'Di jemput,Tuan Haji Sha'ari bin Mohamad, Pengetua Cemerlang SMK Laut Biru untuk memberikan ucapan.Di persilakan.' ujar pengacara majlis.
'Terima Kasih,pengacara majlis iaitu Nathirah Farhah. Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada guru guru serta pelajar yang di kasihi sekalian. Selamat kembali ke sekolah. Selamat datang pelajar tingkatan 3 yang baru masuk ke sesi pagi,saya harap awak semua okay dan tidak membuat masalah di sesi pagi. Rindu saya tak?' selorah Tuan pengetua.
krik.. krikk.. Tiada sahutan dari para pelajar. Setelah beberapa saat.
'Rindu!!' sahut para pelajar sekolah itu setelah dipaksa oleh beberapa orang pengawas.
'Aih ya ke ni. Macam terpaksa saja. Okay semua pada tahun ini saya ingin semua pelajar berusaha bersungguh sungguh untuk membangunkan prestasi sekolah dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Pada tahun ini juga saya berharap pelajar tingkatan 3 dan 5 lebih serius dalam pelajaran serta mendapat Straight A's dalam peperiksaan PMR dan SPM...' ucapan itu masih diteruskan selama 10 minit.
Para pelajar mula hilang minat terhadap apa yang di sampaikannya. Ke kiri ke kanan mereka bergerak sambil mendengarkan ucapan dari pengetua kesayang mereka. Dugaan apakah yang menimpa mereka pada hari pertama persekolahan.
--
'Weyh,bila pengetua nak habis berucap ni.Kaki aku dan lenguh Nad.'ujar Nayla Suzane kepada sahabatnya. Sahabat Nayla Suzane bukan seorang, bukan dua orang tapi 3 orang, termasuk dia 4 orang. Masing masing lain karenah. Okay kita kembali ke cerita.
'Aih baru hari pertama sekolah kaki dan lenguh. Patutnya semangatlah nak dengar pengetua yang kau sayang tu berucap.' mimik muka mengejek di tuju ke Nayla.
'Apa kena mengena hari pertama sekolah dengan kaki lenguh.Kalau aku sayang pengetua pun kenapa? JEALOUS!!' balas Nayla dengan nada yang agak kuat sehingga beberapa pelajar junior melihat mereka berdua.
'Weyh Nayla senyap sikit,suara kau tu sampai orang sebelah pun boleh dengar.' tegur seorang pengawas tak lain tak bukan Suhaila Rizqi sahabat baik mereka. Nayla yang tadinya banyak bercakap mula senyap apabila di tegur. Suhaila Rizqi seorang pengawas yang berwibawa tetapi satu saja kelemahan dia, datang lambat ke sekolah untuk seorang pengawaslah tapi dia di kira awal dari pelajar pelajar lain.
--
'Terima kasih di ucapkan atas ucapan yang di berikan. Para pelajar sila bersedia untuk naik kelas. Para pelajar boleh bersurai.' ujar pengacara majlis.
' Akhirnya dah habis. Penantian kau sudah berakhir Nayla. Tadi bukan main lenguhnya. Dah jom.' ujar Nadhine sambil mengangkat beg sekolahnya.
-----------------------------
'Praktis 1.1.2 nombor 1 a,b,c. Nombor 2 a,c,f. Itu sahaja homework untuk hari ini.' ujar Cikgu Azhar yang merupakan guru matematik tambahan kelas 5 Angsana itu. Beberapa minit kemudian,loceng sekolah yang menandakan waktu rehat berbunyi.
'Okay kelas!'ujar cikgu Azhar sambil keluar dari kelas.
'Terima kasih cikgu!' ujar meraka semua.
'Korang guru kelas kita siapa? Dekat jadual waktu yang Hakam bagi dekat grup facebook tak jelas kot.'
'Manalah aku tahu Wadina.Kalau engkau tak nampak kita orang semua pun tak nampaklah. haiya.'balas Nadhine. Pelajar kelas 5 Angsana menganggukkan kepala tanda setuju dengan kenyataan Nadhine. Wadina Sufia sahabat Nayla yang ketiga,suka menanyakan soalan yang pelik pelik dan soalan yang bodoh. Tetapi baik ya amat,homework selalu siap dan dia terlalu baik. Dia duduk di sebelah Nadhine.
'Korang aku turun dulu nak kena bertugas. Bye bye.' sampuk Suhaila. Dia bergegas keluar dari kelas selepas mengemas mejanya dan meninggalkan mereka bertiga.
'Korang jom turun rehat,dah siap kemaskan.'ajak Nayla.
'Korang cepat keluar aku nak kunci pintu kelas. Faster faster!' laung Wadina.
'Ya, ya aku keluar. Sorry Wadina.' balas Hakam.
