19

131 13 0
                                    


********

"Buat apa ni?!" tegur Xiumin melangkah ke arah Suho sambil menepuk bahu namja itu. Terkejut si adik dibuatnya.

"Eh.. Hyung. Ingatkan hyung dah tidur.." balas Suho lembut. Dia mencapai semula jug air di tangan Xiumin lalu dituang penuh ke dalam gelas .  Dia membasahkan lagi tekaknya yang masih terasa haus itu.

"Hyung... Masa hari Kai sekolah nanti, hantar lah dia naik kereta hyung ya.. Kalau hyung tak nak drive tak apa. Biar Chen yang hantarkan dia..."

Xiumin merenung mata Suho dengan tajam membuatkan Suho terhenti berbicara seketika. Dalam sekali pandangannya seperti ingin menembus mata Suho. Suho pula mengeluh kecil lalu menenangkan hyung sulungnya itu dengan lembut.

"Sabar hyung.. Suho tak habis cakap lagi. Ni duit minyak. Suho bagi" dia menghulurkan wang itu lalu dimasukkan ke dalam poket baju Xiumin. Dia tercengang dengan tindakan Suho yang bagaikan terdesak itu.

Xiumin menggelengkan kepalanya berkali-kali. Tidak faham dengan adik keduanya ini. Kenapa perlu manjakan lagi adik bongsunya itu sedangkan merek harus kerja keras lagi untuk perlukan wang yang lebih. Suho pula tetap dengan senyuman manisnya di depan Xiumin.

"Apa ni?! Kau sedar tak apa kau buat ni? Kenapa mewah sangat hidup kau ni? Pelik hyung tengok! Eh! Kita perlu kerja keras tau nak tambahkan wang. Kau pula nak manjakan si Kai tu! Apa salahnya dia jalan kaki. Chen pun boleh hantar dia naik motor kan?!"

Xiumin memarahi Suho dengan nada yang rendah takut-takut dua adik mereka itu tersedar dari tidur lenanya. Wang di dalam poketnya itu diambil dan dilempar kasar di atas meja. Tertunduk lemah Suho di depan Xiumin dengan muka sedihnya.

"Biarlah sekali sekala kita hantarkan dia ke sekolah naik kereta. Masa Suho ada duit ni, tak apa.. Lagi pun ni duit Suho bukan Suho minta dekat hyung pun" balas Suho lalu beredar dari situ. Dia mengatur langkah menuju ke bilik. Manakala Xiumin ditinggalkan berseorangan di situ.

"Bodoh!!"


********

Keesokan paginya, bau aroma masakan yang cukup enak yang menembus deria bau itu membuatkan Kai terjaga dari tidurnya. Tangannya ditekup dengan sebelah tangan lalu mendarat di bibirnya yang menekup mulut yang menguap berkali-kali. Dia mengeliat membetulkan urat-urat saraf yang menegang. Lalu langkah diatur menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.

Kai tersenyum kelat menuju ke dapur dan melabuhkan punggungnya di atas kerusi kayu itu. Belum sempat dia mengambil pinggan, Suho terlebih dahulu mencedok nasi goreng kimchi tersebut ke dalam pinggan lalu diberikan kepada Kai. Kai menerimanya dengan mengukirkan senyuman manis.

"Hyung ke masak?" soal Kai menyuap satu sudu ke dalam mulutnya. Dia makan dengan berselera sekali.

Chen mengahampiri ke arah mereka berdua yang sedang berbual sambil makan bersarapan bersama. Hanya Xiumin sahaja yang tiada di situ. Dia mengambil tempat duduk bersebelahan Suho. Sudu dan pinggan dicapai dan mencedok nasi ke dalam pinggan.

"Oh! Chen.. Makanlah. Ni air" sapa Suho yang baru perasan kehadiran Chen di situ. Teko bersebelahannya diletakkan di hadapan Chen sambil dilihat oleh Kai.

"Hyung.. Hujung minggu ni Kai kena pergi Daegu. Sebab ada kem. Ni bukti" celah Kai menghulurkan satu helaian kertas yang tertera tertulis 'Kem Bestari'.

[ON GOING] Kim BrothersWhere stories live. Discover now