3

197 19 2
                                    

Di Sekolah

"Ppaliii masuk kelas!! Loceng dah bunyi tu. baekhyun!!! Yahh! Ppalii!" laung Chanyeol di pintu tandas memanggil Baekhyun.

Baekhyun yang kelam-kabut itu terus ke sinki untuk membasuh tangan dan segera Chanyeol menariknya ke kelas. Mereka takut kalau didenda oleh guru mereka nanti. Sudahlah sekarang waktu belajar Matematik. Guru Jongkook yang mengajar.

Baekhyun dan Chanyeol menghela nafas lega apabila melihat kelas masih belum didatangi cikgu Jongkook. Mereka segera ke tempat duduk masing-masing. Selang beberapa minit, cikgu Jongkook masuk ke dalam kelas.

"Nasib sempat. Kalau tak, kena lari padang lagi la jawabnya. Kau ni pun satu pagi-pagi lagi dah sakit perut. Makan banyak sangat!" bebel Chanyeol kepada Baekhyun.

"Yelah,  yelah.. Aku sakit perut nak buat macam mana. Kau pun pernah macam tu" balas Baekhyun menjeling Chanyeol tidak puas hati.

BBBBAAMMM!!!

Cikgu Jungkook menghempas buku teks di atas mejanya menyebabkan semua pelajar di kelas 6-1 itu tersentak termasuk Baekhyun dan Chanyeol. Mereka masing-masing menelan air liur. Muka bengis gurunya di tatap dengan berani walaupun takut.

"Cikgu kecewa dengan prestasi markah Matematik kamu semua. Kelas 6-1 ni kelas yang paling cerdik! Paling pandai. Sepatutnya semua pelajar dapat markah tinggi. Tapi semua ramai dapat gred C & gred B sahaja! Gred A tiada siapa yang dapat" bebel cikgu Jongkook di hadapan semua pelajar.

"Dia mula dah.." bisik Baekhyun di telinga Chanyeol

"Kau diam sebelum dia perasan. Karang tak pasal-pasal kena denda" balas Chanyeol dengan perlahan tapi dapat didengar oleh chingunya.

Belum sempat gurunya menyambung bebelannya, bunyi ketukan di pintu membuatkan semua mata memandang ke arah 4 pelajar namja tersebut. Baekhyun menjongket sedikit kakinya untuk melihat dengan jelas 4 pelajar namja tersebut.

"Oh.. Sila masuk semua. Pelajar baru kan? Sila perkenalkan diri" kata Cikgu Jongkook.

Mereka berempat terus memulakan langkah masuk ke dalam kelas itu. Suasana hening dan semua pelajar diam sahaja ketika ini. Hanya mata mereka sahaja yang masih memandang susuk tubuh empat orang pelajar baru.

"Annyeonghaseyo! Zhang Yixing imnida"

"Annyeonghaseyo! Wu Yi Fan imnida"

"Annyeonghaseyo! Huang Xi Tao imnida"

"Annyeonghaseyo! Xi Lu Han imnida"

Semua pelajar menepuk tangan menyambut kedatangan empat pelajar baru dengan baik. Empat pelajar baru ini berasa senang sekali apabila semua mereka baik-baik belaka. Tiada seorang pun menunjukkan tingkah laku yang nakal.

"Ok semua. Ni pelajar baru. Cikgu harap kamu dapat berkawan dengan mereka. Jangan ada gaduh dan sebagainya ya. Ingat pesan cikgu. Dah boleh ambil tempat masing-masing. Tu di sebelah kiri masih kosong.  Duduklah" kata Cikgu Jongkook dengan lembut.

"Nae!  Kamsahamida"

Mereka ke tempat duduk masing-masing yang kosong di situ.

"Mereka ni pelajar terbaik dari China. Jadi mananya kamu semua ada pesaing yang baru lagi hebat di sini. Makin banyak cabaran yang kamu kena hadap. Ingat! Kamu pelajar senior. Peperiksaan akhir akan bermula tak lama lagi" kata Cikgu Jongkook.

Semua mata terbeliak mendengar kata-kata cikgu Jongkook. Ada yang mulut ternganga.  Ada yang memandang sesama sendiri dan juga ada yang menelan air liur. Baekhyun mengeluh berat. Chanyeol pula hanya senyum lebar memandang Baekhyun.

[ON GOING] Kim BrothersWhere stories live. Discover now