29| fly

3.1K 359 14
                                    

Miya menyelak buku notanya namun konsentrasinya ketika itu sedikit terganggu. Pandangan di bawa ke luar tingkap. Dadanya dihentam rasa pilu dan sebak. Tiba-tiba saja... Mungkin kitaran hormon setiap bulan?


Dah dua tahun, Taehyung...


Miya tersenyum lemah. Dia masih tidak percaya bagaimana dia menghabiskan dua tahun tanpa mengambil tahu perihal lelaki itu. Separuh daripada dirinya seakan menyuruhnya untuk mengetahui setiap tindak-tanduk lelaki itu... tetapi separuh lagi cuba menahan dan membina tembok setinggi Gunung Everest dan sekukuh Tembok China.


Ting


Deringan pada telefon memecahkan lamunan gadis itu lantas mengembalikannya ke alam realiti.


SMS daripada seseorang membuatkannya mengukir segaris senyuman. Jari-jemari runcing itu pantas menaip papan kekunci pada skrin telefon leper itu.


Jika boleh, dia mahu perasaan gembira ini kekal. Tidak berubah dan tidak berkurang.

Biarpun tidak bersama Taehyung, dia pasti ada cahaya kebahagiaan untuk dirinya sendiri.


Ada kalanya, kita kena terima tidak semua benda yang kita mahu... akan pastinya menjadi milik kita.

Ada masanya, benda yang kita ingini itu tidak selayaknya buat kita... yang pastinya, semua yang berlaku pasti ada sebab.

Ada tikanya, kita beruntung dan sebaliknya...


Sebelum kita bersedih untuk sesuatu... kita perlu ingat, kita masih ada banyak alasan lain untuk terus gembira.


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Crush • Taehyung ✔️Where stories live. Discover now