4

178 17 0
                                    


"Kenapa lari?!! Pagar tu tak lari pun lah. Yang kau lari tu pasal apa?!!" marah Chanyeol mengangkat tangannya seperti ingin memukul seorang pelajar yang merempuhnya tadi.

"Mianhae hyung. Kami main-main je tadi bergurau. Tak sangka pulak saya terlanggar hyung" balas pelajar itu tersekat-sekat. Mungkin Agak takut degan namja tinggi lampai ini.

Chanyeol hanya melihat mereka dengan wajah tidak puas hati. Sudah lah terpaksa pulang seorang diri. Ditambah pula kesakitan di punggungnya kerana jatuh terduduk akibat dilanggar oleh sekumpulan pelajar nakal. Dia terus menyandang beg di bahu dan blah begitu sahaja.

Manakala sekumpulan pelajar itu hanya menarik nafas lega setelah Chanyeol pergi tanpa berkata apa-apa. Bimbang barangkali takut dipukul oleh Chanyeol

*********

Hospital Seoul

"Omma.. Bangun lah. Chen datang ni. Chen rindu omma sangat. Bangun lah omma. Kesian appa sorang-sorang. Xiumin hyung dan Suho hyung kerja hari ni. Chen yang jaga omma ya" kata Chen menitiskan air mata tersedu-sedu menahan tangisan.

Tangganya tak lepas menggengam erat tangan ommanya. Dia melihat wajah omma dengan begitu dalam. Teringat di benak fikirannya ketika omma dia sihat masih bekerja. Air mata anak muda ini semakin mengalir deras di pipi.

"Omma bangun jangan macam ni. Lamanya omma tidur. Kesian Kai nanti datang tengok omma tidur lagi. Tolong bangun. Kita mulakan hidup baru balik. Chen rindu kehidupan kita dulu" luah Chen lagi di telinga ommanya.

*******

Kai mendengus kasar membaca satu mesej yang dihantar oleh Suho hyungnya. Dia merebahkan badannya dengan kasar di pondok berhampiran blok kelasnya. Sehun di tepi dipandang sekilas.

"Kita cancel la study hari ni. Aku kena pergi hospital tengok omma aku. Suho dengan Xiumin hyung kerja. Dia mintak aku temankan ChenBaekhyun Mianhae sehun. Mianhae Kyungsoo yah" kata Kai mengukirkan senyuman kepada chingunya.

"Tak apa Kai. Pergilah. Omma kau kan sakit. Dia perlukan anak dia bagi semangat. Cakap dengan dia. Aku harap omma kau sedar dan sihat macam dulu" balas Kyungsoo menepuk bahu Kai.

Sehun hanya mengangguk mendengar dua chingunya berbalas kata. Susuk tubuh empat orang namja mengahampiri ke arah mereka. Kai dam Kyungsoo memandang ke arah yang sama dilihat sehun.

"Annyeonghaseyo chingu. Boleh kami duduk? Chingu ni junior kami kan?" tegur Luhan

"Nae. Kami pelajar baru dari China. Sila tunjuk ajar" balas Tao .

"Annyeonhaseyo aku Yi Fan. Boleh panggil Kris je" celah Kris menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Sehun.

Sehun menyambut salam Kris degan senyuman. Mereka masing-masing bersalam sebelum memulakan perbualan untuk mengenal masing-masing dengan lebih rapat. Kyungsoo mengajak mereka untuk duduk di pondok itu juga.

"Annyeong. Aku Kyungsoo. Tengah ni Kai dan sebelah tu pula Sehun" kata Kyungsoo kepada mereka berempat.

Mereka mengangguk sahaja mendengar Kyungsoo mengenalkan dua chingunya itu.

"Selamat berkenalan semua. Oh lupa bagi tahu. Saya Zhang Yixing. Boleh panggil Lay je" balas Lay pula.

"Selamat berkenalan" serentak mereka bertiga berkata.

"Petang ni kita pergi makan nak? Aku belanjakan" celah Luhan memecah suasana awkward di antara mereka.

"Boleh. Tapi Kai tak boleh ikut. Dia kena pergi hospital sebab omma dan appa dia sakit tenat" balas Kyungsoo

[ON GOING] Kim BrothersWhere stories live. Discover now