?" Soal Effzan sambil melabuhkan punggungnya bersebelahan Dato'Faizal.
"Tak ada apalah.Saja ambil angin." Dalih Dato' Faizal.Dia sebenarnya memikirkan bagaimana lagi ingin memujuk anaknya itu.Dia ingin berehat kalau boleh nak tunggu cucu.Amboi,anak belum kahwin dah fikir cucu ye?
Effzan mula menarik nafas kemudiannya dihembus.Matanya memandang papanya.Dia memulakan bicara.
"Papa,Riz dah buat keputusan." Ujar Effzan.
"Keputusan apa?" Soal Dato' Faizal.
"Riz setuju jadi CEO.Tu pun Fizah yang pujukkan.Fizah cakap dia yang jadi doktor.Kalau Riz suruh berhenti nanti Fizah serahkan klinik dia kat abang dia." Jelas Effzan panjang lebar.
"Hmmm..tak apalah kalau macam tu.Jangan bagi Fizah kerja lama sangat.Dia sesuai jadi suri rumah je.Jaga keperluan Riz aje." Pesan Dato' Faizal
Effzan hanya mengangguk.Semestinya!
MATA Effzan terbuka luas apabila melihat kejelitaan tunang di hadapannya kini.Sesuai dengan kulitnya.Belum pakai make up lagi.
"Wow!ini bidadari atau Afizah?" Komen Effzan.Matanya tak berkedip melihat keayuan Afizah.
"Saya Afizah bidadari hati awak je." Seloroh Afizah sambil tersengih.
YOU ARE READING
Cintaku Miss Pretty
RomanceEffzan,seorang lelaki yang aktif tapi kuat cemburu.Lebih-lebih lagi dengan ketampanannya menyebabkan gadis-gadis di kolej itu terpikat dengannya.tapi tiada seorang pun yang menarik hatinya. Arilla,gadis yang terlalu gilakan dengan dirinya.Effzan bin...