Bab 13

187 12 0
                                    

AFIZAH mengambil shawl nya yang telah disediakan semalam lalu melilit dengan perlahan.Memandangkan Misha,Anita dan Amiera telah merancang untuk menghabiskan masa bersama-sama sebelum masing-masing sibuk dengan kerjaya mereka.Afizah juga sedang berusaha untuk membuka klinik sendiri di Alor Setar dalam 5 bulan lagi.

       Setelah berpuas hati dengan penampilannya,dia mencapai beg tangan jenama Valentino kesayangannya lalu memakai kasut bertumit tinggi berjenama yang sama.Gadis ini terlalu pandai berfesyen dan suka berubah selera.Rasanya dah lama dia tidak jumpa dengan kawan-kawannya.Rindunya semakin membuak-buak.Dia tersenyum kegembiraan.

         Afizah mengerling jam di tangannya.Sudah menunjukkan jam 2 petang.Temu janji nya pada pukul 2.15 petang.Jadi dia perlu segera sampai ke Meganism Mall.

         "Mommy,Fizah pergi dulu.dah lambat ni.Assalamualaikum." Afizah mencapai tangan Puan Erriffa lalu mencium tangan wanita separuh abad itu.

        "Hmm,ye lah Fizah.Sampaikan salam mommy kat diorang ya.Waalaikumusalam."Pesan Puan Erriffa.

       "In Shaa Allah.bye!"

"ASSALAMUALAIKUM guys! Sorry aku lambat.Jalan jem."Sapa Afizah.

     "Waalaikumusalam.Lambat 8 minit je." Amiera mencebik mulutnya.

     "Alaaa..sorrylah Miera." Pujuk Afizah.

     "Sorry bawak lorry lah." Sambung Anita.

    Afizah mula membuat jeruk di mukanya.Dia menarik muncung itiknya tanda dah merajuk.

       "Sudahlah korang ni semua merajuk!Aku merajuklah jugak!Bye!"

     Afizah berpura-pura  Meninggalkan tempat dimana mereka bertemu tadi.Misha yang perasan itu berlaga bahu Amiera di tepinya.Masing-masing mengejar Afizah.

        "Hoi Fizah!wait!" Jerit mereka bertiga serentak.
Afizah berpaling dan cuba menyembunyikan senyumannya.Dia memeluk tubuh.Pura-pura merajuk.

       "Nak apa lagi?" Wajah nya cuba untuk dimasamkan sebaik boleh.

      "Sorry Fizah.Janganlah merajuk.Alolo cumel-cumel dio ni." Amiera membuat lawak tak bertempat.

        "Ish Miera! Malu orang tengok." Tegur Afizah.Alah bukan merajuk betul pun kan?

        "Haah,sorry Fizah.Is it too late now to say sorry?"Misha menyanyi lagu Sorry oleh Justin Bieber.Masih bersangka Afizah masih merajuk.

    Akhirnya ketawa Afizah meletus."Haih korang ni!Aku tipu jelah.Mana ada aku merajuk.Aduhai,pecah perut aku tengok kesungguhan korang pujuk aku."Ujar Afizah yang masih bersisa ketawa.

    Misha,Anita dan Amiera menjengilkan mata mereka.Ceh!Bazir air liur je!

     "Dah lah tak payah buat mata macam tu.Jomlah.kita nak pergi mana dulu ni?" Ujar Afizah menukar topik.

     "Pergi makan!" Ujar Amiera teruja.

     "Kat mana?"

      "KFC." Jawab pula Si Misha.

       "Hmm...Ok!"

     

IWAN terpandang susuk tubuh gadis yang sedang duduk bersama 3 orang rakannya. "Eh,tu bukan Anita ke?" Sangkal hatinya.

        "Effzan,Zarien,tu Anita ke?" Ujar Iwan manakala jari telunjuknya menunding ke arah meja di satu sudut.

         "Haah lah dia tu.Tepi dia tu Afizah kan?" Ujar Zarien.

      Serta-merta kepala Effzan berpaling ke arah meja itu. Afizah?Ya Allah.Rindunya.
 
