Kim Taehyung.
Tahniah kerana dipilih dan diberi amanah menjadi Ketua Pelajar. Tapi, maaf, aku tak undi kau sebagai calon Ketua Pelajar tadi. Aku undi orang lain sebab... ramai lagi yang menyokong kau tanpa perlukan undian aku. Harap kau dapat pimpin pelajar-pelajar sekolah ini. Aku percaya kau boleh. Walaupun muka kau nampak macam nakal-nakal, dalam diri kau, penuh dengan semangat seorang ketua, kan?
Tak dapat pimpin aku sebagai 'puteri' kau, pimpin aku sebagai 'rakan sekolah' pun dah cukup, Taehyung. Aku nampak poster dan gambar-gambar kau sempena Pemilihan Ketua Pelajar... kacak. Macam selalu... dengan pakaian formal, muka kau lebih berseri. Rasa macam nak cabut poster itu dan tampal dalam bilik aku.
Tapi, sekadar tampal poster... apalah sangat kalau dibandingkan dengan kau sendiri jadi kepunyaan aku.
Mimpi di siang hari.
- Han Miya.
YOU ARE READING
Crush • Taehyung ✔️
Short Story" dia hadir cuma untuk menguji, menyakiti dan melukakan hati insan bergelar perempuan. " inspirasi kisah sebenar yang memeritkan . warning ! storyline cliche . status ; (✔️)completed ( )on-going ( )on-hold ( )coming soon