" Wonpil-ssi." Panggil Miya perlahan saat menyedari lelaki itu mahu meninggalkan kafe itu. Wonpil memandang sepi ke arah Miya. Wajahnya lesu.
Miya betul-betul penat. Sudah tidak larat lagi rasanya menanggung masalah sendirian. Dia mahu selesaikan setiap kesulitan biarpun dugaan datang lagi. Guruh tiba-tiba berdentum dengan kilat dan petir yang saling menyabung. Hujan mulai renyai dan kian lebat membasahi bumi.
" Apa dah jadi dengan teman wanita Taehyung?"
Wonpil tersenyum pahit. Miya masih fikirkan Taehyung... Memang tiada langsung ruang di hatinya untuk Wonpil.
" Tiga bulan sepas Taehyung habis sekolah, mereka bertunang. Tapi tak lama kerana perempuan tu menjalinkan hubungan dengan lelaki lain secara senyap-senyap." Nada lelaki itu seperti kesal.
" Wonpil-ssi..."
" Hm?"
" Wonpil-ssi tak nak kenalkan Miya pada Taehyung...?"
Wonpil diam sejenak.
Sambung Miya lagi, " sebagai bakal kakak ipar dia?"
" Ah?"
YOU ARE READING
Crush • Taehyung ✔️
Nouvelles" dia hadir cuma untuk menguji, menyakiti dan melukakan hati insan bergelar perempuan. " inspirasi kisah sebenar yang memeritkan . warning ! storyline cliche . status ; (✔️)completed ( )on-going ( )on-hold ( )coming soon