11

173 14 0
                                    


*******

"Hyung.. Kai lapar" kata Kai perlahan.

"Lapar? Pergi berambus cari makan sendiri!" jerkah Xiumin pada Kai.

Terhinjut bahu Kai kerana terkejut dengan jerkahan Xiumin termasuk Suho dan Chen. Suho mendongak melihat Xiumin yang berdiri sambil tangannya meramas rambut tanda serabut. Dia perasan Suho memandangnya, terus menjeling Suho. Dia menghela nafas berat.

"Kai lapar? Nanti hyung masakkan" kata Suho memujuk Kai.

Xiumin ketawa sinis mendengar Suho berkata begitu. Chen terkaku diam sahaja di situ. Tidak berani bersuara langsung membalas kata-kata hyung sulungnya.

"Kau nak masak apa? Tak ada apa-apa langsung dalam peti sejuk tu. Duit pun kita tak ada. Hahh berlapar lah kau bertiga!" balas Xiumin meninggalkan adik-adiknya di ruang tamu dan terus masuk ke dalam bilik.

"Chen, Chen ada duit tak? Kalau ada,  bagi hyung pinjam dulu. Nanti hyung ganti lah" soal Suho

"Tak ada langsung, hyung. Duit yang Chen simpan dah habis sebab bagi dekat Kai bayar yuran sekolah dia" jawab Chen.

Suho tundukkan kepalanya dengan pandangan sayu. Dalam keadaan begini, boleh pula Xiumin menghiraukan mereka. Geram dengan kelakuan Xiumin yang dianggap kurang cerdik di mata Suho. Dia terus bangun dari sofa berjalan ke arah bilik Xiumin.

Chen terkejut melihat Suho berjalan ke arah bilik Xiumin. Terus dia berlari dengan perlahan ke arah Suho. Kai memerhatikannya saja pergerakan Chen. Dia menarik lengan Suho membisikkan sesuatu di telinga hyungnya itu. Suho mengerutkan dahinya.

"Hyung nak buat apa? Dah lah tu. Biarkan Xiumin hyung dalam tu. Jangan ganggu dia. Nanti dia marah kita balik" pesan Chen berkata perlahan.

"Hurrmm okay. Tapi kesian Kai lapar" kata Suho mengeluh berat.

"Tak apa lah. Cuba tengok atas kabinet dapur tu dulu. Mana tahu ada lagi makanan dalam tin. Roti ke" balas Chen.

********

Kelas 5-2

Empat pelajar masuk ke dalam kelas 5-2 itu dengan selambanya sambil bersiul dan terus duduk di tempat duduk yang kosong berhampiran tempat duduk Kai. Terkejut Sehun dan Kyungsoo memandang mereka. Sehun menghampiri mereka dengan muka ketat.

"Chogiyo. Tempat ni ada orang. Dia tak hadir hari ni" tegur Sehun pada mereka berempat.

"Ohh. Sorry.. Tak tahu. Oh sebelum terlupa, kenalkan aku Kim Taehyung pelajar baru. Boleh panggil V" balasnya dengan meletakkan kaki di atas meja.

"Biadapnya. Tak sedar diri dah lah budak baru. Dah lah main terjah je masuk kelas ni. Err" bisik hati Kyungsoo.

"Dan aku pulak, Jimin. Sebelah kiri aku ni Jungkook. Sebelah kanan pulak Hoseok. Selamat berkenalan" kata Jimin tersengih yang bangun dari tempat duduknya menghulurkan tangan berjabat tangan dengan Sehun dan Kyungsoo.

"Oh. Selamat berkenalan. Saya Sehun. Sebelah ni Kyungsoo" jelas Sehun.

Mereka kembali ke tempat duduk masing-masing. Jimin tersenyum sinis memandang empat orang rakannya. S.coups yang duduk di tempat duduk belakang memerhatikan mereka. Jelas di wajahnya seperti tidak senang dengan kehadiran pelajar baru di dalam kelas itu.

Joshua menyiku badan S.coups yang fokus melihat ke arah empat namja di depan. Dia mengambil satu buku di bawah mejanya dan menutup muka dengan buku tersebut. Chingu-chingu di belakang melihat mereka pula sibuk dengan kerja masing-masing.

"Ppssst.. S.coups.. Pppsstt. Hey!" bisik Joshua mencucuk badan chingunya itu dengan jari.

Terperanjat S.coups dibuatnya. Terus dia berpaling ke arah Joshua.

[ON GOING] Kim BrothersWhere stories live. Discover now