10

168 13 4
                                    


*********

Chen berlari mengejar Kai yang berada di luar rumah itu. Belum sempat Kai memakai selipar, Chen menarik lengan Kai dan mengenggamnya dengan erat. Riak wajah Chen bertukar sedih.

"Dengar cakap hyung boleh tak?  Jangan degil. Hyung sayang Kai" kata Chen menunduk mukanya sedikit di dada Kai .

Berkerut dahi Kai melihat Chen seperti merayu padanya. Dia mengeluh dan menjadi sedikit serba salah. Kai hanya diam terkaku di situ membiarkan Chen masih lagi mengenggam lengannya.

Kai menundukkan mukanya ke bawah sedikit memandang wajah hyung di hadapannya. Dia pula mengenggam lengan Chen. Chen pandang wajah Kai dengan dalam. Dia memegang kedua-dua bahu Kai.

"Dengar cakap hyung. Chaebal.. Ikut hyung pergi hospital k. Kesian appa sedih kalau Kai tak datang melawat dia"

Kai mendengus dengan dahi berkerut. Dia tidak mengamuk tetapi jelas di wajahnya sangat serabut. Dia meramas rambutnya dengan kasar. Chen yang melihat Kai seperti itu mejarakkan dirinya sedikit.

"Kai nak pergi jumpa Kyungsoo! Jangan halang Kai!!!"

"Tapi belum tamat lagi waktu sekolah. Jangan tipu hyung. Kai cakap je nak jumpa Kyungsoo lah. Sehun lah. Tapi tak pun kan" kata Chen merendahkan suaranya.

"Hyung jangan menyibuk boleh tak! Pergi jelah melawat orang tua tu kalau hyung nak!! Orang tua tu menyusahkan hidup kita tahu tak!!" hembur Kai pada Chen.

"Kai!!!!!"

Kedengaran satu suara di belakang mereka. Kai menoleh ke belakang melihat siapakah yang jerkah memanggil namanya. Begitu juga Chen terkejut melihat susuk tubuh orang itu yang cukup dikenalinya. Serta merta Kai menoleh melihat ke arah Chen dengan muka bengis.

Suara itu adalah Xiumin. Hyung sulungnya. Suho ada bersebelahan Xiumin yang hanya memerhatikannya sahaja situasi itu dengan menarik nafasnya dalam. Risau di hatinya apa pula yang bakal berlaku. Sudah lah kena buang kerja,  di tambah pula masalah pertelingkahan adik mereka.

"Kai cakap apa dekat appa? Orang tua? Menyusahkan? Kai. Kau memang dah melampau! Tergamak kau cakap appa macam tu! Dasar adik tak sedar diri!!!"

Pppaanngg!

Satu tamparan kuat hinggap di pipi Kai. Cukup kuat bunyinya sehingga Kai memegang pipinya dengan kedua-dua belah tangan. Suho berlari ke arah Kai begitu juga Chen. Mereka berdua mendekati Kai dengan riak simpati pada adik bongsunya itu.

"Apa hyung buat ni! Kalau ya pun sakit hati sebab kena buang kerja, jangan sampai tampar adik sendiri!! Tak cukup lagi ke Suho dengan Chen hyung dah tampar?!!" marah Suho pada Xiumin dengan menolak bahu Xiumin.

Xiumin memandang Suho dengan tidak puas hati. Sudah terang lagi bersuluh adik bongsu mereka ini bersikap kurang ajar,  tetapi mereka tetap menyebelahi Kai. Xiumin senyum sinis melihat Suho yang berkata begitu padanya. Dia menghampiri Suho dan menunjal dahi adiknya itu membuatkan badan Suho terhuyung-hayang ke belakang.

"Hyung tampar ada sebab. Bukan saja-saja!! Ni adik kau ni dah melampau tahu tak!!! Omma baru meninggal, dia buat balik perangai dia. Kau pekak ke apa tak dengar apa yang dia cakap tadi?!!! Dia cakap appa menyusahkan. Macam lah dia tu sibuk kerja siang malam cari duit! Tahu mintak duit ada lah!!!" marah Xiumin dengan perli.

"Suho dengar! Suho tak pekak lagi. Tapi macam ni ke hyung didik adik-adik? Tampar je tahu! Cuba cakap elok-elok!! Tak perlu nak tampar adik-adik!!" marah Suho pula.

Xiumin dan Suho berlawan perang mulut sehingga tercetusnya pergaduhan yang tidak disangka-sangka. Kai pula di dalam pelukan Chen yang teresak-esak menahan tangis. Selang beberapa minit, Suho menghampiri ke arah Xiumin dan mencekak kolar baju Xiumin.

[ON GOING] Kim BrothersWhere stories live. Discover now