8

168 14 0
                                    


*********

"Yang kau pergi kerja cuci tandas kenapa. Punya la luas Seoul ni, kerja cuci tandas jugak yang kau pilih. Hyung tahu susah cari kerja sekarang ni. Tapi cari la kerja yang elok sikit" kata Xiumin memandang sebelah mata ke arah Suho.

Chen dan Kai berpandangan tersenyum-senyum di situ. Mereka ingatkan tadi Xiumin marah pada Suho. Tetapi, anggapan mereka salah. Malah Xiumin tidak bersetuju Suho kerja mencuci tandas.

"Entahlah hyung. Hyung terlalu handsome nak cuci tandas. Kerja la macam Xiumin hyung. Dekat gerai je. Lain la jugak" Chen bersuara dan ketawa kecil.

"Ya. Nanti Suho hyung cari kerja lain. Lagi pun Suho hyung dah berhenti kerja tu kan. Tak payah lah perli-perli lagi" jawab Suho melihat tiga beradik di hadapannya.

"Kerja dengan hyung sekali lah. Senang sikit" celah Xiumin.

"Eungg.. Bagus jugak tu. Hyung kerja dengan Xiumin hyung je" Kai bersuara.

"Tapi bos hyung tu garang sikit tau. Kena sabar jelah. Kita buat ni demi appa dan Kai" pesan Xiumin pada Suho

Suho cuma mengangguk memandang lantai dengan pandangan sayu. Xiumin perasan dengan perubahan adik-adiknya. Wajah mereka sugul. Mereka tadinya ketawa dengan kelakuan Xiumin pada Suho kini bertukar sayu. Meliar mata mereka melihat ruang tamu.

Xiumin berasa tidak kuat dengan pemergian omma kesayangannya. Juga rasa bersalah pada Suho dan Chen di hatinya. Dia rasa bersalah telah menampar dua adiknya itu semalam.

Lalu dia pun bangun melutut di depan Suho dan Chen yang sedang duduk di sofa. Terkejut mereka berdua bulatkan mata memandang Xiumin kerana tiba-tiba berkelakuan pelik seperti itu. Kai yang melihatnya mengeluh kecil.

"Hyung nak minta maaf pasal semalam. Hyung tampar adik-adik hyung. Maafkan hyung ya? Hyung terlalu marah semalam sampai sanggup tampar korang" kata Xiumin yang mengenggam erat tangan Suho dan Chen.

Suho dan Chen duduk sama rendah dengan Xiumin. Mereka memeluk Xiumin dan mengukirkan senyuman yang manis. Jelas di mata mereka cukup sayang pada hyung sulungnya.

"Suho maafkan hyung. Kalau Suho jadi hyung pun, Suho akan buat macam tu"

"Chen pun maafkan hyung. Tak perlu sampai melutut macam ni hyung" balas Chen mencubit pipi Xiumin dengan kedua-dua belah tangannya.

"Aaaarrgghh"

*********

BBBAAMM!!!

Tersentak kawan-kawan Taeyeon apabila dia menghempap buku di atas meja dengan kuat. Mereka sudah masak dengan perangai Taeyeon yang mudah naik angin walaupun berlaku perkara kecil.

"Heeyy.. Kenapa ni?"

"Hurrmm.. Biar aku teka. Kau gaduh dengan Baekhyun kan?" kata Irene pada Taeyeon

"HAHAHAHAH"

Semua ketawa mendengar kata-kata Irene kecuali Taeyeon. Makin tajam pandangan Taeyeon pada Irene. Terus gelak tawa mereka berhenti di situ setelah melihat Taeyeon yang sudah membuak-buak menahan kemarahan yang bila-bila masa sahaja akan meletus!

"Ingat lawak lah gelakkan aku?!! Hah?!! Ish benci aku tau dengan Baekhyun tu. Dah lah tak balas mesej aku. Tak jawab call aku. Lepas tu larikan diri dari aku pulak!!!" jerit Taeyeon.

"Sabarlah Yeon.. Dia ada masalah kot. Cuba positif sikit. Jangan nak marah je. Namja tak suka kalau kau terus buat perangai macam ni" nasihat Yeri memegang kedua-dua bahu Yeon.

[ON GOING] Kim BrothersWhere stories live. Discover now