18

127 15 1
                                    


********

Secawan air yang terhidang di atas meja betul-betul di depan mata, langsung tidak disentuh oleh Amber. Dia terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Krystal. Helah Krystal untuk mengenakan orang lain dalam halnya ini langsung tidak masuk akal bagi Amber.

Dia berkali-kali menggelengkan kepalanya tanda tidak setuju dengan rancangan Krystal itu. Dia pula seperti mati akal ketika ini memikirkan masalah sahabat baiknya yang melibatkan maruah. Dia meramas rambutnya sambil menggigit bibir bawahnya sekali. Dia tahu, Krystal tertekan kerana kesucian mahkota dirinya diragut oleh sekumpulan namja berkenaan.

Kini dia pula terlibat dalam hal Krystal. Dia perlu menyimpan rahsia ini daripada diketahui oleh orang lain. Dia sesal kerana dia Krystal menjadi mangsa rogol. Amber hanya mendongak melihat Krystal seperti separuh gila di depannya. Dia menghela nafas berkali-kali.

"Waitt.. Dengar sini babe. Kita tak patut libatkan orang lain dalam hal ni. Tak baik! Apa yang kau nak buat tu salah, Krystal!" bantah Amber sekeras-kerasnya. Dia menghentak tangan di meja kecil itu. Biji matanya membulat memandang Krystal tanda protes.

"Dah tak ada cara lain dah, Amber! Nanti unnie aku tahu! Mana aku jawab kalau unnie aku tanya?! Siapa nak tanggung anak ni nanti?! Mana aku nak letak muka depan kawan-kawan yang lain..." ayatnya dibiarkan tergantung. Dia tidak sanggup meneruskan kata-katanya lagi. Kini Krystal mula mengalirkan air mata.

"Aku faham tu. Tapi, soal kau cakap tadi tu, memang aku tak setuju! Kesian orang lain yang tak bersalah tu Krystal!! Terus-terang jelah kan lebih baik. Daripada merumitkan lagi keadaan" bantah Amber lagi. Kini kedengaran nada agak rendah kerana terselit satu nasihat di situ.

Krystal memandang kosong wajah Amber. Pandangan itu kemudian dialihkan memandang ke tempat lain. Terdiam sahaja mulutnya terkunci tanpa bersuara membalas kata-kata Amber tadi dalam keadaan cuba menahan tangisan. Dia menarik nafas dengan dalam. Wajahnya mula berubah.

"Kau tahu? Ada satu lagi news yang aku perlu bagi tahu kau Amber!.."

Berkerut wajah Amber mendengar Krystal bersuara. Dia meletakkan kedua-dua tangannya di kepala. Dia akan menjadi pendengar setia masalah Krystal lagi.

"Apa dia?"

"Namjoon tarik aku waktu aku nak masuk kelas. Dia sempat cakap, yang unnie aku, ada pinjam wang dari dia.. Dan dia cakap lagi... Hiiikksss.."

Ternganga mulut Amber menantikan kata-kata Amber yang seterusnya. Dia sudah merasakan pasti akan berlaku perkara buruk pada unnie Krystal ini. Kalau tidak, mana mungkin Krystal sebak menceritakan hal ini.

"Dia kata lagi, yang unnie aku dah tak suci! Namjoon memang jantan tak guna, Amber!!! Tak guna!" Krystal teriak sekuat mungkin dan mencapai cawan di depan matanya dan dilempar jauh ke arah dinding. Kuat sekali bunyi cawan itu jatuh berkecai.

Amber kaku di tempat duduknya tidak berganjak. Terkejut sekali mendengar luahan sahabat baiknya ini. Dia bersimpati atas apa yang berlaku. Namun, dia tiada kuasa untuk memutarkan balik masa di dunia ini. Wajahnya berubah seperti menahan marah.

"Aku tak sangka dorang tu manusia durjana! Dia mesti ada terlibat dengan sindiket. Kalau tak, mana dorang nak ada duit! Kita lapor hal ni pada polis. Kita jangan diam! Aku akan stay sini, dan tunggu unnie kau balik.. "

*********

Chanyeol turun malas dari katil kerana terdengar loceng rumahnya berbunyi. Matanya sembap kerana masih lagi mengantuk. Dia menguap berkali-kali dan membuka pintu dengan cermat.

"Channn ahhh!!!.. Bagi aku masuk"

Terkebil-kebil sekali Chanyeol melihat sahabat baiknya ini mengejutkannya dengan jeritan sebegitu. Tidaklah terlalu kuat, cuma suara manjanya yang dibuat-buat. Siapa lagi kalau bukan Baekhyun. Kerana malas bertekak, Chanyeol melangkah ke biliknya semula meninggalkan Baekhyun di situ seorang diri.

[ON GOING] Kim BrothersWhere stories live. Discover now