20

233 13 0
                                    


*********

Eunji mengesot ke belakang dinding menangis tersedu-sedu menutup mukanya. Dia terasa jijik dengan dirinya sendiri yang sudah kotor kerana kesuciannya diragut oleh bekas teman lelakinya sendiri yang bukanlah kemahuan namja itu tetapi dipaksa oleh sekumpulan namja durjana iaitu Namjoon dan konco-konconya.

Suho menundukan pandangannya ke bawah dan tak semena-mena air mata jernihnya itu mula turun membasahi pipi. Dia menggelengkan kepalanya dengan perasaan sedih dan hina kerana dipaksa oleh Namjoon melakukan perkara terkutuk itu dengan Eunji. Dia cuba menghampiri Eunji untuk menenangkan gadis yang senasib malang dengannya.

Perlahan-lahan dia menyentuh tangan Eunji dan memeluk bekas teman wanitanya yang selama ini dia abaikan menghilangkan diri dari muncul di hadapan wanita kesayangannya selama ini. Dia menatap sayu mata Eunji yang masih bertakung di tubir mata menampung air matanya yang keluar terlalu laju mengalir di pipi mulusnya. Pandangan mereka bertaut.

"Oppa janji.. Oppa akan bertanggungjawab. Maafkan oppa. Jeongmal mianhae.." kata Suho sebak sambil mengetatkan lagi pelukan di badan Eunji. Air mata Suho membasahi bahu Eunji yang dapat dirasainya.

"Bukan salah oppa.." balas Eunji perlahan yang masih tersedu-sedu menangis. Suho mengesat air mata Eunji berkali-kali dan mengucup dahi Eunji dengan lembut.

"Oppa rindu.. Maafkan oppa hilangkan diri selama ni. Keluarga oppa terlibat dalam kemalangan" katanya dengan penuh rasa bersalah. Dia mencium tangan yeoja kesayangannya itu berkali-kali.

"Oppa janji, oppa tak akan tinggal sayang lagi. Dan oppa akan bertanggungjawab setelah apa yang oppa buat ni.." sambungnya lagi.

"Hheii!!!"

"Sambung projek lagi ke?" kata Jimin sambil tersenyum nakal mengalihkan pandangannya ke arah rakannya yang lain.

"Hahahaha!!" semua yang berada di situ ketawa geli hati mendengar ayat dari Jimin kecuali Suho dan Eunji.

"Ketat peluk nampak.." celah Jungkook yang memerhati perlakuan dua pasangan itu di depan matanya.

"Lantak kau lah nak buat apa pun lagi. Tapi yang pasti, jangan ingat hutang korang dah langsai!" jerkah Suga tiba-tiba mendekatkan mukanya ke arah Suho dan Eunji. Pistol ddiangkat dan diacu ke arah mereka. Sengaja dua berbuat begitu untuk mengacahnya.

"Aku bagi korang tempoh dua minggu selesaikan hutang. Kau buat lah kerja apa pun aku tak peduli!" kata Namjoon yang sentiasa dengan muka bengisnya.

"Sekarang berambus!!"

*******

Chen yang duduk termanggu menunggu kepulangan Suho tersentak setelah terdengar bunyi pintu rumahnya terbuka. Kini susuk tubuh yang dikenalinya sudah pulang dan melangkah masuk perlahan ke dalam rumah dan melabuhkan punggung duduk di sebelah Chen. Berkerut dahi Chen memandang Suho seperti dalam keadaan lemah dan tidak terurus. Macam baru pulang minum pun ada lagaknya.

"H--hyung ok tak?" tanya Chen risau cuba menyentuh bahu namja itu. Suho berpaling dan hanya mengangguk sahaja.

"Hyung pergi lah tidur.." kata Chen lagi. Suho menatap wajah Chen dengan pandangan sayu seperti ada makna yang tersirat yang cuba disembunyikan oleh Suho ketika ini. Ingin sahaja dia meluahkan apa yang terjadi tetapi waktu tidak sesuai kerana adanya Xiumin yang boleh muncul pada bila-bila masa.

Sebelum dia bangun menuju ke bilik tidurnya, sempat dia berbisik perlahan di telinga Chen membuatkan Chen tersentak sedikit apa yang dikatakan oleh hyungnya itu.

"Hyung kena jerat dengan Namjoon.. Tunggu waktu sesuai je nanti dan hyung akan bagitahu Chen. Janji dengan hyung jangan sampai Xiumin hyung tahu hal ni buat masa ni. Doakan keselamatan kita sekeluarga tau.."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 04, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

[ON GOING] Kim BrothersWhere stories live. Discover now