10 | sedih

4K 450 18
                                    

Kim Taehyung.

Aku dah tahu apa rasa sebenar perasaan 'sedih'.


Selama ini aku menangis cuma kerana dimarahi dan terlalu tertekan. Tapi, sekarang aku menangis sebab aku sedih... terlalu sedih dengan realiti.


Aku kena hidup sebagai pesakit kanser, Taehyung.


Dalam hal macam ini pun, kenapa pada kau juga aku nak luahkan? Pada buku hijau bodoh ni juga aku sibuk nak menulis! Kenapa aku tak menangis di hadapan tuhan? Kenapa tak di pangkuan eomma? Kenapa bukan pada kawan-kawan aku ceritakan semua ini? Walau kau tak dengar rintihan aku... Kenapa mesti kau juga, Taehyung?



aku perlukan kau.




Kenapa hanya aku seorang yang perlukan dorongan dari kau? Tapi kau langsung tak perlukan sokongan dari aku?




Kau buat aku rasa serba salah sebab abaikan kawan... kerana kadang-kala melupakan jasa eomma appa. Aku nak bencikan kau tapi makin aku benci, makin sakit hati ni... Bukan ketenangan yang aku dapat, cuma pedih dan hati aku semakin terluka.




- Han Miya.


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Crush • Taehyung ✔️Where stories live. Discover now