13

163 14 0
                                    


*******

"Apa susah sangat nak angkat call Suho nih! Kai angkat tak?" soal Xiumin.

"Tak, hyung." balas Chen.

Xiumin mengeluh berkali-kali. Dia mundar-mandir di situ cuba berkali-kali menelefon Suho. Setelah beberapa minit, dia terus mencapai kunci kereta dan meninggalkan Chen di situ.

"Biar hyung pergi hospital dulu. Chen tunggu dorang balik"

"Okayy hyung. Hati-hati tau".

********

"Kau tahu tak Kai?! Masa kau tak datang sekolah kan, ada seorang yeoja ni langgar aku. Cantik weh dia. Tapi dia senior kita" kata Sehun teruja sambil tangannya berkali-kali memukul bahu Kai.

Kyungsoo memutarkan bola matanya melihat Sehun. Menyampah mendengar Sehun bercerita pasal yeoja yang melanggarnya. Hari ini, dia memberitahu pada Kai pula. Kai melihat Sehun atas bawah.

"Yeoja? Nama dia?" soal Kai selamba.

"Irene. Kalau tak silap la. Irene rasanya" balas Sehun tersengih.

Kai hanya mengangguk melihat Sehun. Matanya kuyu riak seperti mengantuk. Sehun menepuk tangannya di depan muka Kai. Terkejut Kai dengan tepukan tangan Sehun.

"Mwo?! Aku mengantuk lah. Semalam aku tak tidur lena sangat" kata Kai perlahan.

"Kesian kau. Habis tu esok tak datang sekolah lagi lah?" soal Kyungsoo.

"Tak tahulah. Kalau aku tak datang, nanti Xiumin hyung marah pulak" balas Kai.

"Oh.. Rehat jelah sehari. Cakap dekat Xiumin hyung elok-elok. Dia faham punya" cadang Sehun.

"Kai. Tahu tak, kelas kita ada pelajar baru masuk. Kurang ajar lah dorang tu" celah Kyungsoo.

"Emm! Betul tu. Selamba badak je dia masuk kelas kita. Tak ada nak tunduk hormat ke apa. Lepas tu boleh pulak duduk tempat kau. Tak ada nak tanya dulu tempat tu ada orang ke tak" kata Sehun laju seperti rap pula.

"Lepas tu dia duduk tempat aku lagi lah?! Berapa orang?" soal Kai

"Empat. Kan Kyungsoo? Tak. Aku halau dia dah" balas Sehun tersenyum.

Kyungsoo mengangguk sahaja mengiyakan kata-kata Sehun.

"Kai, kau dah makan ke? Kalau belum, jom lah kita makan sekali. Sehun belanja" kata Kyungsoo tiba-tiba.

Membulat mata Sehun mendengar ayat Kyungsoo. Dia mengecilkan matanya melihat Kyungsoo. Kyungsoo pula menahan gelak melihat Sehun. Kai terkebil-kebil memandang mereka berdua.

"Makan dah. Makan roti je" balas Kai.

"Erm Kai.. Aku nak cakap sikit. Sebelum tu aku nak minta maaf kalau apa yang aku cakap ni salah" celah Sehun.

"Apa dia?"

********

Suho berjalan seorang diri di kaki lima sambil tangannya menyeluk poket seluar. Dia mengeluarkan handphone dan menyapu skrin handphone miliknya. Dia mengeluh melihat banyak missed call  oleh Xiumin.

"Apa lagi dia nak. Banyak kali call aku. Dah lah banyak barang aku pegang ni! Menyusahkan je hyung ni. Hyung sulung tapi tak reti nak jaga adik-adik" bebel Suho perlahan.

Sedang dia berjalan di situ, dia terpandang satu iklan yang menarik perhatiannya. Langkahnya terhenti dan membaca iklan tersebut yang di tampal di tiang. Dia seperti berfikir dan mengeluarkan semula handphonenya.

------------------------------------------------------
 

                                 😉😊😉

[ON GOING] Kim BrothersWhere stories live. Discover now