Han Miya.
Tamatnya zaman persekolahan bagi aku, tidak membawa makna pengakhiran sebuah cerita milik kita berdua. Cuma, aku dapati tiada bagusnya kita teruskan kisah ini...
Namun, aku dihambat rasa keliru.
Perasaan itu masih kabur tetapi kuat. Pada aku, ia terlalu kecil untuk dibawa ke tahap yang lebih serius. Biarpun hanya secebis daripada sekeping hati, perasaan ini tidak mudah untuk diluntur dan dilupakan.
Aku...
Aku tidak tahu sejak bila benih suka ini mula bercambah.
Aku tidak tahu untuk apa aku tertarik pada kau.
Aku tidak tahu...
Dan aku yakin, aku tak perlu tahu semua itu.
Kerana, tak mungkin perasaan ini akan terus bertambah dan berbunga mekar, kan...? Kita tak akan berjumpa buat tempoh yang panjang... atau mungkin, tak akan bersua langsung.
Dan, aku sudah ada si dia yang aku perlukan sebagai suri hati aku...
Ya.
Aku pasti.
Sangat pasti.
YOU ARE READING
Crush • Taehyung ✔️
Historia Corta" dia hadir cuma untuk menguji, menyakiti dan melukakan hati insan bergelar perempuan. " inspirasi kisah sebenar yang memeritkan . warning ! storyline cliche . status ; (✔️)completed ( )on-going ( )on-hold ( )coming soon