Bab 18

148 7 0
                                    

AFIZAH menjadi tidak senang duduk sejak Effzan memberitahu kebenaran tentang lamaran itu.Nampaknya dia kena mengaku lah depan mommy dengan daddy nya.Abang
Ifaat?lain kali lah.Afizah menuruni tangga lalu duduk di sofa berhadapan dengan Encik Arifin dan Puan Erriffa.

        "Mommy,daddy,Fizah nak minta maaf." Ucap Fizah setelah beberapa minit mendiamkan diri.

        "Minta maaf kenapa?" Soal Puan Erriffa.Dahinya berkerut.Tiba-tiba je minta maaf.

          "Fizah minta maaf sebab dah tipu mommy dengan daddy  pasal cincin ni." Ujar Afizah sambil menunjukkan cincin yang bertakhtakan berlian tersemat di jari manisnya.

           "Fizah tak payah lah minta maaf nak..mommy dengan daddy yang rahsiakan perkara ni.Ni mesti Rizqi dah bagitau kan?" Soal Puan Erriffa.

     Afizah hanya mengangguk mengiakan.Baru hatinya berasa tenang. "Hmm,Fizah masuk tidur dulu ye."

          Encik Arifin hanya mengangguk. "Dah solat?" Sempat lagi menyoal.

         "MC hari ni." Jawab Afizah selamba.

      "Solat mana boleh...." Belum sempat Encik Arifin menghabiskan kata-katanya,tiba-tiba Puan Erriffa pantas menyampuk bagi menyelamatkan keadaan.

          "Bang...ooo bang..anak abang tu sakit perempuan tau." Jelas Puan Erriffa.

         "Oh ye ke?hehe..maaflah.abang tak tahu." Balas Encik Arifin sambil ketawa mengekek-ngekek.

        Afizah hanya tertawa kecil.Kelakar lah!

EFFZAN terjaga daripada lenanya apabila telefon Iphone miliknya berbunyi.Dia melihat jam di dinding biliknya.
    "Ya Allah!jam 12.06 tengah malam.!siapa yang telefon tengah malam buta ni?" Desis hatinya.

       Dia mencapai telefon di sisi katilnya lalu melihat nombor telefon yang tertera. "Aik?siapa punya nombor ni?" Hati Effzan tertanya-tanya.Perlahan-lahan telefon itu dilekapkan ke telinga.

             "Hel..hello?" Tersekat-sekat suara Effzan apabila memulakan bicara.

              "Hello Babe!How are you?This is me,Arilla." Jawab Arilla dengan suara yang lemah-lembut.

         Effzan cepat-cepat menjauhkan telefon itu ke telinganya.Bising!Bunyi lagu disko kedengaran.Bergetar gegendang telinganya."Bagus aku guna speaker." Omel dirinya.

              "Arilla!tell me!Siapa bagi nombor telefon i dekat you?" Bentak Effzan.Mustahil!dia dah tukar nombor telefon yang baru kot?Macam mana minah ni boleh tau nombor telefonnya yang baru?

             "It's secret."

             "Rilla,please letak telefon you tu.you dah mabuk ni."

             "No!i tak mabuk."

     "Ok fine.Kau tak nak letak biar aku yang letak." Marah hatinya.Pantas dia menekan end call.Panggilan dimatikan.Effzan mengeluh halus.Siapa yang bagi nombor telefonnya?Perlu ke nak tukar yang baru?

      Effzan tahu tika ini Arilla pergi ke kelab malam.Suaranya pun dah lain semacam.Lembut!Maknanya dia telah mabuk sebab minum banyak wiski tak pun wine.Minuman Arilla hanya dua jenis.Yang lain langsung tak sentuh.

         Dia tahu semua ni daripada mulut Arilla.Ketika itu,Arilla mengajak dirinya pergi ke kelab malam.Kerana agamanya masih dijaga,dia cuba menolak.Biarlah gadis itu menanggung dosa.Dia tidak mahu tanggung dosa.Sejak itu,Effzan mula membenci Arilla.

