12

166 12 0
                                    


********

"Kenapa Kai cakap macam tu? Kai kena sekolah. Pedulikan kata-kata Xiumin hyung tu. Dia stress sebab kena buang kerja. Jangan ambil hati" kata Suho menenangkan hati Kai.

"Nae. Betul cakap Suho hyung. Kai sekolah lagi mana boleh kerja. Jangan sedih sebab Xiumin hyung cakap macam tu. Kai masih lagi ada Suho dan Chen hyung" sambung Chen pula.

"Amboi. Mengumpat hyung ke?"

Satu suara kedengaran di telinga mereka. Susuk tubuh seseorang berdiri betul-betul di hadapan mereka. Terkaku mereka bertiga di situ. Masing-masing tunduk memandang lantai. Wajah tiga beradik begitu takut dan tidak berani membuka mulut di depan hyung sulungnya itu.

Xiumin tersenyum sinis memandang mereka. Satu gelas di atas meja di capai dan meminum air di dalam gelas itu sampai habis. Membulat mata Suho melihat Xiumin dengan tindakan hyungnya itu. Lalu Xiumin pergi meninggalkan mereka begitu sahaja.

"Nanti dulu Xiumin hyung. Air tu Chen yang punya. Tapi hyung minum sampai habis. Kalau ya pun tinggal lah sikit untuk dia! Kita abang. Dorang adik!" marah Suho.

Terhenti langkah Xiumin mendengarnya. Dia menoleh ke belakang dan kini mengadap Suho. Chen dan Kai pula berpandangan dan Chen meletakkan jarinya di mulut menyuruh Kai diam.

"Salah ke hyung minum? Pasal air pun kau nak bising-bising? Air ada lagi lah dalam peti tuh!" marah Xiumin pula pada Suho.

"Ada lagi hyung cakap? Hyung tahu apa! Hyung langsung tak kisah dan tak nak ambik tahu pasal makan minum adik-adik! Dalam peti tu dah tak ada apa dah! Adik cuma ada tiga orang tapi tak reti nak jaga!" hembur Suho.

"Apa masalah kau sekarang ni hah?! Suka kan cari pasal dengan aku. Kalau pasal air tadi kau nak marah-marah aku, ok fine!!! Nanti aku ganti lah!" teriak Xiumin.

Pertengkaran dua beradik ini menyedihkan Chen. Dia mengeluh berat melihat dua hyungnya bergaduh oleh kerana hal yang kecil. Suho terlalu manjakan adik-adiknya. Lain pula dengan Xiumin, yang selalu bersikap tegas tidak kira situasi.

"Sudah hyung. Cukuplah bergaduh. Tak apa lah Suho hyung. Pasal air tu lupakanlah. Chen dah minum sikit tadi" kata Chen ingin meleraikan pergaduhan.

"Annyeonghaseyo! Ada orang tak?!

Kedengaran sayup-sayup suara namja di luar rumah. Kai yang seperti kenal dengan suara itu terus ke muka pintu rumahnya. Tersenyum lebar Kai melihat dua chingu baik mereka datang melawatnya. Iaitu Kyungsoo dan Sehun.

"Masuk lah" pelawa Kai.

"Nae. Kamsahamida"

Kyungsoo dan Sehun masuk ke dalam rumah Kai dan menunduk hormat di depan Xiumin, Suho dan Chen. Suho dan Chen melemparkan senyuman yang manis pada dua chingu adik bongsu mereka. Manakala Xiumin senyum tawar sahaja.

"Duduklah. Hyung ada kerja sikit" kata Xiumin pada mereka dan berlalu pergi.

"Sunbae nim.. Lama tak jumpa. Apa khabar?" tegur Sehun ke arah Suho dan Chen.

"Oh.. Kami sihat. Baik-baik je" balas Suho.

"Maaf lah Kyungsoo, Sehun. Kami tak hidangkan apa-apa dekat korang semua. Tak sempat kami belikan apa-apa" celah Chen.

"Tak apa hyung. Kita orang datang ni pun cuma nak jumpa Kai. Dia tak datang sekolah hari ni" balas Kyungsoo dengan sopan.

"Kai, kenapa tak datang sekolah?" soal Sehun menyiku badan Kai .

"Omma aku meninggal. Mianhae aku tak sempat bagitahu dekat korang" balas Kai perlahan.

Terkejut Kyungsoo dan Sehun mendengar jawapan Kai. Rasa bersalah pula di hati mereka. Mereka menepuk-nepuk belakang Kai menenangkan sahabat baiknya ini.

[ON GOING] Kim BrothersWhere stories live. Discover now