5

170 14 0
                                    

"Oh My God!!! Baekkk!! Kau buat ape ni??! Apa ni? Ni rumah aku tau. Nak buat anak pun, jangan dalam bilik aku. Aku baru tinggal korang dua sekejap korang dah panaskan badan" kata Chanyeol tersengih memandang Baekhyun.

"Aaiishh.. Sibuk lah kau ni" keluh Baekhyun

Taeyeon hanya diam tertunduk malu. Segan mengangkat muka memandang muka Chanyeol. Lupa pula sekarang dia berada di rumah Chanyeol bukan hotel atau port yang sesuai. Bibirnya mula tersengih mengukirkan senyuman.

"Aippp senyum-senyum apa? Tak puas lagi ke? Ke fikir lebih ni? Aiii teruk betul yeoja chingu Baek ni. Baekkie yah. Pergi lah puaskan dia. Aku keluar. HAHAHAHAH!!" balas Chanyeol ketawa terbahak-bahak.

"Tak kelakar lah bahlol. Lupakan pasal tadi yang kau nampak. Ishh" balas Baekhyun menjeling Chanyeol tanda meluat. Padahal di dalam hatinya malu dengan Chanyeol.

"Kita ni nak study. Tapi korang pulak yang buat eksperimen sains bab empat Tingkatan tiga pulak. HAHAHAHAH!!" kata Chanyeol lagi masih tidak hilang gelak tawanya membahan Baekhyun.

Gelak tawanya dihirau oleh Baekhyun. Dia segera menutup buku-buku di atas meja itu dan terus dimasukkan ke dalam beg sekolahnya. Tindakan Baekhyun diperhati oleh Chanyeol dan terus membuatkan Chanyeol berhenti ketawa.

"Aa--kku gurau je. Jangan serius sangat Baek. Mianhae" kata Chanyeol menunduk di hadapan muka Baekhyun meminta maaf.

"Tak apa. Lagi pun aku nak balik dah lewat petang dah ni. Study pun tak masuk jugak kalau ada yeoja" perli Baekhyun pada Taeyeon.

Wajah Taeyeon berubah masam kerana Baekhyun memerlinya. Dia terus bingkas bangun dan memulas tombol pintu bilik Chanyeol. Baekhyun pula merebahkan badannya ke atas tilam empuk milik Chanyeol.

"Bbaekk.. Tu Taeyeon"  celah Chanyeol memberitahu Baekhyun seakan menyuruhnya memujuk Taeyeon semula.

"Biarkan dia"..

********

"Kai! Dah balik? Makanlah. Hyung dah masak untuk Kai. Tapi sebelum tu, pergi mandi dulu nae?" tegur Suho mengukirkan senyuman pada Kai.

Kai melemparkan beg sekolahnya di atas sofa dengan malas dan terus merebahkan badannya. Matanya dipejam sambil tangannya memicit kepalanya sendiri. Suho menghampiri Kai cuba untuk menegur adiknya yang nampak agak stress sekarang ini.

"Kai yah.. Buka lah kasut tu dulu. Kotor lantai ni. Nanti Xiumin hyung marah" sapa Suho dengan lembut pada adiknya.

Kai hanya celik matanya sekejap dan mengubah posisi baring tubuhnya ke kiri. Keluhan Kai dapat didengar oleh Suho. Suho melihat adiknya dengan wajah yang risau. Dia diam seketika untuk memberi ruang pada Kai untuk berkata sesuatu tapi hampa. Kai hanya diam membisu membelakangi Suho.

"Urrmm. Tak apalah Kai. Biar hyung yang tolong tanggalkan kasut ni" Suho masih lagi bercakap dengan Kai walaupun Kai hanya diam membisu dari tadi.

Ikatan tali kasut Kai dilonggarkan dan terus menanggalkan kasut dan stokingnya sekali. Stoking dimasukkan di dalam kasut tersebut dan diletakkan di atas rak kasut berhampiran pintu masuk rumah.

"Kai yahh.. Ireona... Pergi mandi. Kita pergi hospital pulak nanti. Siap cepat tau. Lepas tu makan" Suho menepuk-nepuk bahu adiknya dengan lembut.

"Eeerrrmmm.." hanya rengekan keluar dari mulut Kai memberi respon tapi dia masih lagi tidur di atas sofa.

Vvvrroomm...

Suho menjenguk ke arah tingkap apabila terdengar bunyi enjin kereta di luar rumahnya. Dia segera berlari membuka pintu. Bunyi pintu kereta seperti ditutup dua kali menyedarkan Kai dari tidurnya.

[ON GOING] Kim BrothersWhere stories live. Discover now