       Tanpa disedari muka Zarien telah berubah bentuk.Iwan hanya memandang Anita kerana gadis itu ingin dilamarnya dalam masa terdekat.Effzan pula tak henti-henti memandang Afizah."Hmm,makin cantik!" Puji hatinya.

     "Guys,aku nak pi tandas jap.Nak terkucil." Zarien memberi alasan.Meluat melihat Effzan yang syok merenung Afizah.

        Afizah,Anita,Amiera dan Misha pula tidak menyedari akan kehadiran 3 orang jejaka yang boleh tahan handsome nya.Mereka juga tidak perasan 2 orang jejaka itu sedang memandang ke arah mereka sambil melayan perasaan.

"ADUH,meluat aku meluat eeee!Effzan!jangan harap kau boleh dapatkan Afizah!She's mine!" Zarien melepaskan amarahnya di hadapan cermin tandas itu.

      Mujur tidak ada seorang manusia dalam tandas itu.Kalau diikutkan hatinya,mahu sahaja dia pecahkan cermin tu!Baru puas hati!Zarien mencuci tangan dan muka nya yang sedang panas.Kemudian dia kembali  ke tempat duduknya.Matanya sempat menjeling menyampah dengan Effzan.Nasib tidak disedari Iwan.Kalau sedar?Habislah..

"MISHA,lepas ni kita nak pergi mana eh?" Soal Afizah.

      "Kau nak pergi mana?" Soalan dibalas dengan soalan.

       "Hari ni berapa hari bulan?" Soal Afizah kembali.

       "20 November 2017." Jawab Misha sambil mengerutkan dahinya. Apahal minah ni?dah nyanyuk ke?

        "Yes!" Jerit Afizah kegembiraan.

     Misha,Amiera dan Anita saling berpandangan.So weird!

        "Kau ni dah apahal?Wayar otak dah putus?" Sindir Amiera.

          "Memang wayar otak aku dah putus.Aku nak pergi ke tempat dimana ada promotion. Murah-murah lagi tau!" Selamba sahaja Afizah berkata.

        "Oh,aku dah tau.Budak ni nak pergi ke kedai buku kat level 4 tu.Hari ni ada pesta buku akhir tahun.Macamlah korang tak kenal dengan Si Afizah.Kalau boleh dia nak borong habis kedai buku tu." Perli Misha.

Amiera hanya mengangguk manakala Anita hanya membuat muka blur.

      "Matlab?" Tanya Anita menggunakan bahasa hindi.

       "Bahasa apa kebenda kau guna ni?mana aku tau matlab tu apa?" Marah Misha.Al maklum Misha ni bukan peminat tegar hindustan.Yang minat tahap gaban tu Anita dan Afizah.Amiera pula tak minat sangat film hindustan ni.

     Amiera dan Afizah hanya ketawa mengekek-ngekek.Lucu dengan telatah dua orang rakannya yang sedang berdebat.

       "Aku guna bahasa hindi.For your information, 'matlab' means 'maksud'.Ada faham Cik Misha?" Terang Anita berbaur perlian.

     Misha hanya tersengih. "Maksud aku,Si Afizah ni nak borong novel yang ada kat kedai buku tu."

Kini,Afizah menjengilkan matanya.

      "Oooo...Kiranya Fizah ni hantu novel lah katakan?" Sampuk Amiera.

"Ya!" Balas Misha.

        "Ek eh!dah sudah mengumpat pasal aku.Jom blah! Aku nak beli novel.pastu balik." Afizah menukar topik. Mereka yang lain hanya tersengih bagai kerang busuk.

     Tanpa mereka sedari,seseorang telah mendengar butir bicara mereka lalu mengikut langkah empat sekawan itu.

Hye hye! Korang rasa kan...siapa yang mengendap 4 sekawan bff tu?korang fikir dulu antara 3 orang lelaki tadi.Korang standby tomato,kalau tekaan korang salah,sedia baling ke Elys ye..hahahaha..😂😂Kalau betul jangan baling.

Enjoy ya!stay tuned.
Sorry english elys mendarat ke tngh laut.
Nanti malam elys update lagi tapi elys tak janji.peace.✌

    

Cintaku Miss PrettyWhere stories live. Discover now