16

168 16 0
                                    


*********

"Kenapa ni hyung?!"

Chen berlari ke arah Suho setelah melihatnya merebahkan diri di belakang dinding. Dia mencengkam kuat bahu Suho. Suho menundukkan mukanya tidak mahu bertentang mata dengan Chen. Chen yang terlihat risau itu cuba untuk menenangkan Suho.

Dia sendiri bingung dan tidak mengetahui apakah yang menyebabkan Suho hilang arah sebegini rupa. Dia kemudian terus mengunci pintu untuk menyembunyikan hal ini diketahui Xiumin.

Perkara akan terjadi lebih tegang sekiranya dia melihat Suho dalam keadaan yang tidak boleh ditafsirkan dengan kata-kata. Seperti serabut dengan kesusahan dialami mereka sekeluarga ketika ini.

"Hyung. Tenang.. Kenapa ni? Ni apa? Kenapa banyak sangat duit ni?" soal Chen tergagap-gagap.

Jadi takut pula melihat wang terlalu banyak dalam genggaman Suho. Dia risau Suho akan melakukan perkara yang tidak baik kerana wang terlalu banyak. Tambahan pula melihat Suho seperti terketar-ketar ketakutan. Pasti akan memikirkan hal negatif di fikirannya. Si adik sudah mula berasa tidak sedap hati.

Bergerak halkumnya menelan air liur. Dia menarik nafasnya dengan dalam juga untuk menenangkan dirinya sendiri. Dia masih lagi bersabar dan cuba menyoal Suho untuk mengetahui hal yang sebenar.

"Dari semalam lagi Chen tengok hyung pelik. Ada apa-apa ke? Tolong lah hyung. Buka mulut! Jangan diamkan diri je!" desak Chen memperlahankan suaranya tetapi agak sedikit tegas.

"Tolong jangan bagi tahu Xiumin hyung.. Sebenarnya.."

Dia cuba menahan air matanya yang sudah bertakung di tubir mata itu daripada menitis laju di pipi.

********

"Nuguya?" soal Lay dengan muka blur.

"Molla. Tak pernah nampak pun sebelum ni" jawab Baekhyun sambil meneguk air.

"Tu kot pelajar baru kelas 6-2. Yang Jeonghan cakap hari tu, Baek!" celah Chanyeol menampar mejanya.

"Pelajar baru dah kurang ajar. Dah lah muka macam..."

"Dah tak payah kutuk orang sangat" celah Kris memotong kata-kata Baekhyun.

Baekhyun memandang Kris dengan muka tidak puas hati. Sudahlah mengambil botol air dari tangannya. Terasa sakit hati pula dengan perlakuan Kris.

"Tao Ah! Tengok dia ni curi air aku yang kau bagi tadi!"

"Haisshh kau ni tak habis-habis air. Jom gerak pergi dewan" celah Chanyeol.

Mereka berenam keluar dari kelas dan sempat meninjau di koridor kelas 6-2. Meliar mata Baekhyun melihat tempat duduk Taeyeon. Chanyeol yang berjalan di tepi baekhyun menampar kuat belakang Baekhyun.

"Aaipp! Orang tak ada, tengok beg pun jadi ke?" usik Chanyeol ketawa.

"Nanti jumpa lah dia dekat dewan nanti" celah Luhan menahan tawa.

"Tadi tu pelajar baru kelas 6-2 ni ke Baek?" soal Tao dekatkan mukanya pada Baekhyun.

"Ye kot. Aku pun tak tahu sebenarnya" jawab Baekhyun selamba.

"Aku tengok dorang tu macam tak guna je. Aku agak je. Tengok tadi tu lah. Tiba-tiba sepak pintu kelas kita" bebel Chanyeol.

"Kan! Nampak macam tak betul pun ada. Macam cari pasal je" balas Baekhyun seperti menyokong dengan kata-kata Chanyeol.

********

Jam sudah menunjukkan pukul 8:00 pagi. Kesemua murid berkumpul di dewan besar dan berada di dalam barisan kelas masing-masing. Dilihat seorang pengetua sekolah mereka iaitu Jae Suk sedang naik ke atas pentas untuk menyampaikan ucapan.

[ON GOING] Kim BrothersWhere stories live. Discover now