Kim Taehyung.
Tak sangka dapat 'bekerja' dengan kau sebagai ahli Lembaga Pemimpin Pelajar. Aku dapat pakai pakaian formal yang seragam macam kau. Aku tak boleh tahan diri sendiri daripada tersenyum melihat kau... Dari hujung rambut kau, sampai hujung kasut... memang tiada cacat cela.
Pakaian kau semuanya sesuai dengan diri kau. Melihat tali leher merah kau, aku rasa kau makin kacak. Sangat padan dengan kau.
Aku nak juga jadi menawan macam kau supaya aku setaraf kau. Masalahnya, aku tak tahu ikat tali leher... hati aku meronta mahu kau yang simpulkan tali leher untuk aku... Tapi, siapalah aku untuk minta perkara macam itu pada kau...
Berdiri dalam barisan yang sama dengan kau rasa macam mimpi.
Berdiri di belakang kau. Hidu haruman yang kau pakai. Lihat kau dari pandangan belakang.
Potongan rambut yang kemas. Kemeja yang tiada kedut...
Macam mana aku boleh pasang niat untuk berpasangan dengan lelaki sempurna seperti kau?
- Han Miya.
YOU ARE READING
Crush • Taehyung ✔️
Short Story" dia hadir cuma untuk menguji, menyakiti dan melukakan hati insan bergelar perempuan. " inspirasi kisah sebenar yang memeritkan . warning ! storyline cliche . status ; (✔️)completed ( )on-going ( )on-hold ( )coming soon