---------------------------
' Saya Faris Ammar guru kelas kamu semua,saya berharap kita boleh bersama sama menjadikan kelas Angsana sebagai kelas yang paling cantik dan terbersih tahun ini. Okay mula mula kita nak lantik ketua dan penolong ketua kelas. Dah lantik belum?' soal cikgu Ammar.
'Dah cikgu.' Sahut Nayla.
'Ketua kelas Hakam. Penolong kelas Wadina. Mereka dari form 4 lagi jadi ketua dan penolong. Mereka dah serasi buat kerja sama,betul tak Hakam.' sambungnya lagi dengan nada mengusik.
'Ahai.. Hakam dah maju.' sahut Farhan sambil di ikuti usikkan pelajar pelajar 5 Angsana.
'Okay semua bawa bertenang. Kamu berdua setuju dilantik menjadi ketua dan penolong kelas.' mereka berdua mengangguk tanda setuju.
'Untuk setiausaha saya lantik kamu. Nama kamu siapa?' tanya Cikgu Ammar ke Nayla.
'Nayla cikgu!' beritahu Hakam. Dia ni nak balas dendam lah tu, sebab aku dah usik dia tadi. Ambil kau Nayla itulah.
'Ha. Nayla awak jadi setiausaha kelas. Apa apa masalah cerita dekat Nayla dan Nayla akan cerita dekat saya. Faham semua.'
'Faham cikgu' sahut semua.
------------------------
Jam sudah menunjukkan 2:30 petang. Beberapa minit lagi kelas terakhir kelas 5 Angsana akan berakhir.
Kringg.. Loceng sekolah itu berbunyi.
'Bangunn.. Terima Kasih cikgu.' berakhir sudah kelas kimia yang mengantukkan.
'Korang macam mana tadi kelas kimia mengantuk? 'tanya Suhaila sambil mengemas beg sekolahnya.
'Gila kau tak mengantuk. Ngantuk nauzubillah.'jawab Nadhine.
'Aku tak ngantuk pun.'jawab Nayla dengan selamba.
'Tak ngantuk apanya minah tadi dalam kelas kau tidur tu apa benda.' ujar nadhine dengar nada sidiran.
'Hahahahahahaha.' ketawa mereka.
'Weyh cepat aku nak kunci pintu kelas.' laung Wadina.
'Wui bila kau ada dekat sana.Dah macam hehehehe.' tegur Nayla.
'Hish cepatlah weyh, aku nak kunci pintu kelas ni.'
'Ya. ya.' mereka semua keluar dari kelas.
--
'Korang mak aku dah sampai. Bye.' Wadina meninggal Nayla dan Suhaila apabila ibunya tiba di pagar depan sekolah. nadhine sudah balik dahulu kerana ibunya datang awal untuk menjemput dia.Beberapa minit kemudian bapa Suhaila tiba untuk mengambil anak perempuan kesayangannya.
'Nayla aku balik dulu tau. Kau nak tumpang tak.'tanya Suhaila.
'Tak apalah Su,aku risau bila aku tumpang kau, mak aku datang.Lagipun rumah aku dekat kan. Kalau lambat sangat mak aku ambil aku balik jalan kakilah. Kau pergilah cepat ayah kau dah tunggu.' balas Nayla. Suhaila melambaikan tangannye ke Nayla.
'Nampak gayanya aku kena jalan kaki lah harini.'ujarnya di dalam hati. Nayla menyandang begnya lalu keluar dari kawasan sekolahnya. 50 meter setelah dia keluar dari kawasan sekolah,sebuah kereta berwarna putih berhenti di sebelahnya. Dia melangkah laju supaya kereta itu tidak menghampirinya begitu dekat. Penyembur lada sudah berada ditangan kanannya untuk langkah berjaga jaga. Langkah Nayla terhenti dan dia bersedia untuk menyembur lada jika perkara yang tidak di ingini berlaku.
'Rumah kamu dekat mana,boleh cik..' belum sempat kata kata lelaki itu selesai sebuah jeritan diberi bersamaan penyembur lada menyerang lelaki itu.
'Ahhhhh!'jerit Nayla.
-------------------------
ps: Esok Cik Nathirah_ exam doakan saya ya. Saya berharap cerita ini akan habis dengan jaya nya dan jangan lupa vote,komen dan share. Maafkan saya kalau hambar,typo,kesalahan tatabahasa, dan sebagainya.Selamat berbahagia ya semua dan in sha allah saya akan update minggu depan.(syok sendiri macam ada je orang nak baca).
Wink wink_n
YOU ARE READING
Saya Suka Cikgu!
Romance[SLOW UPDATE 🌸] [COVER: @MacaronHime Macaron's Cover Shop] Nayla Suzane bekas pelajar Cikgu Faris Ammar Shah b Datuk Amir Shah. Macam mana boleh suka??? Hal suka menyukai ini tidak berlaku di zaman persekolahannya kerana Cikgu Faris Ammar sudah be...