2

207 18 0
                                    

"Omma, appa. Jom pergi hospital. Omma dan appa sakit teruk ni" kata Xiumin dengan risau.

Dia segera memaut lengan appanya. Manakala Suho pula memaut lengan ommanya membantu mereka untuk bangun. Chen segera mengambil kunci kereta.

"Ppali Chen. Omma appa sakit ni. Jom kita pergi sekarang" arah Xiumin

"Macam mana dengan Kai? Nanti dia balik tak ada orang dekat rumah nanti. Mengamuk pula dia" kata Chen risau dengan kepulangan dongsaengnya nanti.

Suho mundar-mandir memikirkan sesuatu. Dia buntu sekarang ini keadaan yang agak kelam-kabut menyerabutkan fikirannya. Dia terus mengibas tangannya ke udara sambil Xiumin dan Chen melihatnya.

"Pergi lah. Chen pergi dengan Xiumin hyung. Biar hyung stay dekat rumah ni. Tinggu Kai balik. Nanti hyung pergi hospital dengan Kai" kata Suho termengah-mengah.

"Okay hyung. Kami pergi ya" .

Suho mengangguk dan terus masuk ke dalam rumah semula. Dia mengeluh kerana risau apa pula yang berlaku kepada omma dan appanya nanti. Terbit perasaan sayu di hatinya sekarang ini. Pilu hatinya apabila memikirkan kos perubatan kedua ibu bapanya yang tidak dapat ditanggung oleh mereka bertiga.

"Kesian Xiumin hyung. Dongsaeng kami kai Chen dan Kai. Chen terpaksa kerah tenaga cari kerja siang dan malam. Kai pula tak dapat bayar yuran tambah pula tak mampu nak bayar kos perubatan omma dan appa" kata Suho sendirian matanya memandang lantai.

Tiba-tiba air matanya menitis laju. Dia menekup mukanya dengan kedua belah tangan menahan sebak.

Kkreeaak..

Bunyi pintu dibuka seseorang. Suho memandang sekilas ke arah pintu rumahnya. Di segera mengalih mukanya menutup kesedihan di depan Kai. Dia terus senyum menyambut kepulangan Kai. Dia tidak mahu menunjuk riak wajah risau di hadapan adik kesayangannya.

"Wae!! Mana semua orang? Mata hyung merah kenapa?" tanya Kai memandang Suho dengan dahi yang berkerut.

"Chen dengan Xiumin hyung kamu hantar omma dan appa ke hospital. Appa sakit sesak nafas. Omma pula makin teruk. Penyakit stroknya datang balik" balas Suho sayu.

Terbit wajah sayu Kai mendengar penjelasan Suho. Walaupun dia seorang adik yang agak nakal dan malas, dia masih ada rasa sayang dengan omma dan appanya. Sebak juga di hati Kai mengingatkan kembali peristiwa hitam melanda mereka sekeluarga.

Kemalangan jalan raya yang parah melanda mereka sekeluarga semasa mereka ingin bercuti ke Busan. Kemalangan itulah yang menyebabkan omma dan appanya sakit. Dan serta merta syarikat milik omma dan appanya muflis kerana waktu itu ibu bapa mereka tidak sedarkan diri.

Disebabkan kejadian itu jugalah ketiga-tiga hyungnya hilang kerja. Suho, Xiumin dan Chen hyung bekerja di syarikat omma dan appa ketika itu. Sejak syarikat milik ibu bapanya muflis, mereka menjadi penganggur semula. Kerja pun tidak tentu.

Sehingga sekarang, mereka terpaksa mengharungi dugaan yang berat yang terpaksa dilalui empat beradik ini. Kini, ommanya mengalami penyakit strok yang boleh menyerang dengan tiba-tiba sahaja. Manakala appanya pula mengalami sesak nafas dan lumpuh.

Kai memejamkan matanya menghembus nafas kasar. Dia mengalih matanya memandang Suho hyung di depannya. Dia melihat Suho menangis teresak-esak menekup muka kedua-dua belah tangan.

"Sudah hyung. Jangan risau. Ni dugaan kita. Selama ni kita hidup mewah sangat. Sampai apa yang kita nak pun kita ambil je. Yang tak nak pun kita rembat. Mewah sangat hidup kita dulu" kata Kai dengan lembut.

Jarang sekali Kai memujuk hyungnya dengan kata-kata sopan. Suho memandang Kai seakan tidak percaya Kai berkata begitu kepadanya. Makin menambah sebak di dadanya. Dia terus memeluk Kai dengan erat.

[ON GOING] Kim BrothersWhere stories live. Discover now