15

163 14 0
                                    


********

Setelah selesai memakai uniform sekolah, Kai membuka pintu dan mencapai beg sekolahnya. Dia melangkah ke arah ruang tamu dan terlihat Suho sedang tidur di atas sofa. Kai menghampirinya dan menepuk badan namja itu dengan perlahan.

Suho merengek kecil dan cuba membuka matanya sedikit. Dia masih lagi menguap dan badannya terasa letih. Dia cuba bangun perlahan-lahan membetulkan posisinya sedikit di atas sofa tersebut. Kai pula mengambil tempat duduk di sebelah hyungnya itu.

"Hyung, ambil lah duit ni untuk makan. Sekali dengan Chen dan Xiumin hyung. Duit ni Sehun dan Kyungsoo bagi. Kai tolak, tapi dorang tetap bagi jugak" kata Kai sambil memaut leher Suho.

"Tak apa lah Kai. Duit tu ambil dekat Kai ya. Hyung dah ada duit. Dah pergi sekolah cepat. Chen hyung mana?" balas Suho yang mencari kelibat Chen.

"Mana hyung dapat duit?" soal Kai hairan.

"Ada lah. Jangan bagi tahu Xiumin hyung tau. Janji kita dah ada duit sekarang. Cukup lah untuk makan minum kita" kata Suho terus berlalu pergi melangkah ke arah biliknya.

"Hah!! Kai yah! Jom lah hyung hantar" celah Chen yang muncul tiba-tiba.

"Alah.. Naik motor lagi ke? Hantar lah Kai dengan kereta pula" balas Kai seperti merengek.

"Kalau kereta tu Chen hyung punya, hyung dah hantar dah Kai dengan kereta tu. Masalahnya kereta tu Xiumin hyung punya" balas Chen perlahan .

"Kalau macam tu tak payah lah hantar Kai!"

Pintu di hempas kuat oleh Kai. Terhinjut bahu Chen terkejut dengan perbuatan adik bongsunya. Dia mengeluh berat dan memasukkan semula kunci motornya di dalam poket. Chen masih lagi tercegat di depan muka pintu. Dia merasa dirinya rasa serba salah dan jelas riak wajahnya bertukar sedih. Terasa dengan perangai Kai.

Bunyi pintu dihempas tadi menyedarkan Xiumin di dalam bilik. Dia bangun dari tidurnya dan mengesot selimutnya di tepi. Dia mengaturkan langkah ke ruang tamu dengan muka bengis.

"Ni mesti Kai buat hal lagi!"

Chen berpaling ke belakang mendengar tapak kaki seseorang sedang menghampirinya. Chen mula mengeluh dan dia tahu Xiumin tersedar kerana perbuatan Kai tadi. Dia pasti Xiumin akan menyoalnya mengenai Kai.

"Kai ke yang hempas pintu? Mana dia?" soal Xiumin berlagak tenang tapi dalam hatinya menggelegak ingin marah.

"Ya, Kai. Sabarlah hyung. Chen minta sangat.. Sudah lah jangan marah. Chen tahu hyung nak marah kan. Kai jadi macam tu pun sebab dia tak boleh terima kenyataan nasib family kita sekarang ni" balas Chen panjang lebar.

Dia mengorak langkah ke bilik Suho meninggalkan Xiumin keseorangan.

"Chen tolong belikan makan boleh? Ni duit" arah Suho pada Chen.

"Ya lah. Tapi mana hyung dapat duit ni?"

"Tak payah lah tanya. Janji hyung bukan mencuri" balas Suho memejamkan matanya.

"Hyung dah dapat kerja?" soal chen teruja.

"Hmmm"

********

Batu-batu kecil disepak kasar oleh Kai sambil kedua-dua tangannya ke dalam poket seluar. Perlahan sahaja pergerakannya melangkah ke depan. Bunyi keluhan berkali-kali sering keluar dari mulutnya seakan melepaskan segala tekanan yang ada.

Wajah sugul namja itu menarik perhatian seorang yeoja yang memerhatikannya dari arah depan. Kai tidak perasan dengan tatapan mata yeoja tersebut padanya kerana dia berjalan menundukkan kepala seperti seorang rendah diri. Semakin lama, semakin dekat jarak mereka berdua.

[ON GOING] Kim BrothersWhere stories live. Discover now