     Effzan menguap.Kantuknya telah menguasai dirinya.Tidak lama kemudian dia terlelap.

AIR wiski yang terletak di atas meja diabaikan.Arilla mendengus geram."Boleh pulak dia matikan telefon dia?" Bentak Arilla di dalam hati.

          "Arilla,what's wrong?" Ujar Zarien apabila melihat gadis di sisinya membuat muka cemberut.

           "Huh! I hate this!You tau tak I sukakan Effzan.I want Effzan to be my fiance and not Afizah.!!" Bentak Arilla.Wiski itu diteguk rakus.

            "That's why we need to plan something Rilla.You love Effzan and I love Afizah." Pujuk Zarien.

       Arilla melepaskan keluhan kecil.Dia menuang air syaitan itu ke dalam cawan sedikit lalu dia meneguk minuman itu.Kepalanya mula merasa pening.Tindak balas air itu mula menguasai mindanya sedikit demi sedikit.Tetapi diabaikan.

"FIZAH,saya nak minta izin boleh tak?" Soal Effzan sambil mengedipkan matanya berkali-kali.
"Minta izin apa?" Soal Afizah kembali
"Izinkan saya merisik awak hujung minggu ni?"
          "Alaa..pasal merisik pun nak minta izin?" Afizah ketawa terkekek-kekek.

        "Eh mestilah.Saya takut awak tak terima saya." Effzan memuncungkan bibirnya.

        "Siapa cakap saya tak akan terima awak?" Gurau Afizah.

       "Saya cakap." Balas Effzan selamba.

        "Rizqi,awak tahukan saya cintakan awak?mestilah saya terima awak seadanya." Ujar Afizah sayu.

        Effzan mengukir senyuman manis.Ternyata dia tak salah pilih."Ya Allah,engkau kekalkan lah hubungan kami sehingga akhir hayat.Aminn." Doa Effzan di dalam hati.

        "Ehem!" Afizah berdehem.

        "Apa?"

         "Kenapa pandang saya macam tu?"

         "Tak lah.Mana ada saya pandang awak.Saya cuma mengelamun je."

          "Hmmm,ye lah tu.Makanlah,boleh kenyang perut awak daripada mengelamun.

          "Hehe,ye lah."

         Afizah menyuapkan nasi briyani itu ke dalam mulutnya.Effzan pula makan nasi campur manakala matanya sibuk makan wajah Afizah.Memang tak lepas.Orang kiri kanan pun tak pandang.

        "Hello" Afizah memetik jarinya di hadapan Effzan.

         "Hah?" Effzan tersedar.

        "Again?"

         "Yupp!"

          "Makan!"

          "Ok." Wajah Effzan terasa berbahang. "Harap-harap Fizah tak sedar."

BACAAN novel Afizah terbantut kerana teringatkan kata-kata Effzan tadi petang.Dia menutup novelnya lalu diletakkan ke atas meja sisinya.Dia turun dari katil lalu pergi ke bilik mommy dan daddy nya.

         "Eh,Fizah belum tidur lagi ke?" Soal Puan Erriffa.
     
          "Mommy..."

           "Ya?"

           "Hujung minggu ni keluarga Rizqi nak datang merisik Fizah." Pesan Afizah.

         "Ok.Mommy setuju.Nanti Mommy bagitau daddy ya?"

         "Baik mommy."

          "Dah tidur." Arah Puan Erriffa.

         Afizah hanya mengangguk lalu beredar masuk ke dalam biliknya.Dia berfikir sejenak.Tak lama lagi jadi tunang orang.Sudah bersediakah dia hendak memegang status isteri kepada Tengku Rizqi Effzan bin Tengku Iskandar Faizal?Nampaknya dia kena belajar menjadi isteri mithali.Hehehe.
        
         

Cintaku Miss PrettyWhere stories live. Discover now