1

354 23 0
                                    


"Kai!!!, bangun pergi sekolah!" laung Chen iaitu Kim Jong Dae kepada kai iaitu Kim Jong In.

"Hyung, awal lagi lah. Baru pukul 6:00 pagi" balas Kai yang masih lagi menutup mata dengan rapat sambil tangannya menarik selimut liat untuk bangun.

Chen yang melihat adik bongsunya itu terus mengeluh panjang. Dia terus menggocangkan tubuh Xiumin iaitu abang sulungnya di sebelah dia sahaja. Xiumin membuka mata dengan malas dan melihat ke arah Chen.

"Wae?? Kenapa kejutkan hyung?" tanya Xiumin.

"Tu adik kesayangan hyung liat nak bangun tak nak pergi sekolah. Berapa kali dah Chen kejutkan dia" keluh Chen di depan hyungnya.

Xiumin bingkas bangun menuju ke arah Kai di sebelah Chen. Dia menarik selimut ke paras dada Kai dan menepuk lembut badan adiknya.

"Kai ah, ireona ppali. Kai kena pergi sekolah. Jangan malas macam ni. Kesian dekat omma dan appa. Sedih dia tengok Kai malas nak pergi sekolah" kata Xiumin dengan lembut di tepi telinga Kai seakan berbisik.

"Eung.. Betul cakap Xiumin hyung tu. Dah tu bangun mandi ok?" kata Suho hyung kedua Kai yang baru keluar dari tandas.

Kai dengan malas terus bangun dan menyepak selimut dengan kasar. Tingkah laku Kai dilihat oleh tiga hyung di hadapannya. Mereka memandang sesama sendiri setelah melihat adik mereka mengamuk.

Bbbaanng!!!

Pintu tandas dihempas dengan kuat oleh Kai. Ketiga-tiga hyungnya sudah masak dengan perangainya setiap hari yang malas ke sekolah dan keputusan peperiksaannya selalu merosot. 

*******

Suho melemparkan senyuman kepada Kai yang sudah berpakaian kemas memakai uniform sekolah. Xiumin dan Chen mengikutnya dari belakang.

"Makanlah. Lepas tu Chen hyung hantar Kai ke sekolah" kata Suho dengan senyuman tak lekang di bibirnya.

Kai terus menarik kerusi terus melabuhkan punggunya untuk duduk. Tangannya segera mencapai roti di depan matanya dan memakannya dengan perlahan. Riak mukanya jelas menunjukkan tidak puas hati kerana setiap pagi, sarapan yang sama yang dihidangkan oleh hyung-hyungnya.

"Cikgu mintak yuran sekolah! Kai sorang je tak bayar lagi. Bagi la duit! Malu Kai tahu tak?!" bentak Kai menampar meja makan membuatkan hyungnya tersentak.

Xiumin tunduk memandang lantai. Begitu juga Chen hanya diam membisu memandang Xiumin. Suho pula senyum paksa melihat Kai sebelum memulakan bicara.

"Cakap dekat cikgu, nanti Kai bayar lah. Hyung tak ada duit lagi. Duit yang ada pun cukup untuk makan minum kita je, Kai. Dengan perubatan omma dan appa.

Kai yang bengang dengan alasan itu menarik muka meraup wajahnya berkali-kali. Geram dengan kata-kata Suho hyung yang sama setiap kali meminta duit untuk membayar yuran sekolah.

"Kai yah, nanti hyung cari kerja untuk bayar yuran Kai ya? Bagi hyung masa" pujuk Xiumin sambil memegang bahu Kai.

Kai menepis tangan Xiumin di bahunya. Perasaan sakit hati dan marah dengan hyungnya bertiga. Dia sudah muak dengan kemiskinan keluarga ini. Chen yang melihat Kai terus dia menyeluk poket seluarnya mengeluarkan sedikit wang lalu dihulurkan kepada Kai.

"Ni hyung ada sikit je duit ni. Cukup lah tu untuk bayar yuran kan? Kalau tak cukup, nanti hyung tambahkan. Bayar la ansur-ansur dulu" kata Chen .

Kai terus mengambil wang tersebut di tangan Chen. Lalu, segera dia memakai kasut untuk ke sekolah. 

"Chen hyung,  tak payah hantar Kai. Kai jalan kaki je. Buat malu je orang tengok pakai motor buruk tu" kata Kai kepada Chen. 

*******

[ON GOING] Kim BrothersWhere stories live. Discover now