14

178 13 0
                                    


********

"Kita orang dengar masa Xiumin hyung dan Suho hyung gaduh dalam rumah kau tadi. Korang ada masalah kewangan kan?" soal Kyungsoo mengambil berat pada Kai.

Dia menatap mata Kai dengan dalam dan membiarkan jaraknya dekat dengan Kai. Dia memberi ruang kepada Kai untuk membuka mulut sambil Sehun melihatnya dengan perasaan simpati.

"Eungg.. Masalah kewangan sebab hyung aku kena buang kerja" Kai bersuara setelah beberapa saat mendiamkan diri.

Dia menundukkan pandangannya sayu. Kyungsoo memegang bahu Kai untuk memberi semangat. Sehun yang jaraknya agak jauh dengan Kai kini menghampiri ke arah chingu baiknya. Kai berada di tengah-tengah Kyungsoo dan Sehun.

"Sabar. Kita orang ada bila kau susah. Sekarang jom makan. Aku belanja kau" kata Sehun lembut dan memberi senyuman yang manis.

"Aniya. Aku dah suruh Suho hyung beli makanan. Aku guna duit aku. Ada sikit je lagi" balas Kai perlahan.

"Oh. Tapi tak apa lah. Ambil lah duit ni. Aku bagi" kata Kyungsoo lembut.

Kai menjadi serba salah untuk mengambil wang yang dihulur oleh Kyungsoo. Dia menggelengkan kepala tanda tidak dapat menerima wang itu. Walaupun mereka sudah lama berkawan rapat. Dia berasa dirinya kerdil dan sangat malu jika menerima wang tersebut.

Walaupun begitu, Kyungsoo tetap berdegil memaksa Kai menerima wang yang diberinya. Dia meletakkan wang tersebut ke dalam poket baju belah kanan Kai. Sehun yang melihat Kai ingin bagi semula wang itu terus menghalang tangan Kai.

"Dah.. Ambil je duit ni. Aku dengan Kyungsoo bagi. Kita orang ikhlas. Duit bagi dekat hyung kau. Untuk makan minum pagi esok" kata Sehun.

"Aniya. Aku malu.. Aku menyusahkan korang je kan? Tak payah la bagi duit dekat aku. Nak buat macam mana nasib family aku sekarang sesak. Bukan macam dulu" balas Kai rendah diri.

"Aishh kau ni melebih pulak. Tak payah lah sedih-sedih. Ambik je. Jangan merepek sangat" kata Sehun selamba.

Kyungsoo hanya tergelak kecil melihat Sehun selamba sahaja berkata begitu pada Kai. Mata Kai berkedip saja menatap muka Sehun dan melemparkan senyuman tawar padanya.

"Ok lah. Aku balik dulu. Terima kasih tau untuk duit ni"

"Okay sama-sama. Esok kau pergi sekolah tak?" soal Kyungsoo bersuara garau pula.

"Pergi lah.."

********

Taeyeon diam sahaja berada dalam kereta tanpa mengeluarkan sepatah perkataan menegur Baekhyun. Baekhyun hanya senyum manis ke arah Taeyeon sekilas. Dia mencuit hidung Taeyeon membuat Taeyeon berdecit.

"Ttcch.. Apa? Nak pergi mana ni? Bagi tahu lah. Berapa kali dah sayang tanya kan?" akhirnya Baekhyun berjaya membuat Taeyeon bersuara.

"Alaa. Tak pergi mana pun. Teman oppa pergi rumah Chanyeol je. Nak jumpa dia kejap" balas Baekhyun tak lekang dengan senyumannya.

"Apa salah bagi tahu dari awal tadi?" soal Taeyeon berkerut dahinya.

"Okay.. Mianhae. Tu pun nak marah ke? Nak sampai dah ni. Senyum lah sikit" balas Baekhyun bersahaja.

Taeyeon menarik muka tidak mahu melihat Baekhyun. Bukan ingin merajuk melebih, tetapi kadang-kadang geram juga dengan perangai Baekhyun yang tak pernah serius.

"Dah sampai!"

Setelah beberapa minit memandu, mereka telah sampai di rumah Chanyeol. Baekhyun terus memasukkan keretanya ke dalam garaj rumah Chanyeol. Belum sempat Taeyeon ingin membuka tali pinggang, Baekhyun terlebih dahulu pantas membukanya. Dia mencubit lembut pipi Baekhyun sebelum membuka pintu kereta.

[ON GOING] Kim BrothersWhere stories live. Discover now