17 | real happiness

3.5K 384 11
                                    

Miya gelak seusai menamatkan pembacaannya pada nota yang ditulis oleh Nahee.

Teman semejanya itu cuma membuat muka 'sepuluh sen'. Selamba is my style.

Nara dan Mirre yang duduk di meja hadapan berpusing ke belakang untuk menyertai kedua-dua Miya dan Nahee. " Gelak tak ajak. Apa yang kelakar sangat? " soal Mirre yang turut mahu bergelak sama.


Miya menghulur buku nota hijaunya pada Mirre.

" Aku tak tahulah apa nak cakap. Beruntung aku dapat kawan yang sokong aku dalam keadaan macam ini. Walaupun aku rasa aku macam bodoh asyik tunggu Taehyung... "

Nahee menggaru hujung hidungnya, menahan sebak.


"Jangan sebab dia selalu sakitkan hati aku, kau orang bertiga benci dia."

" Bukan benci, nasihat saja. " Nara dan Nahee berkata serentak.


Di antara mereka, ada seorang yang masih keliru...

Mirre...


" Aku tak faham sebenarnya. " Muka Mirre masih tercengang. Fikirannya kabur.


" Tak apalah. Tak perlu faham. "


" Kenapa... tak baik tau... " Mirre sudah bersedia untuk merajuk.


" Dah bertahun kita bercakap pasal Tehyung, Mirre masih tidak faham. " Jujur Nara.


" Aku memang dilahirkan begini. Apa salah aku... Tak mahu kawan! "


" Lama-lama nanti Mirre fahamlah. " Miya yang sesungguhnya, bukan jenis yang tahu memujuk, cuba pujuk Mirre.


" Kalau aku masih tak faham? "


" Sila meninggal! " Sepakat Nara dan Nahee berkata. Mereka ketawa sementara Mirre sudah mencebik kerana menyampah. Aku patahkan juga gigi dua syaiton ni nanti...


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Crush • Taehyung ✔️Where stories live. Discover now