Bab 12

197 15 0
                                    

AFIZAH melepaskan keluhan gembira.Dia berasa seronok kerana sudah menghabiskan semester terakhirnya.Dia juga sudah melupakan Effzan selama 3 hari ini.Selama 3 hari itu juga dia tidak lagi terserempak dengan Effzan.Mungkin sedang bahagia bersama kekasihnya.Ah!malas nak fikir.buat semak otak je.

Ifaat hanya tersenyum senang.Adiknya sekarang sudah boleh merasa kebebasan.Lagipun lusa dia perlu ke Melbourne semula.Perkara ini membuatkan hatinya berat untuk meninggalkan bumi Malaysia ini.

"Adik,adik nak sambung Master tak?" Soal Ifaat ingin menduga.

"Entahlah bang.Adik rasa nak sambung tapi rasa jugak tak nak sambung sebab adik rasa nak jadi doktor dah." Jawab Afizah.

Ifaat hanya mengangguk memahami.

"Abang,sini jap.adik nak bisik ni." Pinta Afizah.
Ifaat mendekatkan telinganya kepada Afizah.

"Eeee,abang Ifaat bucuk!"Jerit Afizah tepat di telinga abangnya.Ifaat serta-merta menjauhkan telinga manakala Afizah pula belari macam pelesit sambil mentertawakan abangnya. "Aduh,boleh pekak telinga aku!"marah Ifaat.Dengan pantas dia pula mengejar adiknya ke atas.

"Mak aih,lajunya abang aku berlari!kalah Usain Bolt!" Perli Afizah.Maklumlah time sekolah menengah Abang Ifaat selalu dapat juara.Kalah pula adiknya yang sering mendapat gangsa!Nak juara punya susah!

"Astaghfirullahalazim budak bertuah dua orang ni!Macam budak-budak tadika.Dah tak ingat nak mandi?Nak solat?Ni tak!Main kejar-kejar pulak tak kena dengan masa!" Marah Encik Arifin.

Afizah dan Ifaat hanya membekukan diri sambil tersengih ala-ala iklan Colgate. "Aduhai,panas pulak telinga!" Rungut Afizah dalam hati.

"Fizah,kamu ni dah 20 tahun!bukan 2 tahun.Kamu ni pulak Ifaat dah 24 tahun tapi perangai macam budak 6 tahun!" Sambung Encik Arifin.

Seperti biasa,mereka hanya tersengih lalu masuk ke bilik masing-masing untuk membersihkan diri kemudian menuaikan perintah di atas.

SUASANA bingit di kelab malam itu sungguh meriah.Arilla dan geng-gengnya berkumpul di sebuah bilik karaoke untuk menyambut sempena hari kebebasan mereka.Tak ada lagi kongkongan di asrama.

"Arilla,apa plan you untuk dapatkan Effzan?" Soal Liza.

"I tengah fikir.Dahlah tak payah nak fikir dulu.Better kita enjoy puas-puas." Ajak Afizah disertai dengan ketawanya.

"FIKIR Effzan fikir.Kalau kau asyik duduk terperap dalam rumah je memanglah idea tak datang."Effzan mengomel sendirian.

Effzan bermundar-mandir di dalam biliknya.Memikirkan macam mana nak bertemu dengan Afizah sedangkan rumah gadis itu dia pun tak tahu.Nak telefon?huh!bukannya nak jawab pun.Effzan merasakan Afizah cuba untuk mengelak daripada bertembung dengannya sejak kejadian Arilla 4 hari yang lepas.

"Kalau macam ni lah nasib kau Zan,hari-hari kau boleh gila bayang Afizah.Tak lama masuk hospital sakit jiwa lah jawabnya!" Keluh Effzan dengan nada yang agak kecewa.

"Ya Allah,engkau berikanlah aku petunjuk.Aku ingin mencari buah hatiku.Andai dia jodohku,maka kau dekatkan lah kami.Aminnn." Doa Effzan.

Setelah 15 minit dia berfikir,tiba-tiba otaknya mendapat idea.Kawan.Ya!Afizah ada kawan! Misha!gadis itu sudah lama berkawan dengan Afizah.Lantas dia mencapai telefonnya di atas meja sisi bersebalahan dengan katil bersaiz King itu.

*Assalamualaikum Misha.Aku mintak tolong kau sikit boleh?*

Ok sent!
Effzan menunggu dengan sabar.

Cintaku Miss PrettyWhere stories live. Discover now